Monday, December 2, 2013

Nampaknya Pokok Cili Api tumbang lebih produktiF!!!


Akhir-akhir ni cuaca tak menentu. Hujan lebat, angin kencang dan ribut kerap jugak berlaku..

Faktor alam ini turut memberi kesan kepada tanaman kita. Kadang tu anak benih semaian ranap, pasu-pasu terbalik, ranting pokok patah, pokok rebah dan sebagainya..

Sebulan lepas (satu-satunya) pokok cili api kat belakang rumah tumbang di pukul angin kencang! Tersadai…

Nak tegakkan semula takut pangkalnya patah…jadi biarkan dalam kedudukan melintang!

Dibiarkan condong

Ingat pokok cili tunggu masa saja lah…tapi sebaliknya yang berlaku…

Setelah dibiarkan beberapa minggu Nampak tunas-tunas baru tumbuh sepanjang batang pokok tersebut.

Tunas-tunas baru

Perkembangan amat memberangsangkan…tunas2 tersebut sudah berbunga dan berbuah sampai ke umbi!

Bunga dan buah dari tunas baru

Kalau macam ni ada baiknya pokok ni di “rebah”kan supaya dapat lebih banyak buah…ngeee!!

 

21 comments:

Nudabuffy said...

salam ana.. kalau ikutkan memang ada orang ajar untuk rebahkan pokok cili untuk dapatkan buah yang banyak.. Cuma kena make sure baja cukup untuk pastikan saiz buah tak mengecil.. good luck!

Tarique Syahman said...

wahhh..best..best..kalau cmtu saya pn nak tumbangkan jugak lah pokok cili yang ada..hee..

suka suka said...

Menjadi lagi usaha Ana wp pokok rebah.. s

ummuaidan said...

sebenarnya pokok lg pandai menyesuaikan diri ngan keadaan kan..natural way tuh lebih baik tuk mereka..:)

Ibu Qistina said...

kadang kan,yang di tatang bagai minyak yang penuh tak mo berbuah. yang di biar melata hidup gagah. Pasni saya pun nk condongkan pokok cili saya jugak la. mesti berbuah lebat mcm pokok @na. hehe :)

@na said...

1. Nudabuffy;
wassalam hidayah, secara tk sengaja jumpa teknik ni...hehehe
tima kasih byk...hrp hidayah sentiasa sihat, take care

2. Tarique Syahman;
hehehe...pasni balik kajang tumbangkan semua pokok2 cili yg ada tu...sure bebuah lebat, hehehe

3. suka suka;
Sukur k mar...masih ada rezeki

4. ummuaidan;
betui tu ummu, tk blh dimanja2kan sgt...hhehe

@na said...

5. Ibu Qistina;
betul sesangat tu...yg dibelai2 mcm kena dipujuk2 suh berbuah...pasni blh cuba teknik condong ni...tentu bebuah lebat...hehehe

saodah ismail said...

Salam Ana,
Allhamdullilah rezeki tu, lebat pula bunganya ya. Cuaca x menentu sekarang ni, basah nak berkebun hari ni ye

rostina76 said...

kalau blh kita kaitkan dgn ketentuan ALLAH….ada hikmah disebalik setiap musibah yg ALLAH jadikan ;)

@na said...

wassalam saodah, Alhamdulillah masih dipanjangkan rezeki...kat alor setar ni pun sama, hujan dan angin/ribut tk menentu...slmt bekebun

@na said...

rostina76;
betul sesangat tu ros...ALLAH lah sebaik-baik PERANCANG DAN PENGATUR...WALLAHUALLAM

yan's cottage said...

rezeki....banyaklah hasilnya nanti....

sud@is said...

Secara tak langsung, pokok memberitahu kesukaannya begitu, batang mendapat direct cahaya

Pedasdanmanis said...

@na...pokok cili ni mengajar kita memahami ungkapan patah tumbuh hilang berganti.. sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya.

@na said...

1. yan's cottage;
Alhamdulillah..syukur, ciwi ni bkn apa yan, sbb ada sepokok ja pun cili api ni...hehehe

2. sud@is;
pasni jgn rebahkan smuo cili yg ada kat kebun awk tu...takut2 pokok mati naya ja...risaulah jgk...hehehe

@na said...

3. pedasdanmanis;
betul gardening ni, mengajar kita banyak ttg kebesaranNYA...kan?

cucubulat said...

salam @ana,,,penemuan baru tanpa disengajakan lah ni,,pokok cili berbuah lebat bila dibaringkan..boeh cuba,,tapi takut mati pulak pokok bila saya yg buat..hihi

nadia rashid said...

mungkin pokok cili tu lebih selesa dengan keadaan condong hihi...ini rezeki nama nya

@na said...

1. cucubulat;
wassalam..betul2 teknik baring...secara tak segaja...kalau nak buat sendiri blum tentu menjadi...hehehe

2. nadia Rashid;
mungkin la nadia....dia penat dah dok tegak...nk baring la plk..hehehe

Lynna Ghani said...

Salam Ana....waduh2 dah tumbang makin galak pulak ye dia berbunga....nnt nak tumbangkan jgk la pokok cili bila dah besar hehehe

@na said...

wassalam lina....elok cuba teknik tumbang ni tentu lumayan hasilnye nnti...hehehe...