Thursday, August 27, 2015

Tips menuai pisang nangka…




Sebelum tu, biar tuan tanah cerita dulu macam mana pisang nangka ni boleh muncul di laman kami.
Hasil pertama kebun

Tak penah plan pun nak tanam jenis-jenis pokok macam pisang ni. Ya la kan, laman kami secoet ja, rasa tak berapa sesuai untuk jenis spesis yang suka beranak pinak macam tu. Takut tak terkawal.
Nak jadikan cerita, tahun lalu kawan kami nak  berpindah ke alor setar. So dia offer la kat tuan tanah benih pisang nangka ni. Dia kata sayang nak tinggalkan kat kuarters tu. Menurutnya lagi, pisang nangka ni jenis kacuk pisang raja. Pokok tak besar sangat. Cepat berbuah.
Sebelum ni, dia selalu jugak bawakan pisang nangka ni pada kami. Rasa dia memang lain sikit, berbeza dengan pisang nangka yang biasa dimakan sebelum ni.
Jatuh hati pulak tuan tanah dengan spek yang diceritakan tu. Sebab tuan tanah memang penggemar tegar pisang nangka…hehehe…
Jadi, tuan tanah pun setuju la terima sepokok. Pokoknya kecik ja. Belum berdaun pun. Tuan tanah tak berapa harap sangat la akan hasilnya. Cuba ja dulu.
Tuan tanah ambik dan terus tanam kat back yard. Pastu biar tak bekisah harapkan hujan ja. Baja apa pun tak penah boh. Nasib baik masa tu musim hujan. Hidup la pisang ni membawa diri…
Subhanallah,
Dalam tempoh beberapa bulan, lupa nak rekod..terkejut nya bila, ternampak jantung pisang terjojol. Memang tak sangka. Sebab tuan tanah jarang keluar ke back yard yang berpagarkan zing tu. Jadi tak nampak la sangat perkembangan kat belakang tu…
Cantik jgk si Jantung ni

Selalunya bila pak ya mai ja, baru la tuan tanah join bersihkan rumput rampai kat belakang tu..
Rupanya daah..beranak-pinak

Beberapa minggu kemudian…
Dah keluar buah

Minggu lepas, nampak mcm masih muda, tapi kemarin alangkah terkejutnya burung2 dah dikendurikan dulu…

Tak pa kita berbagi rezeki

Nampaknya tuan tanah dah melalut dan membebel sana sini…tips tak keluar2 jugak lagi…hehehe….saja nak bagi suspen…

Ok2,

Ni dah nak sampai klimaks dah, tapi Tips ni pun ada cerita jgk…tak pa tuan tanah ringkaskan ja…

Menurut pak ya (pak cik yang selalu datang tolong mesin rumput) pisang nangka ni boleh di tuai SIKIT-SIKIT. Tak PAYAH tebang pokoknya. Ambik ja setakat nak makan harian. Sesuai pokok pun rendah ja, katanya. Tapi pisang lain tak boleh buat macam tu. 

Tapi petang semalam, bila tuan tanah pi tengok, sebahagian pisang dah kena kenduri. Tips Pak Ya tu tak tak boleh apply untuk kali ni. Tuan tanah tebang, ambik dan bedak2 kan pada kawan2…selesai…

Dah dibedak2

Pada sesiapa ada tanam pisang nangka boleh lah cuba Tips Pak Ya ni. Tuan tanah boleh namakan TIPS Pak Ya kot.

Selamat berkebun…


10 comments:

suka suka said...

Enjoy tuan tanah dgn pisang nangka ya... alhamdulillah.

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikut tips Pak Ya mahu sesisir Ana dan keluarga makan, sesisir mak/pak burung sekeluarga makan. Betul-betul kongsi tu Ana:)

Jadi baik tebang terus buah pun dah matang dah.

Awin said...

Ada ke anak pokoknya....macam berminat nak tanam :)

AMIIZAA@Mieja said...

suka sangat pisang nangka ...sedap digoreng....
banyak anak-anaknya tu....geram tgk:)

Fida Z Ein said...

Pisang nangka...siapa la yang mereka nama pisang ni...

Bunda_nora said...

wah...subur nampak tu...beranak pinak...rezeki...tak termakan nanti ni..

Unknown said...

Brape lama tempoh keluar bunga hingga buah boleh msk? Pokok jauh dr rumah.

Unknown said...

Brape lama tempoh keluar bunga hingga buah boleh msk? Pokok jauh dr rumah.

Unknown said...

Berapa lama tempoh petik pisang ni

drh said...

Pisang nangka kita buahnya manis dan kenyal...suka sgt