Wednesday, May 7, 2014

Buluh madu sesuai sebagai “penebat” cahaya/silau


Lama dok fikir nak pilih pokok yang sesuai ditanam depan rumah. Pokok yang senang hidup, rimbun dan mudah dijaga. 
 
Tujuannya untuk mengurangkan bahang panas dan silau terutamanya di musim kemarau. Jugak, sebagai pengadang supaya terlindung sikit pintu utama kami dari terus mengadap jalan.

Jadi, bermula lah misi mencari pokok yang dihajati, dengan melawat taman-taman perumahan sekitar, tengok mana-mana pokok yang sesuai… Cari punya cari…

Mr BAMBOO ni… telah menjadi pilihan hati…

Jadi apalagi, beli 2 anak pokok. RM10 tiap satu. Terus tanam kat atas bahu jalan bertar di luar pagar depan rumah. 

Pokok buluh ni tumbuh dengan baik. Cepat membesar dan tahan cuaca panas.. Dalam masa 6 bulan saja, dah hijau merimbun.. Tenang dan sejuk mata memandang! 

Rumpunan buluh madu…

Rimbun menghijau…melambai-lambai ditiup angin

Nampaknya, buluh madu ni pilihan sesuai..serta menepati hasrat kami, untuk menyerap haba panas dan silau cahaya matahari!

Kebelakangan ini tumbuh banyak rebung-rebung baru…

Apa yang menariknya, rebung buluh madu dipercayai boleh, sedap dimakan dan berkhasiat. Tetapi tuan tanah belum pernah tuai lagi rebung buluh ni.. 

Ada sesiapa yang pernah masak rebung buluh madu?


7 comments:

Kakzakie said...

Kakak tak tahu bezakan buluh madu ke apa Ana. Tapi kakak suka beli rebung yg belum bersiang di pasar. Kalau yg rendam kakak tak suka...

sud@is said...

Haa..rebung ,,teringat sorang kawan hantuu..rebunggg.hehehe
Cantik pokok buluh yang rimbun tuu

Honey said...

Salam Ana,

Buat masak lemak kuning dear.. sedapnya!

lieyalatif said...

ooo ni namenye buluh madu...laa lieya baru tau...kat putrajaya ni byk kat alamanda tu...rimbun sampai dah jadi bumbung jalan hah ....cantik jek suasana sebab redup....

BungaTulip said...

rebung buluh madu ni sedap masak lemak campur dengan perut lembu..rasanya rebung ni dah boleh tuai ana, takut kang terlambat dah jadi buluh pla.ehe..

Normala Saad said...

Eh, kak kalau rebung ni memang favourite punya. Masak apa pun sedap.Gulai dengan daging, masak lemak dengan ubi & asin2..pajri..eh, semua sedaplah..

Chik Det said...

Salam kak ana, rebung buluh madu memang boleh dimakan, saya selalu buat masak lemak atau pajeri jer, kalau sebelah kedah, rebung boleh dibuat acar dan rendang kering macam kita masak serunding daging.