Friday, April 4, 2014

Niatkan sedekah oksijen

Susulan dari Earth Hour, usaha memulihara planet bumi dari terus-terusan membahang kepanasan dek aktiviti pembangunan dan kemajuan sejagat. Pelepasan karbon monoksida dari industri dan domestik, serta penebangan pokok/hutan yang kian berleluasa menyebabkan  bumi makin ketandusan OKSJEN!

Dan setiap tahun pada Sabtu Akhir Mac seluruh dunia diminta bergelap selama SATU JAM sebagai salah satu usaha menyedarkan masyarakat dunia terhadap usaha untuk mengurangkan kepanasan global!

Menyedari keadaan ini...kepada semua "pekebun" sebenarnya kita secara tidak langsung sedang menyumbangkan Oksijen kepada kawasan sekitar kita dan dunia keseluruhannya.. Alhamdilillah.


Timun mini - genap 30 hari

Cili api krabi sedang berbuah lebat

Jadi semasa kita menanam NIAT kan sedekah oksijen... satu sedekah yang sangat berharga dan tak ternilai. Moga usaha ini merupakan amalan soleh yang berpanjangan yang diterima dan mendapat redha Allah SWT.
WALLAHUALLAM...

7 comments:

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

suka la tgk cabai tu....meriah. dari rupa nampak macam pedas. timun @na elok sangat tak da serangan kekabuh saya tgk. tak lama lagi berbuah la tu. :)

UmmuAidan-Arissa said...

alhamdulillah..bila nengok pokok ubi kayu yg hijau daunnya dkt sangat ngan tingkap nie rsnya syukur dpt bertukar2 oksijen gitu..:)

Kakzakie said...

Kakak dua hari MC duduk rumah pun jenguk dan letak tangan juga kat pasu-pasu kakak Ana. Tengok pokok cili dan kakak baru alih limau purut ke pasu lebih besar.

Sedekah oksigen juga tapi lupa pulak niat macam Ana kata tu. Baca N3 ni baru terfikir:)

sud@is said...

Ada la juga tanaman wpun x byk tapi telupa niat malah x tfikir lgsung tq @na menyedarkn sy

nadia rashid said...

ciliapi tu geram nya tengok...sama mcm yang lain..takde pulak berniat semasa menyemai..biasanya akan ckp kat biji benih..hiduplah kalau ko nak hidup..:D

yan's cottage said...

salam @na...

ooooh....baru tahu yg tu....cili karabi.....

@na said...

1. Ibu Qistina;
Wassalam, cili api ni tk pedas sgt ibu qis banding dgn cili api hijau...
buat masa ni timun mini masih selamt..

2. UmmuAidan-Arissa;
Syukur,,banyak oksijen tu ummu....hehehe

3. Kakzakie;
harap kakak dah sihat...moga kita saling memperingati INYSAALLAH

4. sud@is;
sedekah tak perlu ada banyak, kan sud@is...moga niat kita diberi ganjaran...

5. nadia rashid;
cili ni nmpknya senang hidup la nadia...

6. yan's cottage;
Wassalam...sebenarnya yan kami panggil cili api krabi sbb dpt benih dari krabi...nama betul tk pasti, yan...