Tuesday, April 8, 2014

Pesona “sakura”…



Sebut je, sakura kita tentu terbayang Gunung Fuji…dan kita teringat hanami (pesta melihat bunga sakura) di Jepun sekitar bulan Mac – April…

Kalau tak ke Jepun datang je, layan hanami di Alor Setar. Musim bunga ala-ala sakura (lebih dikenali sebagai bunga bongor) jugak, kembang mekar di antara Mac hingga awal Mei..

Close up bunga “sakura”

Kita boleh melihat kemeriahan bunga ini terutamanya di sepanjang Jalan Langgar menuju pusat Bandar Alor Setar. Ia cukup mempesonakan setiap mata yang memandang.…(tapi sayang cuma dapat kongsi foto dari hp) 

Sakura dikiri kanan Jalan Langgar– depan Masjid Bukhari

Tengah kembang mekar

Hamparan sakura

Bunga ini juga telah dipilih sebagai bunga rasmi bagi Bandaraya Alor Setar!



9 comments:

Ibu Qistina said...
This comment has been removed by the author.
Ibu Qistina said...

Assalam @na,

Bestnya kalo dapat balik aloq setaq.....saya pun ada tgk dalam FB ada banyak org post gambar sakura malaysia ni. Cantik sangat,ada bau tak bunga dia @na? :)

UmmuAidan-Arissa said...

cantinya na...blh cuba tanam tak jgk kat umah kiter?

sud@is said...

wauuu @na punya sakura lagi hebak.....zoom bawah pokok ka..kat Masjid Bukhari

Kakzakie said...

Dekat JB pun samalah Ana. Sana-sini tepi jalan penuh dgn pokok ini meriah dgn putih dan pink. Daun pokok pun dah kalah dek kerana bunga yg banyak...

@na said...

1. Ibu Qistina;
Wassalam. MMg sekarang ni musim sakura...pink out! mmg teruja dibuatnye...tp syg bunga ni tak ada bau,,,,tp cantik sesgt...

2. UmmuAidan-Arissa;
Mmg cantiiik ummu...pokok ni besar dan berkayu...kaw besar mcm laman ummun sesuai tanam sakura ni...tentu lawa

3. sud@is;
ya, ya sud@is kat masjid bukhari...mcm nak golek2 ja atas bunga2 tu...masa snap gambaq tu pun bunga2 tgh gugur kena2 muka...mmg real la...hehehe

4. Kakzakie;
cantik kan kak? Subhanallah!

Adry@Daun said...

As salam @na,

Lama tak singgah kat sini. Nk buat sikit pembetulan. Bunga bongor dan bunga 'sakura' adalah dua spesis pokok yg berlainan. Pokok yg berbunga cantik ni adalah tabebuia, spesis yg bkn berasal drp hutan kita tp dr Amerika Selatan. Bongor merupakan tumbuhan tempatan, byk tumbuh di kawasan brhampiran dgn air. Tabebuia juga dikenali dgn nama Tecoma. Terdapat byk spesis yg dibezakan melalui warna bunganya. utk info, blh baca kat blog saya..hehe..

@na said...

Wassalam en adry;
memang, lama sungguh en adry tak singgah kat laman ciput saya ni....tertunggu2 jgk n3 baru...sibuk ke?
En. adry sememangnya pokok ni sudah tentu bukan pokok sakura atau cherry blossom tu...cuma bunga pokok ni seakan bunga sakura...jadi kami syok2 panggil sakura...hehehe...dan org local (utagha) panggil bunga bongor...
apa2 pun, tima kasih sudi singgah dan buat pencerahan ini...tqvm

nadia rashid said...

sekarang fenomena pokok yang berbunga pink ni...bunga nya lembut seakan tisu kan? ramai juga rakan2 sy share gambar pokok ni yg ada di kawasan msg2....yang tak minat bunga pun jadi terminat