Thursday, April 17, 2014

Cara mudah tanam timun mini...



Teruja pun ada… Macam tak sangka pun ya… Timun mini dituai  dalam masa 43 hari… Ciwi sungguh rasanya. Bukan apa, sebab tak penah tanam timun… ingat timun susah tanam…

Tapi timun mini ni lain pulak, nampaknya sesuai ditanam sebagai sayuran pasuan…
Di hari ke 42

Benih timun ni terima dari sud@is pada 3/3 - sebanyak 5 biji (seeds timun mini berwarna merah jambu muda – cantik, nampak macam manik). Pada petang tu jugak terus tanam 3 seeds dalam pasu (direct sow). Dalam 3 hari dah tumbuh…dan ada 2 seeds lagi baki yang belum ditanam…

Syukur…pertumbuhannya tidak bermasalah. Dalam masa 35 hari dah mengeluarkan bunga…dan sudah ada putik-putik kecil di hujung bunga menandakan timun dah mula nak berbuah… Hari-hari tuan tanah membelek-belek timun mini ni...sambil menunggu perkembangan dengan penuh debar!!! 

Hari ke 35

Pada hari 42 putik-putik timun semakin membesar…dan meyakinkan…
Hari ke 43 tuah tanah dah tak sabar, terus tuai 2 biji timun (buah sulung)! Manis dan cukup rangup!!! 

hari ke 43

Buah pertama dituai pada 14/4 – hari ke 43

Tak terfikir pulak sebelum ni nak tanam dalam pasu… Tapi cubaan ini, menunjukkan timun mini sesuai ditanam sebagai sayuran pasuan penghias laman!

12 comments:

Nani said...

saya pun tak sangka timun boleh tanam dlm pasu...emmm, klu beli kat pasar tu mahu terbang RM2.00..

rostina76 said...

wah!!!!comelnye. ingatkan nak tanam timun kena ada batas & kayu support…klau camni senang ekk….

Normala Saad said...

Chomei la Kak Tonn!!

UmmuAidan-Arissa said...

comel jah timun tuh..teringin jugok nok tane tp tok juppo benih lg..

Kakzakie said...

Oh.. kalau macam ini kakak pun boleh cubalah Ana sebab rumah kakak memang tanah secoet aje, berpasu bolehlah... Bilalah nak cari benih ni:)

Khadijah Mohd Zainuddin said...

wah...seronok tgok... kt mna nk dpt benih ni ye..

suka suka said...

Bestnya... seronoknya

sud@is said...

Dah berhasil ya, maneh dn rangup dr yg bli kat market kan...jom tanam lag timun jgn bg putus tuaian..hehe

hijaudaun said...

ulam feberet saya. tak der ulam lain, timun pun dah cukup. sebelum ni pernah tanam timun tapi mati akar reput.sedey.

@na said...

1. Nani;
pasni nani, boleh la cuba tanam nnti...seronok dpt mkn fresh2...

2. rostina76;
ni timun garden tina...pokok kecik jah...sesuai tane dlm pasu..hehehe

3. Normala Saad;
kak ton jgk yg lawa hahha...

4. UmmuAidan-Arissa;
memey comei ummu..ni pon blogger sud@is yg bagi...hehehe

5. Kakzakie;
Betul tu kak...mudah tanam timun garden ni rupanya...

6. Khadijah Mohd Zainuddin;
mngkin blh cuba tanya dgn tanam sendiri.com

7. suka suka
mmg ras best sgt k mar...tq

8. sud@is;
tima kasih sud@is...berkat benih ni...berhasil...hehehe

9. hijaudaun;
boleh try tnm dlm pasu la plk pasni ..INSYALLAH berhasil...

Mombok Laut said...

Tanah yg cmne utk tanam ne

Mombok Laut said...

Tanah yg cmne utk tanam ne