Thursday, January 16, 2014

Balik-balik, tengok daah merah...sicili kraBi ni


Macam dah lama sungguh tak turun ke blog. Lama tinggal laman yang sejemput ni. Jugak, miss kebun rakan2 maya..

Sepanjang peninggalan hati asyik teringat tanaman yang ditinggalkan. Sentiasa berdoa ada lah hujan turun, tak lah kekeringan dan kehausan. Rasanya kegusaran begini dirasai oleh semua ‘pekebun’ ketika “berpisah” dengan pokok2 kesayangan!!!!

Syukur.

Masa sampai ke rumah tengok tanaman agak segar walau pun nampak sedikit tak terurus! Sunflowers masih menyinar, roses bloom, melur nampak putik2 muda tanda mau berbunga. Lega. Menunjukkan tanda ada hujan turun…

Dan;

Cili api pula dah ranum. Merah. Menyala. Sangat cantik.

Red chili!!!!…

Saja namakan cili krabi sebab seeds cili ni pemberian kawan dari krabi. Uniknya cili ni buahnya berwarna putih dan tegak ke atas. Tapi bila dah masak bertukar warna merah terang. Tapi belum rasa lagi tahap kepedasannya ni…

Semua dah hampir masak…


Sebelum ditinggalkan






10 comments:

JaSSNaNi said...

yang best nye berseri2 rumah kalau ada pokok.. tak kesah ler walau sejemput kan.. :) cili tu letak dalam megi.. sedapp..

sud@is said...

haa dah ok ke @na selamt berkarya, rindu n3 diblog ni..
cili tu buat air asam kicap taruh limau kasturi...perghh

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana
itulah lama tak nampak ana..dok pikir apa ceritanya sunyi sepi, balik kg yer...hmm baik2 cii masak ..itu mmg seronok kan..:)

Bangchik and Kakdah said...

tentu pedas ni.... :)

Awin said...

takde rezeki p melawat kebun ana last December.

@na said...

1. JaSSNaNi;
betul jgk nani...kalau luas sgt tk trjaga plk kan...hehehe

2. sud@is;
Alhamdulillah sud@is, java script tk support...kodek2 mcm ok plk ni...hrp pasni tk da masalah...risau. tima kasih byk sbb tk jemu2 bc n3 kat blog ciput ni...

3. UmmuAidan-Arissa;
wassalam ummu, a'aa ummu ada hal penting, pastu sibuk sesangat...tp terubat jgk balik tgk tanaman masik ok...cili daaa masak...hehehe

4. Bangchik dan Kakdah;
a'aa kakdah, td baru rasa hehehe

5. Awin;
awin balik kg ya?

Pedasdanmanis said...

Kadang pokok ni memahami kita.. kalau kita tinggal diorang pandai pulak berdikari.. cantik cili tu... merah-merah menyaler... huhu.

@na said...

betul la...pandai plk dia sesuaikan diri...kalau ada tuan manja la plk...hehehe

mohamad radzif said...

Cili ni buat hiasan pun cantek

mohamad radzif said...

Cili ni buat hiasan pun cantek