Wednesday, November 24, 2010

Menarik tentang KHAL TamaR...

Dari Ummu Said rd, Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sebaik-baik hidangan makanan adalah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus KHAL dalam sesuatu rumah."(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah)

Bersabda Rasulullah saw, "Makanlah oleh kamu KHAL kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut."

KHAL?????


Khal adalah perkataan Arab yang bermaksud: CUKA.

Khal Tamar atau cuka tamar, mengikut kitab perubatan Islam adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium yang boleh membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) kerana ia berfungsi menegangkan kulit daripada berkedut dan mencegah garis-garis halus di muka!!!!. Potassium juga berguna untuk meningkatkan kecerdasan, tidak letih serta memberi kita kelihatan riang...

Khal adalah minuman unik, walau pun bersifat asidik pada rasa tetapi ia beralkali dan berupaya mengimbangkan kandungan asid dan pH dalam tubuh manusia.






Khasiat  KHAL Tamar:
  • Mengimbangkan kandungan gula dalam darah dan menstabilkan tekanan darah tinggi;
  • Mengimbangkan paras kolesterol darah;
  • Membantu mengawal berat badan (obesiti);
  • Mengekalkan keremajaan kulit (awet);
  • Mengatasi masalah sembelit dan buasir;
  • Mengawal masalah pembentukan batu karang;
  • Mencegah pembiakan bakteria dalam organ utama;
  • Melegakan masalah kerongkong, menguatkan gigi, gusi dan (bakteria) dalam mulut;
  • Merawat asma, selsema, batuk dan sinus;
  • Memulihkan tenaga dan melegakan kepanasan badan;
  • Mencegah masalah kelumumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering dan rambut gugur.
Harapan agar kita dapat manfaat dari kebaikan KHAL Tamar, untuk kekal sihat dengan izin ALLAH swt...

6 comments:

Jank said...

macam bagus je ni, kat mana nak dapat ni

@na said...

Jank, kdg khal ni boleh dibeli kat farmasi. Ia mcm cuka biasa, cuma kita tk selalu dgr org ckp kan? mcm cuka epal tu..

tehr said...

belum pernah minum benda ni
ada kat famasi rupanya

@na said...

Sesetengah farmasi ada jual, tk tau la plk farmasi kt KB. cuba cari la na...

S..U..D..@..I..S said...

nak cari juga la.. byk penyakit boleh diredakan ngan khal tamar..

@na said...

Jom sudais, kita pi cari sama2 k