Monday, December 20, 2010

Janji MelaYu.....

"Tak pa lah, sambung esok pagi lah,,,dah pukul 1.25 pagi,  lewat sangat dah ni..." cadang saya kepada 3 anak muda yang masih  membuat kerja-kerja pemasangan dan setting alarm system di rumah kami. Kelihatan mereka seolah-olah buntu dan bermasalah..
"Ok...puan free pukul berapa? soal mereka...
"Esok hari minggu, u all mai la dalam pukul 9.00 pagi..ok!" balas saya..
"Esok pagi kami mai la dalam pukul 9 ke 9.30 pagi la puan" putus mereka..
"Ok...lagi awal lagi bagus....tak lah  lajak sampai malam" tambah saya...

Setelah rumah dipecah masuk pada hari itu, perasaan  cemas menghantui fikiran kami. Semalaman kami tidak lena tidur melihat bumbung terlopong pecah.. Keesokan harinya saya mencari syarikat alarm system untuk dipasang di rumah kami, sebagai usaha tambahan untuk keselamatan rumah. Kami telah diperkenalkan dengan syarikat M yang diusahakan oleh 3 orang anak muda yang berkemahiran. Bangga dengan bangsa sendiri. Setelah berbincang tentang spek dan kos, saya  mengambil keputusan menjemput mereka untuk membuat pemasangan. Percaya dengan MELAYU BARU. Orang Melayu sudah maju dan berpendidikan tinggi dan rata-rata sudah celek IT..

Bermulanya episod...

Hari Pertama:
"Encik, selalunya berapa lama pasang alarm ni", saya bertanyasebelum kerja pemasangan dibuat..
"Tak lama sangat puan, selalunya dalam 2 hari bagi rumah dua tingkat...tapi kami cuba siapkan dalam satu hari...rumah setingkat ni cepat sikit" terang mereka dengan yakin...
"Ooo ya ke", lega saya mendengarnya...hari ni siap semuanya... 
Kerja bermula 10.30 pagi. Pemasangan dan pendawaian berjalan lancar. Pendawaian mula dilakukan pada seluruh pintu, tingkap dan ruangan bumbung. Nampaknya, mereka memang pakar dalam bidang ini. Setiap perabot rumah dialih bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan. Keadaan dalam rumah agak kelam kabut dan berselerak. Ini senario biasa setiap kali pendawaian dibuat bagi pemasangan tambahan alatan elektrik baru.  
 Pukul 1.30 tengahari mereka rehat. Mereka keluar makan tengahari.
"Puan kami keluar makan dulu dalam setengah jam, nanti kami datang balik", mereka maklum pada saya..
"Ok.." jawab saya ringkas..
Mereka datang balik dalam pukul 3.00 petang!!!!... Kerja disambung... Jam 7.00 petang, kerja-kerja pemasangan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir...sehingga jam 11.20 malam, kerja masih belum siap..
"Kami sambung esok lah puan, ada masalah pendawaian sikit", pinta mereka...
"Esok pukul berapa nak mula, sebab esok saya keja", saya bertanya..
"Pukul 4.00 ke 4.30, dan (sempat) puan balik dari ofis", balas mereka..
"Ok...la", saya bersetuju..

Hari Kedua:
Hari khamis, waktu pejabat hingga 3.30 petang. Saya bergegas pulang, takut-takut terlambat sebab ada "janji" pukul 4.00 petang!!! Tiba rumah 3.50 petang. 
Pukul 5.00++ petang baru mereka sampai....
"Harap-harap hari siap la kot", tanya saya minta kepastian...
"Siap, siap...sikit ja lagi ni", balas mereka...
Kerja disambung semula...
Jam 6.30 petang, kerja pemasangan dan setting alarm masih diteruskan...., berlanjutan ke 8.00 malam. Masih tidak menampakkan kerja-kerja akan siap...10.00 malam, tik tok, tik tok  11.00 malam, 12.00 hingga ke 1.20 pagi... Melihat keadaan itu dan kami pun sudah keletihan, saya minta mereka tangguhkan kerja dan sambung esok pagi...
Mereka berjanji untuk datang esok pagi di antara pukul 9.00 pagi ke 9.30 pagi...

 Keesokan hari: (hari ke3)

Kami tunggu. Pukul 9.00 pagi, 9.30 pagi, mereka belum juga muncul... 10.15 pagi saya telefon:
"Encik jadi ke mai rumah saya ari ni", saya bertanya...
"Jadi puan, saya on the way", jawab beliau
"Ok saya tunggu ni", balas saya
Pukul 11.15 pagi, mereka masih tak muncul-muncul... saya buat panggilan lagi sekali;
"Encik saya dah tunggu 2 jam ni, you nak mai ke tidak?, tanya saya dah mula rasa tercabar kesabaran...
"Kalau you tak bersedia, you tak payah datang ari ni, sebelah petang saya tak mahu dah, nanti kerja lajak sampai malam, saya dah tak tahan...letih sangat", tambah saya...menahan marah. Mana tidaknya dengan rumah berselerak dan berhabuk dengan kerja menggerudi dinding.. Dah beberapa hari kami duduk dalam rumah yang tak berkemas..
Kerja hari itu SAYA BATALKAN. Saya minta mereka datang besoknya pukul 9.00 pagi...

Esoknya, Hari ke4:

Pukul 9.30 mereka tiba. Kerja disambung semula dan siap pada 2.30 petang!!! AKHIRNYA....Syukur. Boleh tarik nafas lega..

KERJA SELESAI..

Sebelum bayaran dibuat saya sempat hidangkan minuman...dan saya memberi sedikit cadangan(pesanan) ikhlas bukan bukan semata-mata kerana marah tapi untuk kebaikan survival bisnes mereka (orang Melayu) untukjangka masa panjang..
"Sebelum tu saya minta maaf, boleh saya bagi cadangan atau teguran sikit?", pinta saya...
"Ok-ok tak pa puan", balas mereka, memandang tepat ke arah saya dengan wajah yang teragak-agak..
"Sebenarnya saya bangga dengan kemahiran yang you all ada dan boleh buka syarikat sendiri. Bukan calang-calang orang yang boleh buat bisnes...tapi saya rasa you pun tahu kan, orang melayu ni telah di cop dengan trademark JANJI MELAYU, yang selalu bolos dengan masa.." sambung saya..
"Sepatutnya orang-orang yang telah berkemahiran tinggi swepatunya mampu membuktikan orang melayu bukan begitu, harap-harap you berjaya, kerana bagi saya goodwill dalam bisnes penting sangat. Kerana you all akan dapat iklan free dengan promotion dari mulut ke mulut dari pelanggan yang berpuasti hati dengan prestasi kerja you", sambung saya panjang lebar...
"Tima kasih banyak-banyak puan kerana sudi tegur kami", balas mereka...
"Harap you all tak kecil hati...dan saya minta maaf banyak-banyak", pinta saya

Saya amat berharap mereka dapat menerima teguran saya dengan berlapang dada. Moga mereka maju jaya dalam bisnes....

SAMPAI BILA ORANG MELAYU SELESA DENGAN TRADEMARK JANJI MELAYU...saya tidak pasti.

2 comments:

S..U..D..@..I..S said...

Wauu.. anda hebat bukan saja boleh menahan marah..
jauh disudut hati masih sayangkan anak bangsa dengan memberi nasihat yang ikhlas dan berhemah dari hati..

salute kat u @na....

@na said...

Sifu sud@is, jgn salute sgt2, sekadar saling berpesan sambil mengingatkan diri sendiri...