Wednesday, January 30, 2013

Petunia PURPLE

Aku memang dah lama minat dengan petunia.. Cantik. Dulu-dulu sukar nak dapat pokoknya. Cuma aku cuba beli seed di supermarket..tapi bila tabur kat tanah , tak penah tumbuh pun..
tapi akhir-akhir ni aku tengok banyak petunia kat nursery juga di pasar tani. Berbagai warna. Semua warna bunga petunia aku suka.

Hari tu aku berkesempatan ke expo pokok hiasan di pasar besar alor setar... banyak pokok petunia di lelong. Rupanya hari aku singgah tu, hari terakhir expo. RM8 sepasu. Pokok segar penuh bunga. Aku pilih petunia berbunga purlpe. Harga biasa kat nursery RM15.
Aku cuma beli sepasu. Nak try dulu. Boleh hidup ke petunia ni.. Tak pa balik gantung dulu! tengok perkembangannya nanti..

berbunga-bunga hati aku dapat petunia idaman ni... Mr hubby yang tak suka bunga pun memuji-muji kecantikan bunga petunia yang aku gantung kat pergola!


 


Bagai dikata petunia aku tu dah nampak macam makin suram dan layu. Alah apa da jadi ni. aku siram tiap hari. aku letak pun bawah teduhan pergola.

Minggu lepas aku ke pasar tani. Macam biasa aku akan singgah kat pak cik jual pokok. Petunia yang tergantung semua segar-segar. RM15 sepasu. Ni buat aku geram ni...

"Pak cik napa petunia saya kat rumah dah macam nak mati... kering abih daunnya..nak kata tak siram, saya siram tiap hari...saya gantung bawah teduh..pasai apa aaahh? tanya saya macam tak puas hati..

"ceq jangan siram banya banyak sangat...cuma letakkan aiskiub je kat dalam pasu...jangan boh baja kimia...pokok akan mati...petunia ni sensitif sikit...yang penting letak ais walau kena panas pun pokok tetap segar, daun dan bunganya akan jadi lebih tebal..." terang pak cik panjang lebar.
"jenuh la macam tu pak cik....tapi tak pa lah petunia punya pasal saya akan cuba...tima kasih pak cik bagi tips pecuma ni.." sempat jugak aku bebel kat pak cik. Aku dah biasa dengan pak cik tu, regular customer.
"nak pokok cantik kena la rajin ceq ooooiii..." balas pak cik sambil ketawa panjang...(ceq tu panggillan ganti nama orang kedah kepada orang lebih muda dari kita)

1 comment:

azura maidin said...

http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/
saya ada 1 pokok ni warna pink pekat..kwn2 ckp susah nk jaga..tp xpnh cuba letak ais..nk cuba lah..ingat nk biakkn pokok ni..ada benih kat kat bgian bunga yg kering tu...