Tuesday, July 1, 2014

Kulat?



Alhamdulillah. Kita telah menginjak ke Ramadhan ke 3. Syukur. Allah telah mengalihkan bahang el-nino dengan menurunkan hujan sejak pada petang hari pemegang puasa (Sabtu) hingga ke pagi ini. Moga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan tawadhuk dan penuh keinsafan..

Dan, hari ni tuan tanah nak share, sudah tentu bukan resipi atau menu untuk hidangan  iftar. Dan mungkin topik ni lari dari aura ramadhan, dan agak boring sikit. hehehe 

Iaitu, pasal sejenis makhluk Allah - KULAT..

Subhanallah…

Allah telah menjadikan segala sesuatu dengan tidak sia-sia….

Kulat? Apa yang istimewanya? 

Dan tak ramai orang teruja bila melihat kulat melekat tumbuh di tunggul-tunggul kayu yang reput… Mungkin kerana ia tidak dibekalkan dengan daya tarikan menawan…tak macam pokok-pokok hiasan lain ie: roses atau sunflowers…atau pun mungkin kita sering kaitkannya dengan barang atau makanan yang lama dan tamat tempoh!!! Berkula-kulat!

Tapi sejak beberapa kali ternampak bermacam jenis kulat muncul di laman sendiri, macam terpanggil pulak nak berkenalan dengan si kulat-kulat ni! Tentu ada keistimewaan yang tersendiri… dan kenapa ia sering muncul tumbuh melekat di kedua-dia tunggul pokok palm yang dah lama di tebang (depan rumah). 

Tunggul ni agak besar dan mustahil dicungkil dan cabut untuk meratakan permukaan laman. Maka tinggal tunggul ni di depan laman. Memang eye-sore!! Apa yang boleh dibuat hanya tunggu tunggul ni mereput sendiri! (Bagi kulat uruskan semuanya!!) Sementara menunggu, tuan tanah letak pasu bunga di atasnya bagi menutup kekurangan itu…

Antara kulat yang muncul…

Kulat putih bersih

Kulat ni macam kuping telinga

Dan yang ni berkaki panjang

Meh, kita berkenalan dengan kulat… Jom gugel!

Kulat sebenarnya bukan sejenis tumbuhan, kerana ia tidak mengeluarkan karbon sendiri melalui proses fotosentisis tetapi menggunakan karbon dari organisma lain yang terdapat disekelilingnya. Dan ia lebih mirip kepada  haiwan berbanding dengan tumbuhan. Tapi ia jugak berbeza dengan haiwan. UNIK kan?? Maka ia telah dikategori kan dalam alam sendiri iaitu KULAT!!

Dan,
Kulat dijadikan untuk berfungsi sebagai bahan pengurai utama bahan tumbuhan dan haiwan yang mati. Ia terdapat di setiap persekitaran bumi dan sangat penting dalam kebanyakan ekosistem.

Cuba bayangkan sekiranya tumbuhan dan haiwan mati tidak terurai?
Kulat juga mempunyai sejarah yang panjang dalan penggunaan manusia. Contohnya: Kulat unisel yang dikenali sebagai YIS digunakan dalam pembuatan ROTI dan menapaian makanan seperti TAPAI dsb…

Dan, kulat/cendawan juga telah diusahakan secara perladangan yang telah menjadi sumber pendapatan lumayan!

Tapi awas ada banyak jugak kulat/cendawan yang beracun!

Tabarakallah…




17 comments:

Kakzakie said...

Salam bersambut dengan ucapan selamat menjalankan ibadah berpuasa dari kakak ye Ana. Dah masuk hari ke tiga baru kakak berpeluang berblog kembali.

Kulat kalau yg boleh dimakan sedap. Tapi salah makam Ana kata beracun. Kena pandai memilih.

nadia rashid said...

Yang ketiga-tiga ana tunjuk ni tak leh makan kan? Sy dulu kecik2 suka cari kulat busut lepas hujan..mesti byk tumbuh..bentuk nya batang meninggi dan tak kembang

Honey said...

Salam Ana,

Tapi jangan pulak di makan kulat tu ye?? Tak semua kulat boleh di makan sebab beracun hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam Ramadan Ana..

Akak pun suka kulat busut yg lepas hujan tu.. sekarang payah nak dapat.. kalau nak beli pun takut dah terkena racun kan..

Normala Saad said...

Masa kecil dulu pernah cari dan makan kulat sisir. kat batang pokok getah banyak. Sekatang susah sangat nak jumpa orang jual kulat ni. Kalau balik kampong baru nak jumpa tu pun nasib baik sangat.

sud@is said...

Kat rumah saya lain pula jenis dari yang ini....agaknya beribu jenis kulat kot....

Seri7ujuh said...

Rule of thumb, mana2 kulat yg liat /tak fragile bila dipegang selamat untuk dimakan, tapi lebih elok tanya org yg lebih tau. Rasanya yg no. 3 tu boleh dimakan, tak pasti sebab dlm gambar tu warnanya coklat, mungkin sebab dah tua. Selalu sy petik yg masih muda, berwarna putih, potong pendek2 baru dimasak, kulat ni liat walau dah dimasak lama

Endah Murniyati said...

Jamurnya yang ketiga mirip dengan jamur tiram yang saya tanam di rumah, tapi yang saya punya putih warnanya.

@na said...

1. kakzakie;
bulan posa ni kita punya rutin dah bertukar sikit kan, masing2 berebut melakukan yang terbaik ...INSYAALLAH

2. nadia rashid;
rasanye mmg tk leh makn tu...tp kalau blh mkn pun, kami tk berani lah nk ambik....hehehe

3. Honey;
Wassalam honey..
mmg cnfirm tk ambik nye honey...
hehehe

4. CAHAYA HIDUPKU
Wassalam..
Kami mcm tk berani nk mkn kulat ...sbb kurang ilmu ttg kulat ni, risau plk...

5. Normala Saad;
pernah dgq kulat sisir ni kak...tp tk penah rasa...

6. sud@is;
mmg sud@is, kalau gugel pasal kulat ni mmg tk terhitung byk nya..penuh keajaiban!

7. Seri7ujuh;
oooo ada cara dia...tima kasih berkongsi ilmu di sini...
mungkin la, sbb masa mula tumbuh tu kulat ni putih bersih...ni dah mereput kot...

8. Endah Murniyati;
Pada awal nya jamur ni memang berwarna putih...ooo ini jamur tiram ya....tima kasih berkongsi info

suka suka said...

selamat berpuasa Ana.. kat sini biasa guna istilah cendawan... yg tumbuh kat roti lama tu kami sebut berkulat.. padahal maksudnya sama je kan!.. kat Chow Kit dgn pasar tani je ada cendawan kukur aka kulat sisir.. macam teringin cari pula...

BUNDA a.k.a KN said...

Macam2 jenis kulat kita dengar... tapi banyak belum dapat rasa lagi..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Selamat berpuasa! Hari ni dapat lesson pasal kulat, bagus infonya! Teringatlah pulak Mak Aji akan kulat sisir - betapa sedapnya masak lemak putih! Nak2 pulak buat berbuka, temankan pulak dengan ikan masin, haisy!!

Julie M said...

Sukanya Julie tgk kulat2 tu.....

anajingga said...

ada kulat yang boleh dimakan dan ada yang tidak kan..paling sedap kulat sisir dimasak lemak dengan kerang, good info,singgah petang Ramadan ke 14 ke sini..

Kakzakie said...

Berkali-kali kakak singgah. Nampak gaya betul-betul concentrate tadarus ye Ana. Dah berapa kali khatam? Kakak tak Khatam lagi ni.. kena pulak ABC tergendalalah seketika.

@na said...

nak tergelak pun ada baca komen kakzakie ni...
sekali pun belum khatam, ada lg 2 juz...saya ni slow sikit...bukan sikit, slow banyak..hehehe
cuma schedule bulan ramadhan ni berubah sikit tk sempat nak update bolg... apa2 pun kakzakie, terima kasih byk2 krn sudi singgah berkali2 kat blog ciput saya ni...

Mummy-Ann said...

Salam kenal..

Mummy tak makan kulat, mungkin sbb fobia dengar cerita termakan kulat beracun.

Selamat berbuka puasa.