Monday, October 10, 2016

Mulberry muda

Mulberry. Bila diberi hard pruning terus keluar pucuk2 baru. Dan best nya tu, bila ja berpucuk, putik2 buah mulberry pun menyusul...

Giant mulberry

Sementara tunggu buah mulberry ranum tuan tanah (tt) nikmati dulu pucuk2 muda mulberry. Pucuknya cukup enak. Boleh dimasak lemak cili api, lemak putih, sup atau sayur bening. Bagi tukang kebun yang kurang rajin macam tt ni, memang amat berbaloi tanam mulberry....

Tuaian pucuk2 muda mulberry 

Rupanya ada dua jenis mulberry dalam koleksi laman kami. Baru tt perasan. Tu pun bila ditegur seorang kawan yang datang berkunjung ke rumah tempoh hari. Giant mulberry dan satu lagi tt namakan saja mulberry kecik. Since ada yang giant kan...

mulberry "kecik"

Bila diamati-amati bentuk daun antara keduanya ternyata ketara perbezaannya...

atas: daun giant mulberry
bawah: mulberry kecik

Tapi bagi tt, pucuk mulberry "kecik" lebih sedap dijadikan menu masakan berbanding pucuk giant mulberry.... Namun begitu, buah giant mulberry lebih manis dan lebih besar. 

Nama pun giant kan?? 




5 comments:

Juls Julie80 said...

Assalam..

salam ziarah & follow...

seronoknya tgk hasil bercucuk tanah..termenung sekejap memikirkan balkoni yg sekangkang kera tu..huhu

Kakzakie Purvit said...

Oh... kakak baru tahu ada yg bentuk daun bawah tu
Yg daun cantik rumah kakak tak ada. Ini yg jeles ni Ana hihi...

Pucuk muda dia memang sedap buat masak sayur. Kakak pun suka:)

cik chinta said...

salam, boleh minta benih batang nya? huhu..

Endah Murniyati said...

Saya tanam mulberry, sepertinya jenis mulberry kecil, tapi daunnya curly merana.

TukangKebun said...

Mulberry memang banyak jenis.
Dipecahkan kepada beberapa~
1)Morus alba
2)Morus nigra
3)Morus rubra