Saturday, December 4, 2010

Jika katak sudah tidak melompat…..

Melompat. Itu lumrah katak. Dicipta supaya boleh melompat. Melompat tandanya cerdik, cekap, tangkas dan peka dengan keadaan sekeliling. Melompat untuk mencari makanan. Melompat untuk menyelamatkan dan mempertahankan diri dari ancaman!

Apa akan terjadi? Jika katak sudah tidak melompat lagi....

Kita sering mendengar tentang cerita katak (frog principle) dengan sebekas (periuk) berisi air.

Ceritanya menarik.

Dikisahkan seekor katak yang cerdik dicampakkan ke dalam periuk berisi air sedang mendidih..., kita tentu dapat mengagaknya, sepantas kilat katak itu akan melompat keluar. Tidak berkompromi dengan air yang sedang mengelegak dan boleh mengancam nyawanya itu. Katak telah mengambil tindakan cerdik. Pantas bertindak balas demi menyelamatkan diri! Ia terselamat.

Malangnya!

Diambil katak yang sama, dimasukkan dalam periuk diletakkan ke atas dapur dan air itu dipanaskan perlahan-lahan!! Bayangkan apa yang telah terjadi? Katak itu tidak terus melompat... Ia masih berenang-renang dan bersenang-senang dalam periuk tersebut. Cuma sekali sekala mungkin katak itu berkata kepada dirinya; ”mengapa air di sini suam-suam,... aah tak da apalah yang berlaku...disini”.

Katak tidak terus melompat keluar dari periuk yang semakin panas itu. Beberapa minit kemudian, katak itu telah berjaya ’direbus’ sepenuhnya!!! Kenapa? Kerana katak boleh berkompromi dan mungkin terbuai dengan perubahan perlahan-lahan pada suhu air tersebut. Dan alpa dengan musibah yang bakal ditanggungnya! KATAK sudah tidak melompat lagi....

Moral disebalik cerita ini:

Sesuatu kepincangan yang telah berlaku baik kepada diri sendiri, keluarga maupun masyarakat, tidak berlaku dalam sekelip mata!! Ia tumbuh dan bercambah secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat... Dan kita harus peka dengan perkembangan diri dan keadaan sekeliling supaya tidak ’terkorban’ sebagai mangsa keadaan.

Mungkin kita perlu ada siri soalan sebagai senarai semak. Setiap hari kita harus bertanya kepada diri;
Cth:
Adakah kita betul-betul dan cukup sihat?
Adakah hidup kita tenang dan bahagia?
Bagaimana dengan kedudukan ekonomi keluarga? atau,
seumpamanya,

Mengapa?

KERANA:

Kita tidak terus mendapati kita tiba-tiba menjadi gemuk sebaik saja bangkit dari tidur pada keesokan harinya! Kalau keadaan ini ditakdirkan berlaku, sudah tentu kita ambil tindakan seperti katak, terus melompat dari katil dan berlari ke hospital berjumpa doktor dan dapatkan rawatan kecemasan!
Proses berat bertambah badan berlaku secara beransur-ansur. Bertambah 1 kilo hari ini, sekilo esoknya, lusa dan seterusnya! Akhirnya, kita menjadi gemuk tanpa disedari dengan kerelaan sendiri...

Harapan agar kita diberi kemampuan supaya dapat bertindak cerdik dalam sebarang keadaan...

Wallahullam.

4 comments:

hentian said...

ha..ha.. ibu_suri mesti suka baca n3 nih!

sud@is said...

wau!! hebat ana dah sampai ke dunya katak hijau

banyak yang nak disampaikan tu...cuba faham

@na said...

IM, saya doakan supaya ibu_suri ceria-ceria selalu...

@na said...

sud@is, apa hebatnya katak kan selalu duduk bawah tempurung...hehe. Thanx sifu!!!!