Tuesday, August 13, 2013

Lepas raya…


 
Setelah beberapa hari tinggal beraya…

Sesampai je rumah buat inspection dulu…tengok tanam-tanaman yang ditinggalkan. Syukur tengok ada kesan hujan. Sure, pokok tak merana lah sangat.

Tapi… MASYAALLAH,

Terkejut sakan! Apa dah jadi dengan pokok terung bulat ni??? tinggal rangka je? Dan sisa 2 biji terung masih tinggal.. daun-daun abis kena “kenduri” Sedih2…

Angkara siapa la ni, tak nampak culprit nya pulak

Masih tinggal 2 biji…

Sunflower pulak dan tunduk layu.. Mungkin dah sampai peringkat matang dan perlu dibiarkan kering begitu saja. Dan boleh diambil seeds untuk dijadikan benih. Pada rakan bloggers yang arif dengan sunflower harap boleh tolong berikan tips tentang hal ini,.

 

Daaah layu akhirnya

Dan yang ni pulak, agak teruja sikit… 5 biji benih betik sekaki yang semai pada 17 Ramadhan lepas, semuanya dah tumbuh…syukur..

Nampak semua segar-segar belaka…
 
 

9 comments:

JaSSNaNi said...

biji sunflower tu leh buat benih lak.. biar tua di situ, nanti kutip and tabur balik.. kan..

@na said...

ooo biarkan je kering kat pokok tu ye...ok2...tqvm

bonda said...

biarkn je kering ana lps tu kutip n taburkan balik

ummuaidan said...

salam ana,
siannya terung bulat tuh..agaknya ulat kot yg curik bila tuannya takder..kalau tak mati lagi boleh ubat lg kot yer..

nadia rashid said...

salam raya utk ana sekeluarga...a'ah biji matahari tu biar je..nanti dh betul2 keing potong bunganya...mungkin terung tu dh ajal nyer di bulan syawal..:D

Temuk said...

Salam eidulfitr,
Kesian kat pokok terung dgn sunflower tu. Pokok terung mungkin boleh dipotong dahan-dahannya supaya bertunas baru.

@na said...

1. bonda;
saya akan tunggu smpai kering...nanti blh kumpul benih dan tanam semula...tima kasih bonda...

2. ummuaidan;
wassalam ummu. mmg kesian tgk pokok terung tu...mungkun la tapi cari2 keliling pokok tak jumpa plk...tp elok tk jumpa,, takut...hehehe

3. nadia Rashid;
wassalam nadia. betul lah nadia terung ni dah sampai ajal di bulan syawal, seblum tinggal elok je subur nyer...

4. Temuk;
Wassalam Pak Temuk...InsyaAllah saya akan cuba potong dahan2 tu..harap2 boleh diselamatkan hayatnya. tima kasih banyak.

TukangKebun said...

Mungkin ulat bulu dah bertukar pun jadi rama-rama dan terbang meninggalkan crime scene sahaja.

@na said...

may be la Diana sebab Nampak ada 3 ulat bulu kat anak pokok tomatillo...