Thursday, August 1, 2013

Semai sempena hari Nuzul Al-Qur’an


Salam Ramadhan..

Pesanan benih termasuk (keratin Tonkin jasmine ) dari tanamsendiri.com sampai pada Jumaat minggu lepas iaitu bersamaan 17 Ramadhan 1434.

Ada 4 keratan Tonkin jasmine
 
Keratan-keratan tu nampak sedikit layu. Jadi perlu terus semai pada hari yang sama supaya hayat yang masa ada tu dapat diselamatkan. Di samping itu dapat memanfaatkan keistimewaan dan kelebihan hari nuzul Qur’an ni.

Keratan jasmine Tonkin dah mula bertunas.

Tonkin Jasmine ni jenis edible flower. Boleh dijadikan salad atau masak telur dadar.

Dan, tak menghampakan jugak keratan thyme yang disemai 2 minggu lepas nampak hidup segar. Walaupan dari 4 keratan hanya 1 yang hidup. Terima kasih cik srikota dari blog My Mix Garden kerana  kongsikan idea ini.

Keratan segar thyme ni didapati dari tesco (RM1.79)…

 
Ok, selamat berkebun dan selamat berbuka…

 

5 comments:

ummuaidan said...

salam ana
elok tuh semai hari nuzul quran...semoga hidup subur hendaknya nanti.tak sabar nak tgk yg jasmine tuh..

zilazul said...

salam ana, cube share ckit rahsia tanah semaian yang guna untuk tanam english herb tuh?

@na said...

1. ummuaidan;
salam ummu...mmg tak sabar nk tgk pokok ni besar dan bebunga...hrp2 hidup subur la ni...

2. zilazul;
salam zila...tk da rahsia apa pun cuma saya guna potting soil beli kat giant...cuba lah...so far ok

saodah ismail said...

Salam ana,

Saya pun teringin nak beli bunga tonken tu sbb boleh dimakan. Nnt lepas raya la kut. Macamana la rasa bunganya ya..

@na said...

wassalam. katanya Tonkin ni mudah hidup. kita sama2 cuba tanam...INSYAALLAH