Tuesday, August 25, 2015

Mexican Petunia ganti cosmos!…



Tuan tanah pilih Mexican petunia gantikan cosmos, untuk ditanam tepi garaj. Rasa macam renyah nak maintain cik cosmos yang manawan tu. Sebab nnnual flower ni. selalu kena back up dengan semaian baru…

Mexican petunia purple

Petunia jenis ni perennial, lebih tahan lama. Mudah jaga, senang hidup dan yang paling penting berbunga sepanjang masa. 

Mexican petunia pink

Tuan tanah cuma ada 2 jenis. Purple n pink. Yang purple, pokok dan bunganya lebih besar berbanding dengan petunia pink.

Pasu2 cosmos diganti dengan Mexican petunia

Kkkedua-dua jenis Mexican petunia ni memang memenuhi spek yang tuan tanah cari…kurang “kerja” tapi hasil boleh tahan menarik….hehehe


8 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik menawan bunga tu Ana :)

Endah Murniyati said...

ini semacam Ruella, cantik bentuk dan warnanya.

Normala Saad said...

Pokok yang rajin berbunga dan tak cerewet..biasa tengok posting dalam fb warna merah tapi sampai skarang kak belum jumpa dijual kat mana-mana lagi...

Bunda_nora said...

Kalau tak salah sama lah dengan yang bunda tanam ni...tapi bunda punya warna purple....ada yer warna pink?...Bunda tak pernah tengok lagi...cantik...

suka suka said...

Kak Mar pun ada 2 warna ni...spesis dwarf.. teringin juga pokok yg besar macam Ana punya ni..

@na said...

1. CAHAYA HIDUPKU;
tima kasih.

2. Endah Murniyati;
tima kasih. pokoknya cukup senang hidup dan sentiasa bebrbunga...

3. Normala Saah;
oo ya kak mala? mesti cantik tu.. nak kena cari jugak la...

4. Bunda_nora;
ada bunda, tapi yg pink ni kurang berbunga sangat...dan saiz dia pun kecik ja...

5. suka suka;
boleh combine tu k mar, tentu lebih meriah tu...

Yaati Nor said...

ini nama dia petunia ke?bekenan sungguh..

Unknown said...

akak pun ada tanam dua jenis ni..pink tu mudah membiak melalui biji benih..tumbuh penuh laman,jenuh pula mencabut anak2 pokoknya,purple just melalui keratan btg,ada yg warna putih juga..tp belum temui benihnya..