MasyaAllah...lamanya tak jengah blog. Bukan tak rindu tapi komitmen lain membataskan tuan tanah berkebun. klise! kan? hehehe...
Apa lagi dalam keadaan sekarang. Kesan dari ekuinoks dan el-nino, Alor Setar panas membahang! Semuanya garing...hampir 2 bulan kami di kawasan utara ditimpa kepanasan melampau. Dan hampir bulan jugak tak hujan, sejak februari lalu. Tiap hari suhu tak pernah kurang dari 37C - 39C. Kepanasan terasa seawal 7.30 pagi. Memang terasa peritnya!
Ini membuatkan tuan tanah teringat dokumentari Fearless Chef di Salt Mining in Danakil, Sudan. Salah satu gurun yang terpanas di dunia, suhu mencecah 52C setiap hari dan tak pernah menerima hujan. Tak ada sebatang pokok yang mampu hidup di situ. Tetapi kaum nomad Afar mengusahakan ladang garam di sana. Mereka membanting tulang seawal pagi hingga ke malam. Dan mengangkut garam menggunakan unta dan berjalan kaki sejauh 23km ke pekan terdekat. Bayangkan!
Macam tak masuk akal kan??
Suhu 39C yang sedang membahang di alor setar, pun rasanya dah cukup jerih, bayangkan 52C di Danakil. Tuan tanah terasa seolah percikan bahang dari danakil. Namun, di sini kita masih ada tempat berlindung dan pokok hijau, itu pun sudah tertanggung rasanya...
Tabarakallah.
Tabarakallah.
Pokok di laman turut terkesan...banyak yang tak dapat bertahan. Tapi tuan tanah agak teruja jugak dalam keadaan sekarang, giant markisa yang di tanam beberapa bulan lalu (dok gila daun) dah mula mengeluarkan bunga. Mungkin stress kot!
Teringat tuan tanah kepada Ayat 286, Surah Al-Baqarah, yang kita sering baca sejurus selepas solat.. Maha Suci Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan...
KepadaNya kita minta belas ehsan...moga hujan datang bertandang..
Wallahuallam.
4 comments:
Alahai Ana... rindunya kakak terus sunyi sepi busy ye.
Ujian Allah bila nak diberi tak siapa mampu nak menidakkannya. Apa yg pasti DIA mahu kita semua semakin mendekatkan diri padaNya. JB sini boleh katakan selalu juga ada hujan tapi tetap berbahang Ana bila hujan dah berhenti.
Tak terbayang 52 degree tu macamanalah mereka kan. Kakak pernah rasa 42 degree masa di Mekah itu pun sekejap bila dah masuk masjid/shopping complex/hotel dah sejuk balik.
Ana..samalah kat Langkawi dah berbulan tak hujan. Tempat kak pun last pertengahan February je hujan..panas ya Rabbi...
Assalamualaikum @na,
Sini pun panas terik gak...moga2 cuaca yg sangat panas ni akan Cepat2 berlalu.
Kak zakie,
betul, ujian Allah tidak ada siapa yang boleh menahannya...cuma kita sebgai hamba perlu terus beristghfar mohon pengampunan ats kekhilafan...
tima kasih kak, sentiasa sudi singgah di laman yg tk seberapa ni..
Kak mala,
memang tak tahan kan...air paip punya la panas, blh buat teh o panas..hehehe...
tima kasih kak mal sudi singgah...
Julie M
waalaikumussalam...
hrp el nino segera pergi...thanx julie
Post a Comment