Sejak dilanda el nino, kucai antara tanaman amat terkesan. Banyak yang kering dan rentong! Dan sebahagian lagi berbunga tak berenti. Stress terlebih...
Tuan tanah perlu selamatkan kucai (garlic chive) ni dari terus pupus. Nasib baik, bila dikorek masih ada ubi-ubi dari rumpun kucai yang masih ok.
Alhamdulillah.
Alor Setar dah mula hujan. Selepas lebih dari 50 hari tanpa hujan, petang sabtu lepas hujan turun lebat. Walau pun sekejap, lebih kurang 30 min cukup meredakan sedikit bahang el nino. Suhu di alor setar dah mula sejuk sikit, bawah 30C.
Syukur. Tuan tanah dah boleh mula berkebun. Harap replanting kucai ni akan survive! dan banyak lagi tanaman yang kena tuan tanah selamatkan.
Selamat berkebun.
Selamat berkebun.
9 comments:
Alhamdulillah Ana..
Hujan juga bumi kedah ye..
Akak kat Selangor ni pun hujan bukan selalu pun..
Tapi Alhamdulillah juga ada hujan..
Kesian kat tanaman dan tumbuhan kan Ana..
Bila tak hujan memang kerap kena siram..
Assalamualaikum kak Ana,
Betul tu kak, kucing kat laman rmh Julie pun mcm nak mati je akibat cuaca panas ni, esok lusa InshaAllah Julie nak replant balik lah, takut pupus plak hihi...syukur Alhamdulillah dah hujan pun tpt kak Ana.
Syukur Ana..disini juga hujan lebat sekali..pertama kali turun setelah hampir 2 bulan kontang.Mudah2an operasi berjaya ya..hehehe..
Rumput, pokok-pokok semua berzikir mohon dilimpah hujan
Tidak kurang kita hambaNya juga
Alhamdulillah... moga ujian sedikit membuka mata hati kita semua sebagai hambaNya
Kucai fresh masuk beehoon goreng memang mantop Ana:)
Alhamdulillah.. petang semalam KL hujan..
Assalamualaikum dear... sibuk ke?
Alhamdulillah...kat tempat Bunda ni, dalam dua minggu ni kerap hujan....bukan saja hujan, dengan kilat guruh sekali...takutlah pulak rasanya bila berdentum dentam kat langit tu...
Alahai, diharap takde lagi tanaman yang jadi mangsa el-Nino ni Ana..
Yang dah berbenih tu bolehlah biarkan benihnya jatuh dan tumbuh yang baru kan.
Post a Comment