Thursday, June 2, 2016

Bertunas kembali

Syukur.
Hujan dah mula turun. Sebahagian tanaman laman bertunas kembali. Walau pun sebahagiannya pergi...
Antara yang kembali bertunas belalai gajah/snake grass, cekur, peria pantai, limau kasturi.

belalai gajah/snake grass

Cekur

Peria pantai

Pokok limau kasturi

Paling tak sangka, pokok limau kasturi ni berpucuk semula, walaupun pokoknya kering/rentong teruk sebelum ni....

Alhamdulillah


10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kat rumah kakak yg tunas kembali ceria pokok bunga kenanga dan daun kesum
Memang meriah sekarang ni.

Suka kan Ana. Peria tu nanti dah berbuah meriahlah. Lagi satu jimat air tak payah siram. Tapi satu rumah kakak masa panas tempohari sepasu pokok pandan dan cili kakak tak dpt diselamatkan. Selain panas kena berak kucing terus kering.

Normala Saad said...

Kak suka pokok peria pantai tu tapi tanam beberapa kali tak menjadi. Ana tanam dalam pasu pun eluk..

Mazlan Othman said...

Rahmat hujan, menceriakan tanaman.
Tetapi kalau berlebihan juga membawa kerosakan terutama tanaman sayur2an.

TukangKebun said...

Ana masak apa dengan belalai gajah?
Syukur Alhamdulillah dah tak perlu nak menyiram. Jimat air dan masa.

@na said...

1. Kakzakie:
Kakzakie, peria pantai ni tak bebuah kita cuma makan pucuknya saja samada buat ulam atau masak lemak. Di sebelah utara mmg famous la peria pantai ni...kami pun baru berkenalan dgn pokok ni...

2. Kak mala:
Oo ya ka kak, ari tu office mate bagi satu pokok, dah besar dah...kalu kak mala nak nnti saya htr cutting, kot2 la blh idup...sbb kak ni mmg green eyes kan...hehehe

3. Mazlan Othman:
Syukur nikmat hujan...

4. Tukang Kebun:
Pucuk belalai gajah ni masak lemak putih + keledek mmg sedap diana...nanti cuba lah..ya

Kakzakie Purvit said...

Ohh... kakak ingatkan peria yg macam peria biasa (kakak bayangkan comel-comel buahnya)
Kakak tak tahu pun:)

suka suka said...

K Mar pun tak tahu mengenai peria pantai.. sangat suka belalai gajah tu hidup meriah sungguh..

Endah Murniyati said...

Saya sangat ingin tahu buah peria pantai. Sepertinya sangat menarik

@na said...

Suku suka:
Kak mar, belalai gajah tu tiba2 ja subur lepas hujan kebelakangan ni...seblum ni kering melidi...hehehe

Endah:
Oooo endah, pokok peria pantai ni tidak berbuah ia boleh dikategori sebagai pokok sayuran...yang kita cuma makan pucuknya aja..

TukangKebun said...

Thank you kongsi @na.
Nanti ada ubi keledek dalam pantry bolehlah cuba.