Monday, September 19, 2016

Kacang cerdik tumbuh??

Macam tak pecaya bila tengok ada kekacang bertunas dalam kotak kompos... Bila dibelek-belek nampak tunas dari kacang cerdik... Rasa pelik jugak.. 

Memang kami ada buang kacang cerdik yang tak merkah dan keras kematu ke dalam kotak kompos! 

Tapi yang heranya, bukan kah kacang yang dijual kat kedai digoreng atau dibakar terlebih dahulu?..

Banyak soalan bermain di kepala...
Bila diamat-amati memang kacang cerdik yang tumbuh...

pindah ke dalam pot pada 10 jun 2016

Setelah lebih 2 bulan pokoknya hidup agak subur...

5 pokok masih bertahan

Bila tuan tanah tanya pak cik gugel, ia dari jenis chinese pitstachio rupanya...
Ada sesiapa dah tanam pokok ni? Tolong share ya, tima kasih..



7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Eeehh... baguslah Ana.
Kakak tak terfikir pun sebab biasa yg keras tak pecah tu kakak gigit juga sampai pecah.
Tak boleh juga ketuk dgn anak lesung hihi... punya gigih
Lain kali kakak nak cubalah. Macamanalah boleh pecah kulit keras dia tu kan
Best juga dalam pada dibuang tumbuh pulak..

Normala Saad said...

Wah..untung dapat pokok kacang ni...ada org jual online pokok ni. Mahal tau..bela eluk2 mana tahu ada rezeki.

Warisan Petani said...

Boleh tunggu tengok hasinya nanti.

suka suka said...

Bonus ni Ana.. semoga berhasil..

Julie M said...

Assalamualaikum kak Ana..
Wah untungnya dpt pokok kacang ni....semoga tumbuh subur & membuahkan hasil pokok kacang tu....

Endah Murniyati said...

Sangat menarik, ingin tahu progresnya.

@na said...

1. Kak zakie;
Hehe lucu la kak zakie ni....punyanya gigih sampai guna abak lesong...blh try ni..

2. Kak mala;
Oo ya ka kak, mahai pokok ni...mmmm nk kena jaga lelok ni...tq kak mala

3.Warisan petani;
In shaa Allah kita sesama tengok perkembangan nya nnti..

4. Suka suka;
Tima kasih kak mar..

5. Julie M;
Waalaikumussalam. Mudah2an berhasil, tima kasih., Julie lama tk update blog? Sibuk ya?

6. Endah;
In Shaa Allah kita akan kongsi progresnya nanti. Tima kasih endah