Wednesday, February 13, 2013

Menjadi pulak cili api ni..


Tak sangka cili api ni menjadi… dah bayak kali akucuba tanam tapi tak berhasil. Pokok jadi kematu la, kena serang bena (fungus) la…macam-macam lah. Adab kata pokok tak hidup, apa lagi nak berbuah

Dua tiga bulan lepas, macam biasa rutin aku hujung minggu mesti ke pasar tani. Dan aku mesti singgah tempat jual pokok hiasan walaupun tak beli

Dan hari tu aku nampak pokok cili api kat gerai pokok hiasan. Gerai tu selalu aku singgah beli pokok. Pak cik tu dah kenal aku. Dah jadi regular customer..jadi mudah sikit nak nego harga..hehehe. Pokok cili tu nampak macam subur sangat.

So aku beli – RM3/polybag. Consider murah tu.

Tapi pokonya pun kecik lagi. Yang bestnya, beli pokok dengan pak cik tu …ada guarantee! Kalau pokok mati boleh tukar balik. Tapi tengok jenis pokok la jugak. Kalau tidak, parah lah bisnes pak cik tu

Aku tanam pokok cili tu kat laman belakang rumah. Tepi dapur. Tiap hari aku siram dan belek-belek pokok tu. Nampaknya ia mula tumbuh subur. Dalam beberapa minggu, ia mula berbunga dan berbuah. Lebat. Waah…puas

 

Pokok ni pulak dikatakan jenis yang tahan lama. Jangka hayatnya boleh sampai 5 tahun!

Jadi lately ni aku dah tak payah beli cili api kat pasar lagi dah.. dah save 50 sen dalam setiap resepi masak lemak cilia pi atau sambal belacan..

dan paling mahal tu fresh dari ladang!!!

Tuesday, February 5, 2013

Ubi stelo

Dah lama aku cari ubi keledek kampung sekitar pasar di alor setar ni. Dulu masa kecik-kecik selalu makan ubi ni direbus..orang kelantan panggil ubi stelo!
 
Bukan main lagi stailo org kelantan ni...
 

 

 
Tup tup aku tenampak ubi ni kat pakcik jual sayuran kampung kat pasar PKNK, jumaat lepas. Apa lagi aku aku terus interbiu pakcik tu.. "Pakcik ni ubi keledek jenis apa"? saje aku nak konfom..tengok tu macam ubi yang penah aku makan masa dulu-dulu. "Ni ubi keledek kampung" jawap pakcik tu.
 
Sah!
 
Apa tunggu lagi, aku terus beli. Aku ambik 4 tongkol, saiz S. Cukup la aku sorang je yang suka ubi ni. Ubi penuh nostalgia.
 
Hah! ni kena tanam. Bukan senang nak jumpa ni. Bukan ubinya yang aku taram sangat tapi pucuknye tu. Sangat sedap. Boleh dibuat masak lemak putih atau dicelur je jadikan ulam. Cicah dengan budu.. Best!
 
Petang semalam aku tanam salah satu tongkol ubi yang akau beli tu. Harap2 cepat lah bertunas dan membesar.
 
Ada tiga tongkol lagi...macam sayang pulak nak makan. Nak rebus ke atau buat pengat je... Pengat ubi memang feveret! Mak selalu buat. Sebab senang kot. Terkenang arwah emak...
 
Al-Fatihah.

Sunday, February 3, 2013

Ros Jepun

La ni aku nak tanam pokok mudah hidup dan tak manja. Senang maintain.. Simple. Janji subur. Kalau dah subur tentu cantikla pokok tu...getus hati aku sendirian.
Dah banyak pokok bunga ros aku terkorban! Cuma tinggal sepasu kat bawah ni.. Ini pun asyik kena serang bena putih... Ros ni memang centre of attractions! Sussah...banyak 'tetamu' suka.

Aku nekad. Tanam rose jepun pulak. Cepat naik dan berbunga. Cantik pulak tu. Cukup air n baja dah ok.
Ada nama ros jugak...ros jepun pun jadilah!!!
Ros jepun warna peach ni nampak gaya tak menghampakan aku. Segar. Sejuk mata memandang..

Wednesday, January 30, 2013

Petunia PURPLE

Aku memang dah lama minat dengan petunia.. Cantik. Dulu-dulu sukar nak dapat pokoknya. Cuma aku cuba beli seed di supermarket..tapi bila tabur kat tanah , tak penah tumbuh pun..
tapi akhir-akhir ni aku tengok banyak petunia kat nursery juga di pasar tani. Berbagai warna. Semua warna bunga petunia aku suka.

Hari tu aku berkesempatan ke expo pokok hiasan di pasar besar alor setar... banyak pokok petunia di lelong. Rupanya hari aku singgah tu, hari terakhir expo. RM8 sepasu. Pokok segar penuh bunga. Aku pilih petunia berbunga purlpe. Harga biasa kat nursery RM15.
Aku cuma beli sepasu. Nak try dulu. Boleh hidup ke petunia ni.. Tak pa balik gantung dulu! tengok perkembangannya nanti..

berbunga-bunga hati aku dapat petunia idaman ni... Mr hubby yang tak suka bunga pun memuji-muji kecantikan bunga petunia yang aku gantung kat pergola!


 


Bagai dikata petunia aku tu dah nampak macam makin suram dan layu. Alah apa da jadi ni. aku siram tiap hari. aku letak pun bawah teduhan pergola.

Minggu lepas aku ke pasar tani. Macam biasa aku akan singgah kat pak cik jual pokok. Petunia yang tergantung semua segar-segar. RM15 sepasu. Ni buat aku geram ni...

"Pak cik napa petunia saya kat rumah dah macam nak mati... kering abih daunnya..nak kata tak siram, saya siram tiap hari...saya gantung bawah teduh..pasai apa aaahh? tanya saya macam tak puas hati..

"ceq jangan siram banya banyak sangat...cuma letakkan aiskiub je kat dalam pasu...jangan boh baja kimia...pokok akan mati...petunia ni sensitif sikit...yang penting letak ais walau kena panas pun pokok tetap segar, daun dan bunganya akan jadi lebih tebal..." terang pak cik panjang lebar.
"jenuh la macam tu pak cik....tapi tak pa lah petunia punya pasal saya akan cuba...tima kasih pak cik bagi tips pecuma ni.." sempat jugak aku bebel kat pak cik. Aku dah biasa dengan pak cik tu, regular customer.
"nak pokok cantik kena la rajin ceq ooooiii..." balas pak cik sambil ketawa panjang...(ceq tu panggillan ganti nama orang kedah kepada orang lebih muda dari kita)

Monday, January 28, 2013

Majlis Maulidur Rasul 1434

Syukur. Alhamdulillah. Aku dan suami telah diizinkan Allah menyambut maulidir Rasul buat pertama kalinya di kediaman kami pada 12 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (khamis) yang lalu.

Majlis telah disambut bersama anak-anak tahfiz Al-hikmah Padang Siding Perlis. Majlis berlangsung penuh syahdu dengan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an diikuti dengan bacaaa Yassin, tahlil dan Burdah. Lebih kurang 100 hadir. 80 orang anak tahfiz dan mudir selebihnya jiran, rakan dan ahli keluarga terdekat. Sendat. Walaupun dalam ruang kurang selesa, majlis tetap berjalan lancar dan paling terharu bila lihat keceriaan pada wajah anak-anak comel ini.

sehari sebelum majlis bermula

ketibaan anak-anak tahfiz

anak-anak tahfiz bersedia utk sarapan

sebahagian mereka sedang menunggu giliran

majlis burdah

majlis digemakan dengan selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW

terima kasih tak terhingga atas sokongan mereka..
 
Tanpa disedari air mata mengalir deras...

Terima kasih tak terhingga kepada semua saudara dan sahabat handai yang datang menghulurkan sokongan dan bantuan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah permudahkan majlis kami ini.
Moga Allah memberkati majlis ini dan mendapat redhaNYA....kerana aku insan lemah yang tidak mengerti apa-apa... Aku mengharapkan bimbingan Mu Ya Allah...
Moga kami semua dilindungi dengan rahmat kasih sayangMU

Sunday, July 22, 2012

Manusia dicipta BerbeZa

Selepas bersahur (hari ke2 ramadhan 1433) pagi tadi sempat mengikuti tazkirah Ustaz zahazan di tv3:

Manusia memang dicipta berbeza dari segi paras rupa maupun cara berfikir... Itu sebenarnya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah swt...supaya kita berfikir. tetapi apa yang terjadi manusia terlupa bahawa kita berbeza dan perlu menghargai dan menghormati perbezaan itu. Apa yang terjadi msnusia sering bertelagah kerana berselisih pendapat...sehingga sanggup menumpah darah!

Beliau (ust zahazan) telah membawa satu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW tentang perkara ini. Diringkaskan cerita, pada suatu ketika, Rasulullah telah berpesan kepada rombongan sahabat supaya menunaikan Solat 'Asar di satu tempat/kampung yang telah ditentukan. Pada permulaan perjalan para sahabat tidak ada masalah tentang pesanan Rasulullah SAW itu.

Tetapi setelah separuh perjalanan, hari pun semakin lewat petang..maka bermulalah percambahan pendapat di kalangan sahabat...dan mereka mula berpecah kepada 2 golongan.

Satu golongan berpendapat jika diteruskan perjalanan ke kampung tersebut mereka akan terlepas waktu Solat 'Asar..jadi mereka mengambil keputusan menunaikan solat 'asar dalam perjalanan...

Manakala golongan satu lagi pula berkeras untuk solat 'asar di kampung yang dipesan oleh Rasulullah SAW... Kalau terlepas pun waktu solat 'asar mereka akan qodha'. namun perintah Rasulullah harus dijunjung! itu pendapat mereka..

Rombongan sahabat itu telah tiba di kampung yang diperintah Rasulullah SAW pada waktu magrib. Di mana segolongan sahabat menunaikan solat magrib dan terus me-qodha solat 'asar!

Peristiwa ini telah disampai kepada Rasulullah SAW untuk diketahui tindakan golongan mana yang benar..

Diriwayatkan, setelah baginda mendengar berita tersebut...RASULULLAH SAW tersenyum...dan baginda menjawab...KEDUA-DUA nya betul....

Peristiwa ini seharus dijadikan rujukan kepada semua kita umat akhir zaman ini...supaya kita terlindung daripada pertelingkan yang membawa kepada perpecahan...dek kerana menegak pendapat yang diyakini betul...



Thursday, March 15, 2012

Rumah aku diceroboh lagi...

kemarin rumah kau diceroboh buat kali ke lima!!!!

Sekitar jam 11.53 pagi kemarin alarm rumah aku alert hdphone aku menandakan rumah aku sedang dipecah masuk.

Astagfirullah...

Aku bergegas balik dari ofis. Ketika itu aku sedang berbincang mengenai projek RTD SPS dengan bos pasai progres. Aku tinggalkan perbincangan dengan perasan cemas berbaur cuak. macam persoalan timbul... takut pun ada..Bos suruh salah sorang rakan pejabat ikut aku pulang...

Aku drive dalam cemas...boleh agak la mcm mana...

Sesampai kat rumah alarm masih berbunyi...kuat! Tapi sayang tak sapa yang heran pun...kawasan perumahan aku tu memang sunyi. tak sapa pun yang ada waktu kerja...semua kelaur bekerja...menjerit lah alarm aku tu sampai ke malam pun..tak kesan apa pun..

Tapi,

ALHAMDULILLAH...

Bunyi alarm tu telah mengejutkan pencuri tu. Mereka tak masuk rumah walau pun grill sudah berjaya di potong dan mecadoor dah di kopak.. Mungkin bunyi alarm tu mengejutkan mereka terus lari sampai tak sempat ambil alatan pemotong dan pencungkil pintu yang digunakan itu.

Lembut lutut aku melihat alatan itu dan grill dan pintu dapur rumah di kopak begitu mudah.