Monday, September 9, 2013

Kenape tenggek burung ni pahit sangat?


Setelah berbulan-bulan dok belai pokok “so called” tenggek burung ni, pokoknya hidup subur. Daun2nya bukan main lagi lebar2. Pucuk muda (bercabang 3 galak bertunas). Berbunga-bunga lah hati tuan tanah melihat perkembangan si tenggek burung ni. Tambahan pulak selalu dok baca N3 smRose yang banyak tentang pokok tenggek burung. Makin terujalah dibuatnya!

“So-called” tenggek burung
 
Pokok ni tuan tanah pesan dari pak cik nursery yang selalu tuan tanah dok beli pokok dengan dia.

Tenggek burung ni tak berapa popular di kawasan utara ni. Kami jumpa pun semasa makan tengah hari di Melaka. Memang jatuh hati dengan kesedapan pucuk yang tak pernah tuan tanah rasa sebelum ni.

Mungkin tak keterlaluan jika dinobatkan sebagai ulam paling sedap. Raja Ulam kot!

Tuan tanah tak kisah sangat dengan khasiatnya tapi sedapnya tu… Jadi sebelum pulang kami mencari pucuk tu di pasar basah Bandar Melaka. Kami borong “sebeban” bawa balik Alor Setar, mengikut pakcik yang menjual tu, pucuk tenggek burung tahan di simpan lama. Dan ia memang terbukti betul…walau pun seminggu disimpan (fridge) pucuk2nya masih kekal segar.

Dah meleret-leret pulak…

Ok berbalik semula kepada  kisah pokok tenggek burung yang sedang subur di laman tuan tanah ni…

Alkisahlah…pagi Jumaat lepas dengan penuh semangat tuan tanah menuai pucuk2 cabang 3 ni nak buat ulam makan tengah hari.

Memang tak sabar nak merasa kelazatan pucuk ni dicicah dengan sambal belacan… Apalagi suapan pertama sudah tentu dimulakan dengan ikan bakar cicah sambal belacan dan dibalut dengan pucuk tenggek burung lah!

Kunyah perlahan-lahan nak ambik “feel” kelazatan pucuk tenggek burung yang di tanam sendiri..

Tiba-tiba…kunyahan macam tak boleh diteruskan…terasa sesuatu yang pelik…

Pahit?
 
Tapi teruskan jugak, makin pahit..makin pahit, kunyah lagi…pahit, pahit dan pahit…tak boleh nak ditelan…. Kenape pahit?, tak sama rasa seperti pucuk tenggek yang pernah dimakan tempoh hari. Risau pun ada, takut beracun!
 
Daaah hilang mood..

Keesokkan harinya, tuan tanah potong seranting pucuk tenggek bawa jumpa pakcik nursery tu. Nak dapatkan kepastian.

On the scene…: (lawak betul)....

“ooo subur betui, besaq2 daun dia…pokok yang cheq beli ari tu kan?...sapa pakcik dalam loghat utara sebaik saja nampak saya bawa pucuk tenggek burung, mengingatkan dia pokok yang  saya pernah beli dengannya dulu.

“ya, ya pakcik…memang subur pokok ni…tapi pakcik nape tenggek burung ni pahit…rasa macam bukan tenggek burung langsung….” balas saya…

“silap pokok kot pakcik” tambah saya

“Dak aiiih….tenggek burung…pakcik tau la…rasa dia lemak2, sedap” balas pakcik dengan penuh yakin

“tu la pakcik patutnya pucuk tenggek burung memang sedap…tapi yang ni pelik pulak rasanya…tak pa,…cuba pakcik kunyah dulu…pahit sangat” balas saya sambil menghulur daun untuk dicuba

Setelah dikunyah, dengan agak terkejut; “Awat pahit sangat ni…” sambil meluah keluar kuyahan pucuk tersebut…

“pakcik semai dari biji tenggek burung, pokok dia besaq ada kat belakang rumah pakcik…awat pahit…pelik pelik” tambah beliau…

“Saya pun heran pakcik, kalau saya tak bawa untuk pakcik rasa…sampai sudah pakcik tak pecaya kan?”…balas saya sambil tergelak tengok gelagat pakcik tu..

“kalu lagu ni bukan tenggek burung lagi ni, dah jadi tenggek beruang dah ni” sambung pakcik sambil tergelak panjang… kami semua tergelak…lucu!
 
Persolaannya:

Ni mungkin kes pelandok 2 serupa! Hehehe…Tapi kalau bukan tenggek burung pokok apa ni?

Ni imej dari pakcik google, nampak tak banyak beza dengan pokok tenggek burung yang tuan tanah punya!



Mungkin smRose arif dengan tenggek burung… Minta komen sikit…

 

 

14 comments:

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Tergelak pula bila baca pasal tenggek beruang ni! Kalau Mak Aji tengok rupa daunnya memang sama dengan yang Mak Aji ada tapi kenapa pula pahit ya?? SmRose yang pakar pasal tenggek burung bolehlah beri pencerahan kepada kita semua ya!

smRose said...

hahaha...saya mulakan dgn trgelak dlu, ingin buat pencerahan sikit nih, sy bukan pakar pasal tenggek burung (tb) tapi paling suka cerita pasal pokok tu saja.

Pasal ulam tb pahit tu, sy pun pernah terkena. saya kutip kat kebun abah sy, kutip plak lain kali (pokok sama) tak pahit pulak, agaknya pucuk ini dipengaruhi oleh cuaca atau air disekelilingnya kot. mungkin kalau tak cukup air dia jd pahit. Alhamdulillah pokok yg sy tanam dlm pasu tu tak pahit pucuk dia.

Umm AA said...

salam ana
hehehe..klakarnyer citer tenggek nie..sib baik bw pokok bw bukti kat pakcik tuh..
sy kurang arif psl tenggek burung nie..tak ingat pernah makan ker tak

Ibu Qistina said...

Tenggek burung bertukar jadi tenggek beruang. haha......

@na said...

1. Ummu Madihah;
wassalam mak aji...
tu lah dok heran ni mak aji...pasai apa pahit ni...hehehe

2. smRose;
kalau cmtu...tb ni termasuk dlm jenis pokok ajaib la na...jd simpan dulu la tb ni...mana tau lps dah tak pahit kan rose...ingat nak cabut buang dah..hehehe

3. ummuaidan;
wassalam ummu,
memang kelakar la ummu....kalau tk bwk tunjuk sah2 pakcik denial habis2an...hehehe
ummu pucuk tenggek burung mmg cukup sedap...

4. Ibu Qistina;
hahaha...mungkin beruang pahit kot!

Nudabuffy said...

Salam Ana.. Mungkin betul sebab kurang air.. Jangan buang dulu.. sayang kot.. Nyam nyam

suka suka said...

Assalam Ana.. akan dikenang kisah tenggek beruang ni :) .. cuba pindah ke tanah mungkin berubah rasanya...

zilazul said...

hehe, kesian ana, kelakar pun ada, setuju ngan k.mar, ce try pindah ke tanah dlu, kat umah anah saya tanam atas tanah ok je rase dia

@na said...

1. Nudabuffy;
Wassalam hidayah,
ooo kurang air pun blh berubah rasa ya...mmg syg nak buang, pokok tgh subur...tgk mcm mna perkembangan lps ni...

2. suka suka;
wassalam k mar,
memang lawak betul la k mar...jenis Tanah ptg menentukan bkn saja kesuburan pokok jgk blh mengubah rasa ajaib kan k mar?

3. zilazul;
mmg kelakar la zila...hehehe bekebun ni rupanya byk asam garamnya kan...hehehe tima kasih singgah berkongsi...

Unknown said...

Salam, Ana...

mula2 nak gelakkan tenggek beruang tu dulu hahaha....mak saya pon suka mkn ni..saya pon belajar mkn daun ni from mak..memang sedap....tp so far takde tanam lagi...tanam kat pasar je...hehehe ;)

@na said...

wassalam lina,
memang kelakar....hehehe...
usaha tanam sbb kat belah utara ni susah dpt ulam tb ni...tp lain plk jadinya...hehehe

E-na Zarina said...

dah lama cari benih pokok tenggek burung ni kat nursery sekitar shah alam n klang sg buluh tp x jumpe lg...suka juga mkn ulam ni,,,1st kenal masa dok melaka thn 2000

@na said...

nampaknya pengalaman kita sama...kenal tenggek burung ni di Melaka...hehehe, mungkin Tanah di Melaka sesuai utk pertumbuhan pokok ni kot...
terima kasih sudi singgah...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.