Wednesday, September 11, 2013

Tips buat "green sprouts" dari biji labu


Sebenar bukan pakar mana pun dalam hal green sprouts ni, cuma berkongsi tips daripada sedikit pengalaman yang berhasil dilakukan terhadap beberapa jenis seeds. Salah satunya dari biji labu manis.

Cambahan biji labu manis di hari ke 5

Seronok buat green sprouts ni. Mudah, cepat dituai dan berkhasiat. Lagi pun ia tidak melibat kos yang tinggi. Sesuai sangat kepada gardener yang tak banyak masa dan tak punya kebun yang luas.

Cuma memerlukan small pot dan medium tanah yang bernutrisi tinggi.

Caranya sangat mudah:

1.       Dapatkan seeds labu (tuan tanah selalu buat dari biji yang disimpan dari buah labu yang beli dari pasar. Biji dikeringkan terlebih dahulu)

2.      Sediakan pot/bekas yang bersesuaian dari segi saiz dengan jumlah seeds yang akan ditabur.

3.      Masukkan tanah (potting soil) dan basahkan. Kemudian tabur rata biji labu dan elakkan dari bertindih, kerana saiz biji labu agak besar dan akan mengeluarkan daun yang lebar. Tutup biji tersebut dengan tanah agak-agak setebal lebih kurang 1cm.

4.     Kemudian siram dan tutup dengan news paper basah. Letakkan ditempat gelap. Pastikan tanah sentiasa basah.

5.      Selalunya pada hari ke 3, seeds dah mula bercambah. Bila dah bercambah keluarkan dari tempat gelap dan mula boleh dedahkan pada cahaya (bawah teduhan).


di hari ke tiga seeds belum lagi bercambah sepenuhya
 
6.      Pastikan cambahan ini sentiasa disiram dan dalam seminggu, seeds labu akan bercambah sepenuhya dan sedia dituai.


Green sprouts ni di antara sayur hijau berkhasiat yang boleh tanam sendiri di rumah…bebas racun, bebas baja kimia!
 

Selamat mencuba…

 

15 comments:

zilazul said...

saya pernah buat green sprout dari kacang hijau, tak sangka pulak boleh guna benih labu, lepas ni xdela membazir da biji labu

ummuaidan said...

nampak senang kan caranya ana..tp sy selalu sprouts nie tak habes makan..kadang bua ng gitu jer..baik takyah buat huhuh

@na said...

1. zilazul;
zila, bagi saya green sprouts dari biji labu lebih sedap kcg ijau...

2. ummuaidan;
green sprouts ni sesuai utk org tk dak kebun ummu...buat pun dlm bekas kecik je...sekali goreng daah abis...buat lain plk..instant leafy vege...hehehe

SriKota Garden said...

Bagus idea tu, selaunya bijinya saya buang je.

Lynna Ghani said...
This comment has been removed by the author.
Lynna Ghani said...

typo plak..

Salam Ana...menarik ni..lepas ni boleh try..huhuhu...bleh buat salad ke Ana? or kena masak dulu?

@na said...

1. SriKota Garden;
jimat kan...tak yah nak beli seeds...beli labu dapat biji...2 in 1

2. Lynna Ghani;
Wassalam lina, rasanye tk sesuai buat salad kot...selalunya saya buat sayur goreng je...

olive said...

Ana, this is really a very.good idea. i try before to grow them in soil. but pahit la sprout dia. tak pahit kah?

@na said...

hi olive,
ada, but mild je...tapi tk sepahit peria..agak sedap di goreng belacan mcm kita goreng kangkong tu...

TukangKebun said...

Diana baca blog Mark kat UK dulu dia cuba sprout labu dari yang cambah dari komposnya hehehe...

@na said...

tentu lebih berkhasiat sprout labu tu, kan Diana...hehehe

adrianna syaz said...

Salam kenal...mcm toge ke ni?hehe..leh try buat nnti..

Sya follow blog ana..jika sdi,snggh ke blog sya ya..:D

@na said...

wassalam syaz, a'aa' mcm buat toge tp biarkan hingga daun ijau...
tima kasih sudi singgah n folo...
InsyaAllah akn bls kunjungan

Alice said...

nak tanya, selain kacang hijau dan biji labu, ada biji apa lagi yang boleh buat green sprouts? lepas tengok ni berminat pulak nak buat, daripada asyik tunggu sayur kat taman tu :)Terima kasih. Satu lagi soalan, kalau guna vermicompost ganti potting soil, boleh tak?

Alice said...

nak tanya, selain kacang hijau dan biji labu, ada biji apa lagi yang boleh buat green sprouts? lepas tengok ni berminat pulak nak buat, daripada asyik tunggu sayur kat taman tu :)Terima kasih. Satu lagi soalan, kalau guna vermicompost ganti potting soil, boleh tak?