Sebenar
bukan pakar mana pun dalam hal green sprouts ni, cuma berkongsi tips daripada
sedikit pengalaman yang berhasil dilakukan terhadap beberapa jenis seeds. Salah
satunya dari biji labu manis.
Seronok
buat green sprouts ni. Mudah, cepat dituai dan berkhasiat. Lagi pun ia tidak
melibat kos yang tinggi. Sesuai sangat kepada gardener yang tak banyak masa dan
tak punya kebun yang luas.
Cuma
memerlukan small pot dan medium tanah yang bernutrisi tinggi.
Caranya
sangat mudah:
1.
Dapatkan seeds
labu (tuan tanah selalu buat dari biji yang disimpan dari buah labu yang beli dari
pasar. Biji dikeringkan terlebih dahulu)
2.
Sediakan pot/bekas
yang bersesuaian dari segi saiz dengan jumlah seeds yang akan ditabur.
3.
Masukkan tanah
(potting soil) dan basahkan. Kemudian tabur rata biji labu dan elakkan dari
bertindih, kerana saiz biji labu agak besar dan akan mengeluarkan daun yang lebar.
Tutup biji tersebut dengan tanah agak-agak setebal lebih kurang 1cm.
4. Kemudian siram
dan tutup dengan news paper basah. Letakkan ditempat gelap. Pastikan tanah
sentiasa basah.
5.
Selalunya pada
hari ke 3, seeds dah mula bercambah. Bila dah bercambah keluarkan dari tempat
gelap dan mula boleh dedahkan pada cahaya (bawah teduhan).
di hari ke
tiga seeds belum lagi bercambah sepenuhya
6.
Pastikan
cambahan ini sentiasa disiram dan dalam seminggu, seeds labu akan bercambah
sepenuhya dan sedia dituai.
Green sprouts ni di antara sayur hijau berkhasiat yang boleh tanam sendiri di rumah…bebas racun, bebas baja kimia!
Selamat
mencuba…
15 comments:
saya pernah buat green sprout dari kacang hijau, tak sangka pulak boleh guna benih labu, lepas ni xdela membazir da biji labu
nampak senang kan caranya ana..tp sy selalu sprouts nie tak habes makan..kadang bua ng gitu jer..baik takyah buat huhuh
1. zilazul;
zila, bagi saya green sprouts dari biji labu lebih sedap kcg ijau...
2. ummuaidan;
green sprouts ni sesuai utk org tk dak kebun ummu...buat pun dlm bekas kecik je...sekali goreng daah abis...buat lain plk..instant leafy vege...hehehe
Bagus idea tu, selaunya bijinya saya buang je.
typo plak..
Salam Ana...menarik ni..lepas ni boleh try..huhuhu...bleh buat salad ke Ana? or kena masak dulu?
1. SriKota Garden;
jimat kan...tak yah nak beli seeds...beli labu dapat biji...2 in 1
2. Lynna Ghani;
Wassalam lina, rasanye tk sesuai buat salad kot...selalunya saya buat sayur goreng je...
Ana, this is really a very.good idea. i try before to grow them in soil. but pahit la sprout dia. tak pahit kah?
hi olive,
ada, but mild je...tapi tk sepahit peria..agak sedap di goreng belacan mcm kita goreng kangkong tu...
Diana baca blog Mark kat UK dulu dia cuba sprout labu dari yang cambah dari komposnya hehehe...
tentu lebih berkhasiat sprout labu tu, kan Diana...hehehe
Salam kenal...mcm toge ke ni?hehe..leh try buat nnti..
Sya follow blog ana..jika sdi,snggh ke blog sya ya..:D
wassalam syaz, a'aa' mcm buat toge tp biarkan hingga daun ijau...
tima kasih sudi singgah n folo...
InsyaAllah akn bls kunjungan
nak tanya, selain kacang hijau dan biji labu, ada biji apa lagi yang boleh buat green sprouts? lepas tengok ni berminat pulak nak buat, daripada asyik tunggu sayur kat taman tu :)Terima kasih. Satu lagi soalan, kalau guna vermicompost ganti potting soil, boleh tak?
nak tanya, selain kacang hijau dan biji labu, ada biji apa lagi yang boleh buat green sprouts? lepas tengok ni berminat pulak nak buat, daripada asyik tunggu sayur kat taman tu :)Terima kasih. Satu lagi soalan, kalau guna vermicompost ganti potting soil, boleh tak?
Post a Comment