Monday, September 2, 2013

Tomatillo mula berbunga…


Lama sungguh menunggu si tomatillo ni bercambah…berbulan-bulan rasanya. Memang dah tak menaruh harapan. Ingat tomatillo seeds ni dah tak tumbuh.

Tapi bila bekas semaian tomatillo ni nak diguna untuk semaian parsley ternampak ada 2 pokok yang agak menarik perhatian. Tomatillo ke ni? Simpan dulu 2 pkok ni. Ikuti perkembangannya. Sebab tak pernah tengok pokok tomatillo sebelum ni. hari-hari dok belek 2 pokok ni. Siram dan baja..(macam menatang minyak yang penuh). Nampak meyakinkan. Sah tomatillo!

Dengan penuh berhati-hati pindah pokok ni ke dalam pasu yang lebih besar. Tumbesarannya agak memberangsangkan. Sihat dan subur. Syukur.
 

Tomatillo pertama muncul di laman…

 
Tup, tup, minggu lepas Nampak bunjut-bunjut kecil yang comel keluar dari celah-celah daun tomatillo ni.

 

Kelihatan bunjut-bunjut kecil bunga tomatillo

Beberapa hari kemudian ia terbuka. Membentuk bunga kembang sempurna. Berwarna kuning dan unggu di pangkal bahagian bawah bunganya.
 

Kembangan bunga pertama

 
Berjaya kah ia berbuah? Tak sabar menunggunya…

 

 

9 comments:

ummuaidan said...

salam ana,
saya pun belum pernah tgk pokok tomatotilla nie..buahnya pun tak sure pernah tgk ker tak..tunggu tayangan ana lahnanti :)

smRose said...

wah! bestnya lg sikit mesti jenuh makan

@na said...

1. ummuaidan;
salam ummu, InsyaAllah ummu pasni kita tayang dan kita tgk hasil buahnya nnti...hehehe

2. smRose;
harap2 mcm tu la rose...hehehe

yan's cottage said...

salam @na...

nampak macam pokok geti je....yg orang buat masak lemak tu....

@na said...

salam yan, geti jenis pokok besar kan yan? memang sedap buat masak lemak...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Siap berbuah tomatillo ni bolehlah buat salsa atau gazpacho ya - ole mexicano!

@na said...

salam mak aji,
hehehe...ok2 mak aji siap bebuah nnti kita bersalsa - ole mexicano...hahaha

gardener said...

Saya tanam pokoknya tinggi 5 kaki, buahnya 6 biji je, tak tahulah tak boleh sesuaikan diri atau tak ada pollinator

Tihara said...

saya pernah tengok dalam rancangan afc river cottage..macam mana rasa dia yea ?