Tuesday, November 19, 2013

Nasi oats biru TeLang

Sejak telang berbunga, boleh dikatakan hari-hari kutip! Jarang miss! Tambahan pulak telang berlapis pun dah mula berbunga. Cukup cantik!

Sebagai mempelbagaikan kegunaan telang, tuan tanah cuba masukkan ke dalam nasi oats. Macam rugi tak manfaatkan sepenuhnya, keindahan dan khasiat beta-carotene yang tinggi dalam warna bunga biru ni .

Nasi oats biru

Bahan-bahan:

Semangkuk bunga telang, setengah cwn rolled oats & susu boleh diganti dgn santan!

Bunga telang segar (kisar), rolled oats, beras, susu segar/santan, halia dan bawang putih. Sesuai dimakan dengan sambal tumis udang/bilis atau untuk kurangkan cholesterol level boleh berlaukkan ayam panggang dengan salad mentah je!

Nasi ni, sedap jugak dimakan begitu saja…
 
 

12 comments:

Pedasdanmanis said...

Wah.. menarik ni @na, boleh cuba.. cume kene tggu bunge telang kami besar..br nak bercambah.. hehe.

Umm AA said...

kreatif betul ana..manfaatkan btl2 bunger telang dia tuh..sedap tgk nasi oat..:)

@na said...

1. Pedasdanmanis;
telang kalau dh bebunga tk berenti...pasni blh buat nasi biru...hehehe

2. ummuaidan;
warna telang mmg memikat hati la ummu...syg nk biar kering je..

Unknown said...

As Salam, Ana.....saya ni beras, susu & oat for rice dah ada.....telang jer belom berbunga hehehehe ;)

rostina76 said...

salam kenal @na. walau bukan kaki gardening tapi minat tu ada. seronok baca blog @na tambahan byk pasal telang. i love bunga telang

@na said...

1. Lynna Ghani;
wassalam lina, ooo telang blum bebunga lg ye....kalu lagu tu kena tunggu la na...hehehe

2. rostina76;
wassalam rostina, sama la kita mmg suka sgt dgn bunga telang...rare color kan? tima kasih sudi singgah dan singgah2 la selalu ya...

sud@is said...

uishhhh!!!! sabar sajalah menunggu pokok telang berbunga untuk dimasak nasi oats biru.ermmm dapp nyaa..

semaian benih baru bercambah @na...lambat lagii yaaa

@na said...

hehehe...sud@is, telang mmg lmbt bercmbah...tp kalau dah hidup cpt ja dia bebunga....sabaq la na....tgk je la nasi oats biru kami dulu...hahaha

yan's cottage said...

macam sedap je tu....tq kongsi resepi menarik nie.....

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Lepas ni kena buat nasi kerabu hitam/biru pulak!

Awin said...

masya Allah....first time tau ni

@na said...

1. yan's cottage;
try la yan, rasanya pun blh thn jgk, pelbagaikan telang n oats dlm diet...

2. Ummu madihah;
wassalam mak aji...nasi kerabu ite ni lmbt sikit la mak aji...susah nok buat hehehe,,tp nok try jgk

3. awin;
bunga telang ada byk kt laman tu, blh try la awin..hehehe