Monday, November 11, 2013

“Sayur dapur” yang paling senang ditanam


 
Selepas toge, rasanya daun bawang antara sayur dapur yang paling senang dihasilkan dari rumah. Kalau dalam peti ais pun boleh tumbuh, inikan pula berjumpa tanah walaupun dalam botol mineral!
 
Cukup senang, hasilkan daun bawang.

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita menggunakan sayuran ini. Habis tidak pun, kita masukkan dalam telur dadar…

Tuaian daun bawang segar dari laman

Ketika memotong boleh terdengar kerapuhannya
 
Sayuan hijau ini agak mahal jugak jika dibeli dipasar…selalunya lebih dari RM1.00++. Kita boleh mengurangkannya dengan menanamnya sendiri. Tak perlu ada laman besar tak perlu beli pasu mahal-mahal. Cuma perlukan sedikit “potting soil” dan guna semula “bekas terbuang”, kita mampu sediakan stok sayuran ini sepanjang masa.

Daun bawang boleh dituai dalam masa 14 hari saja. Dan kita boleh jadualkan fasa penanamannya supaya kita sentiasa dapat menikmati daun bawang segar sepanjang masa! Kalau nak lebih cepat, pilih bawang yang dah hampir bertunas (kalau kat pasaraya selalunya bawang ni dah nak dibuang – harga amat murah)

Lebih kurang 2 minggu..sedia untuk dituai..
 
Paling menarik lagi sayuran ini sangat tahan. Boleh dikatakan ia tidak terjejas daripada serangan makhluk perosak. Walaupun sayuran disekelilingnya habis rongak tapi daun bawang tetap selamat.

Daun bawang juga boleh dijadikan tanaman penghalau!

 

27 comments:

smRose said...

bila potong dia idup balik tak?

Unknown said...

smRose.. potongan tu tumbuh balik dalam lebih kurang seinci dalam tempoh sehari..ibarat x pernah habis kecuali kalau bawangnya terlalu lembab so bawang jadiu busuk..saya pun ada tanam tapi bawang kecil...nampaknya kena tanam bawang besar macam @na barulah
dapat daun besar...

Awin said...

besar sungguh daunnya @na. letak baja apa2kah?

sud@is said...

thumb up @na!!!
`petani dapur moden'..

cucubulat said...

wah subur sungguh bawang @na,,masuk dalam cekodok pun sedap..btw kalau bekas botol mcm tu @na tebuk luang jugak ke di bawahnya,,atau siram sikit air jer?

@na said...

1. smRose;
betui mcm wanie ckp tu rose...jgn ptg habis...bg can dia naik balik..

2. wanie Ibrahim;
betui wanie, lagi besar saiz bwg lagi lebar daun yg kita tuai..

3. awin;
tak pun awin, cuma guna potting soil ja...

4. sud@is;
tq2....hehehe...mai kita sesame jd petani dapur...

5. cucubulat;
kena tebuk bwhnya, bg air mengalir...lg bagus spray je air dan elakkan bwg jd busuk...

nadia rashid said...

memang betul..daun bawang tak pernah kecewa bila tanam..tapi dah excited sangat tanam daun bawang ni kadang2 tak termakan...:D

yan's cottage said...

Salam @na...

yan pun selalu tanam sendiri juga daun bawang nie....nak pula bila bawang banyak bercambah tak nak membazir terus tanam dapat juga hasilnya kan....

Unknown said...

As Salam Ana...saya pon suka tanam daun bawang ni sbb senang & akan dpt stok daun bwg setiap masa.....lepas ni nak kena tanam daun sup plak kot....sbb geram je bila nak buat sup tp mls nak p kedai, daun sup takdak hehehe

Umm AA said...

salam ana, nie yang tengah sy usahakan skrang..nampaknya elok tanam dr labu kan drp benih..

Pedasdanmanis said...

kami suke, pasu @na.. botol plastik minirel yg cumil..

@na said...

1. nadia Rashid;
boleh kurangkan belanja dapur sikit kan nadia...yg bestnye dpt daun bwg segar terus dr "lading" hehehe...

2. yan's cottage;
bagus tu yan, saya ni baru je tanam...kalau tau senang mcm ni dah lama tk yah beli daun bwg kt pasar...hehehe

3. lynna Ghani;
wassalam lina, daun sup tu mmg pasangan daun bwg kan...saya pun baru cuba tanam...tp lambat betul nk tumbuh, dah bebulan tunggu ni...

4. ummuaidan,
wassalam ummu, betul2 sbb daun bwg kita guna tiap hari kan...

@na said...

pedasdanmanis;

senang tnm dlm botol plastic kecik2 ni senang usung masuk dapur hehehe

Unknown said...

saya baru tanam daun bawang,skrg musim hujan kan..tanam lembab ada yang dah busuk..terkulai saja daun dia..tgk pokok nie tegak je, apa rahsianya tue...heheh daun sup ada tanam x

@na said...

oooo...jgn bg kena ujan, letak bwh shade...sbb bwg tk tahan lembap sgt nnti cpt busuk...daun sup dah semai tp masih kecik, tk cpt mcm daun bwg...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Selain dapat daun bawang segar dari ladang, comellah pulak sederet bersusun dalam botol mineral tu! Pakai bawang besar eh supaya dapat daun besar. Mak Aji pernah cuba tapi tak menjadi, busuk. Kena shade ya, xleh kena hujan, patutlah!

@na said...

wassalam mak aji, elok ltk bwh shade, sbb kita tanam dlm bekas kecik kalau kena ujan lebat, akn cpt terendam air...bwg jadi cpt busuk...

Ibu Qistina said...

dah lama dah mengidam nk tanam bawang ni.......senang je tanamnye. kerat tumbuh banyak kali tak pe kan? :)

Thanks for sharing @na.

@na said...

ya ibu qis, kerat dan tumbuh semula janji bebawang tu tk busuk...slmat mencuba...

TukangKebun said...

Punk hair lebat bawang ni hehehe...

@na said...

hehehe...punk style...buat masa ni masih lebat

Linda said...

bestnyaaa blog ni...saya suka ;) comel daun bwg tu ditanam mcm tu...

Unknown said...

Wah menarik ni..hari2 duk pk nak clearkam laman belakanh n tanam dengan bende pekdah..ulam raja dah naik subur..sekarang nk cari tanaman lain plak..pasu belambak2 tp kosong haha nice sharing!! Nak try nnt. Tanam sendiri barulah puas hati..

Jemput ke blog adaa ye utk info kesihatan ye
Www.adaa-inspiration.com

Yang Saya Suka said...

Assalaam Kak Ana...
Daun bawangnya subur sekali.. Potnya pun cantik, Kak Ana kreatif menggunakan botol air mineral.
Saya pernah tanam bawang macam tu, tapi umbinya busuk selepas lebih dari dua minggu, waktu itu tanam umbi keluar dari fridge, sudah bertunas. Mungkin waktu lain nak cuba lagi, :)

Selamat berkebun Kak Ana...

Nor said...

Salam kenal...terima kasih atas kewujudan blog yg sangat informatif ni. saya suka!

El Naomie said...

Nak cuba jugak la tanam bawang ni mcm best!

khairey said...

Dh lama cari...nak try tanam guna lampu LED..untuk projek tahun akhir kejuruteraan elektrik.. Thanks..