Thyme
dan rosemary ni ditanam dari keratan yang dibeli dari TESCO(harga tiap satu hanya RM1.99). Rosemary tu ditanam
dah lebih dari sebulan, thyme pulak baru dalam 3 minggu. Kedua-duanya nampak
segar. Melihat dari prestasi percubaan awal ini rasanya rosemary dan thyme agak
mudah ditanam dari keratan batang.
Thyme & rosemary
ni, kedua-duanya ditanam dengan keratan dari Tesco
Tak
macam rosemary, thyme susah nak jumpa kat nursery sekitar Alor Setar. Jadi cuba
tanam keratan segar dari TESCO. Thyme ni sebenarnya percubaan ke 2, setelah
yang pertama mati selepas beberapa hari dipindahkan ke pasu baru. Lepas ni
rasanya nak biarkan saja thyme tu dalam pasu kecik sampai pokok betul-betul
stabil. Harap percubaan kali ni berjaya!
Kedua-duanya
herba ini selalu digunakan dalam perapan daging/ayam. Gandingan cocok ini mampu
membangkitkan aroma dan menambah perisa dalam masakan kedua-dua jenis protein
ini.
20 comments:
salam @na....
oooo....boleh hidup rupanya pokok nie...kat tempat kita ye....selalu beli yg kering je....lepas nie...nak cuba tanam jugalah...segar lagi sedap kan...?
wassalam yan, buat setakat ni mmg ke2 nya segar la yan...mmg herbs segar lebih sedap dari yg kering...
salam @na,,mudah hidup thyme ek,,nak cari cutting kat tesco jugaklah,,kurangkan kos dan pembaziran tapi hasil yg setimpal baru rasa puas hati..kan
assalam ana... seronok tengok bila pokok yang susah hidup menjadi...
wassalam cucubulat; tk sangka plk thyme ni blh idup...cuba la tnm, cantik pokok thyme ni...cute, & daunnnya comel sgt
wassalam k mar...betul2 mmg sgt puas hati...cuba la tnm k mar...kita blh rasa thyme segar dari laman hehehe
salam ana,
memang kalau dari keratan batang lebih mudah tumbuh tuk pokok2 herba..sy pun teringin nak tanam rosemary nie.cuma takder benih/ pokok jer lg..:)
wassalam ummu, cuba cari nuseri tentu ada tu...katanya rosemary lebih mudah hidup dari thyme...
Salam @na, cuba tanam keratan rosmary baru ni.. xmau berakar pastu mati..tyhme pulak mampu bertahan seminngu selepas bercambah.. nampaknye kene blie yg dah idup mcm @na senang.
wassalam pedasdanmanis; kalau ikutkan rosemary lg mudah idup bebanding thyme...kdg tu ikut rezeki jgk la kan?
di cold storage klcc ada jual dalam pasu kecil utk makan....saya ada terfikir nak beli utk tanam tapi belum terlaksana lagi hasrat tu. sebab bila balik kerja kalau boleh tak nak singgah mana2. nak sampai rumah seawal mungkin :)
Tak pernah Cuba lg tanam thyme...rosemary pun tak berjaya...huhuuu next year kena Cuba lagi
Salam @na,
Thyme ni kata orang nurseri ada dua jenis, yang semua daunnya hijau dan yang satu lagi ada hijau putih daunnya. Katanya dua2 serupa dari segi flavour cuma yang hijau putih lebih cantik sikit drp yang hijau saja, wallahualam.
thyme n rosemary- cntik segar pokoknya, nmpaknya sy belai mulberi dulu la @na
Teringin nk tanam pokok rosemary...:)
Assalam @na,
saya tak tertanam lagi herb2 english ni....especially yang agk fussy plant mcm rosemary,thyme,lavender. hehehe...saya panggil fussy plant sbb pokok2 ni mcm cerewet sikit...lembap sangat tanah tak boleh,kering sangat pun tak boleh. menguji kesabaran betul. kekeke
1. awin;
awin, masa keluar jln2 wikend tu blh singgah dan borong...hehehe
2. nadia Rashid;
tu la...kat nuseri pun tk penah jumpa thyme kan, nadia...pasni blh kita cuba tnm reramai...hehehe
3. ummu Madihah;
wassalam mak aji, oo ye ke tk penah jumpa thyme kat nuseri kt a/setar ni...jd jumpa je thyme segar kat Tesco terus cucuk kat Tanah...Alhamdulillah hidup.
4. sud@is;
ooo tgh belai mulberi ya? pasni cuba belai thyme plk...comei betui herb ni tau sud@is...
5. Adrianna syaz;
elok cuba...rosemary lebih mudah hidup banding ngan thyme...
6. ibu qistina;
wassalam ibu qis, mmg betui pun...thyme ari tu dah elok besar, tukar je pasu terus mati...frust betul, punyanye dok belai...mmg manja lah English herbs ni hehehe tp tu yg buat thrill kan?
Bila terbaca blog ni semalam, sy terus ke Tesco.. Nak try jgk la.. tp syg nya Thyme dah habis..
Kembali semula.. Alhamdulillah percubaan tanam thyme & oregano berjaya dgn cemerlang.. Rosemary susah bertol mau hidup dgn keratan.
Thyme & oregano mudah btol jaga.. Macam thyme suka kering sket, kalo kerap siram mmg mati la dia..
Oregano normal je..
awak beli yang dalam paket utk nak masak ke or mmg dalam pasu?
Post a Comment