Monday, December 15, 2014

Nak berkebun 1000 daya!!!



Terlalu pantas masa berlalu… tik tok tik tok…dah masuk 3 minggu rupanya tuan tanah tak update….dan langsung tak turun ke blog!

Dok fokus sediakan Interim Report nak kejar date line 15 Dis 2014…Alhamdulillah. Dah selesai.

Apa-apa pun;
Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih…kan…

Lagi pun tak da perkembangan menarik nak di kongsikan dari laman…Cuma teruja dengan usaha kebun uncle ni…

Walaupun tak da tanah, dia mampu berkebun dengan begitu eksklusif, di balkoni tingkat atas rumah teres 2 tingkat milik beliau!!! Siap tanam betik bederet, subur dan berbuah lebat pulak tu.. Salute la uncle!! 

Tersiar di KOSMO – 10 Dis 2014

Ingat pasni tuan tanah akan buat lawatan…minta tips hehehe…
Hebat… tu yang dikatakan “Nak berkebun 1000 daya”” dan boleh dikategorikan sebagai satu inovasi menarik yang boleh kita dicontohi..
Wallahuallam..

Selamat berkebun…

7 comments:

Kakzakie said...

Welcome back Ana. Dah legalah kiranya ni:)

Tapi kalau kakak rasanya pun tak mampu nak buat macam uncle tu Ana. Tapi tanah kakak yg secoet pun dah sesak dah ni dan tak ada ruang langsung yg terbiar..

@na said...

Tima ksih kakzakie...
sama la kita kakzakie mmg tak mampu nk buat mcm uncle tu..
laman yg ada ni pun tak ter tanam..hehehe...

Normala Saad said...

Kalau dah minat begitulah...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Hujung tahun sibuk nak settle macam2 benda ya! Org pencen macam Mak Aji dok perhati je dari jauh aktiviti kwn2 ofis yg sibuk memanjang - fuih, lega kawan! Salutelah uncle tu, subur pulak tu pokok betiknya tu! Mak Aji pernah tanam betik kat tepi rumah, belakang dapur - entah sebab akar betik ke apa tembok pagar pecah - ada kawan cakap akar betik ni agak 'jahat' sikit hingga boleh pecahkan simen!?

@na said...

Wassalam mak aji;
Hehehe mak aji dah lega ya...
Mak aji blh try tnm betik sekaki...akar dia tak "jahat" boleh tanam dalam pasu pun...
saya dah tanam, tunggu pokok berbuah baru nak update...sebagai berkongsi info...
ok mak aji hepi gardening..

sud@is said...

aitt lama menghilang
cemana nnati retak balcony tu @na, betik kan berat...1000 daya tiada alasan...

Zurainny Ismail said...

Salute kat pakcik tu. Kami ada pokok betik, pokok mangga & pokok2 kecil lain (halia, kunyit, dll)kat halaman blkg rumah - semua yg low maintenance. Seronok sgt bila betik & mangga berbuah. :D