Monday, November 24, 2014

Ikan bilis mata biru antara barang dalam bungkusan!



Ada bungkusan di pagi selasa minggu lepas… Dah boleh agak dari siapa… 

Sebungkus bilis bermata biru dan sebotol kecil madu

Terus phone “potential sender”

“Saja nak bagi awak rasa ikan bilis mata biru…saya pegi pangkor ari tu…dengar orang dok cerita pasal bilis biru…tu beli…bukan senang nak dapat tempat lain..saya pun tak penah makan” lunak suaranya di hujung talian...

Subhanallah..Jazakallahu khoiran…

Bilis mata biru??? Ternganga tuan tanah dibuatnya…tak penah tengok, takpenah makan pun sebelum ni…

Rasa macam teruja juga nak tahu…Selalunya dok makan bilis dari langkawi ja…tu pun dah dikata berkualiti.

Terus gugel…
Rupanya bilis bermata biru ni sangat istimewa. Bernilai Emas! Cuma ada di laut pangkor saja. Dan telah menjadi niche produk dan sebagai tarikan utama pelancong  ke Pulau Pangkor. Cuma tuan tanah ja yang ketinggalan. 

Jika diamat-amati, memang bilis ni bermata biru…

Ia dipercayai lebih sedap, rangup dan tidak semasin ikan bilis biasa. Dan tuan tanah tekejut bangat, bila dapati harganya mencecah RM100 sekilogram bagi GRED A. MasyaAllah…

Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan menambahkan keberkatan rezeki buat mu sahabatku. 

Jazakallahu khairon…




12 comments:

Julie M said...

Assalamualaikum kak @na, syukur Alhamdulillah rrezeki, emak Julie pun baru je poskan utk Julie ikan bilis mata biru yg sedap & ranggup ni. Ikan bilis ni memang mahal, dkt kg Julie harganya hampir rm60 sekilo.

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana,
ah identiti pengirim yg murah atie tu tidak didedahkan jgk yer..heheh...
br festime jgk dgr nie//tp sudah tertarik hendak cuba jgk..:)

Normala Saad said...

Ni 1st time dengar dan lihat ikan bilis mata biru..kat Langkawi tak tahulah ada ke tidak..

suka suka said...

Memang banyak bilis ni di Pangkor... Sabah pun ada...yang ni anaknya .. ada saiz lagi besar ..rasa memag sedap dan manis

Endah Murniyati said...

Sepertinya sedap sekali, baru pertama lihat.

Bunda a.k.a KN said...

Alhamdulillah rezki...
Belum pernah merasa lagi ikan bilis bermata biru ni...pernah dengar cerita jer..

Kakzakie said...

Kakak pun tak tahu Ana kalau tak baca N3 ini. Mata biru macam batu firus:)

Rezeki berteman sahabat yg suka bersedekah - alhamdulillah.

aIEn said...

salam singgah & salam ukhwan kak ana...

1st time jgk ni dngr ikan bilis biru...nntblh la cari kalo ke pangkor =)

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah murah rezeki.
Bila balik ke Sabah memang nak kena borong ni hehehe...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Mak Aji baru tahu ada ikan bilis mata biru! Mahal rupanya ya! Balik kg hari tu Pak Aji beli ikan gelama sungai. Dah naik harga ke RM60 sekilo. Last beli RM50. Jenis sepupu sepapat mahallah tu!

Bunda a.k.a KN said...

Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...terima kasih sangat..

SM79 said...

salam sis.... mesti rangup kan bilis mata biru ini