Wednesday, November 19, 2014

Buah bebuas – boleh makan ke???



Orang utara panggil bebuas. Salah satu pokok ulam yang popular di sini. Pucuknya sangat sedap, dan merupakan salah satu jenis ulam utama yang dimasukkan dalam nasi ulam utara. Rasanya lemak-lemak.

Tuan tanah penah tanam pokok ni dalam pasu tapi tak idup pun… Yang tak tanam ni pulak yang segar bugar di tepi pagar luar laman… dan berbuah lebat!! Saja tuan tanah biarkan di situ…kacau karang merajuk pulak…hehehe!

Buah bebuas matang – hitam berkilat

Buah bebuas muda

Sekali tengok buah bebuas matang yang hitam kebiru-biruan tu seakan beri. Nampak macam manis bersari. Tapi takut pulak nak rasa…

Boleh makan ke? Ada sesiapa tahu, mintak share ya…

Dan, kat bawah ni pucuk bebuas muda. Sedap dimakan raw sebagai ulam. 

Pucuk bebuas muda

Tuan tanah tak tanya pun pakcik gugel nama saintifik/botanical name pokok bebuas ni. Sekira ada sesiapa tahu boleh lah berkongsi info di sini untuk manfaat bersama..

Terima kasih semua.


14 comments:

❤Kamsiah❤ said...

akak dok kedah dah 23 th..baru sekali makan pucuk bebuas ni sbg ulam...

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana..haiisshh rsny samada tak ingat atau tak kenl pokok bebuas nie..naapok sedk buoh dio tuh..:)

Juls Julie80 said...

Fav ni...biasa bubuh dlm Bubur Pedas Sarawak..kecik2 salu makan...skrg duduk Kajang susah nak jumpa pokok ni...

biasanya kitorg makan pucuk jer..buah tu x pernah makan.. salu kasik kat burung merpati jer..heheh

sud@is said...

@na sekali tengok macam buah keriang, ni 1st time tengok buah bebuas, hanya tahu daun sebagai ulaman, mungkin ada diantara pengnjung disini yang tahu.

SM79 said...

saya suka ulam ni... sedapppppp

Honey said...

Salam Ana,

Lamanya tak makan pucuk bebuas ni.... Rindu! Walaupun busuk dan pahit tapi ku tetap suka makan dgn sambal belacan!

My mom kata, jiran I kat kpg tu lagi lah! Buat ulam mentah wei.. kalau I kena lah rebus dulu baru makan.

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na, cantiknya buah bebuas tu, dlu masa kecik2 kitorang buat mainan je buah2 bebuas tu, Julie ada tanam sepasu, tapi tak pernah pula makan lagi ulam ni, dahulu org tua2 kat kampung Julie gunakan daun bebuas ni utk buang sial.

Kakzakie said...

Pokok bebuas kakak baru kakak cantas Ahad lepas. Biasa tak sempat bebuah sebab dah selalu kena cantas - kakak suka pucuk baru sedap buat ulam. Tapi yg dekat rumah sewa kakak tu sampai berbuah dan kering. Kalau kakak sampai baru kakak ambil pucuknya. Mereka tak pandai makan.

Buah dia pun kakak tak pernah merasa dan makanlah Ana. Pahit kot hihi....

Normala Saad said...

kak suka daun bebuas ni. Ada dua jenis satu batang hijau & satu batang hitam. Buat masak lemak cili padi dengan ikan bilis pun sedap juga. Dan yang terkini kak dengar orang buat bonsai dari pokok bebuas. Cantik depa kata..biji dia pula tak pernah makan.

kakyon said...

KY kalau ada peluang makan ulaman mesti makan. tapi susah nak cari daun bebuas. nak tanam guna biji benih ke keratan batang ye..

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pernah makan pucuk bebuas ni...buat ula....bunda pun panggil bebuas juga...tak tau lah kot ada nama lain...

Bunda makan ulam bebuas ni dari pokok kawan bunda yg ada pokok mulberry tu...masa tu kat rumah sewa lama...bunda ada juga ambil benih bebuas ni sama mulberry tu...tapi bebuas tak hidup....

Kalau tak salah bunda daunnya lebar macam daun sireh tapi ada rasa kesat2 sikit kan.....sedap ni buat ulam...tetiba teringin pulak bunda ana...dah lama tak makan...ana mengingatkan nya kembali...huhu..

TukangKebun said...

Tengok buahnya macam geram je nak rasa petik dan makankan.

Yang Saya Suka said...

Assalaam Kak Ana, thanks for visiting my blog...
Hari jadi penasaran dengan pokok bebuas ni. Tapi sepertinya belum pernah jumpa.

Esperalzi said...

Assalamualikum. Di rumah saya banyak pokok bebuas.Bila saya cantas, saya semai batang, senang tumbuh anak benih bebuas ni. Kalau siapa amu benih, saya nak kasi. Saya di Seri Kembangan, Selangor.