Tuesday, November 18, 2014

Oregano tea – sangat baik untuk flu..


Tak sabar-sabar rasanya nak share kebaikan oregano tea ni dengan semua…

Oregano tea – dari laman

Dua hari lepas macam tetiba ja tuan tanah kena flu…hidung pun sosek, sosek…dan batuk-batuk.. Tuan tanah cuba elak dari telan panadol! Dan semalam baru teringat pada oregano tea, katanya  elok untuk meredakan flu.. 

Petang kemarin, balik ja dari keja, terus tuai segenggam daun oregano kat laman, cuci bersih dan terus masak dengan 3 cawan air. Selepas mendidih tuan tanah masukkan 2 helai daun pandan. Resipi ori tak boh pun daun pandan. Saja nak perisakan supaya lebih wangi ala-ala asia fusion…

Oregano leaves sedang dimasak - tengah mendidih

Ni kira pertama kali cuba…rasa macam teragak-agak jugak nak minum, bau nya agak kuat tapi wangi pandan telah dapat imbangkan bau teh menjadi harum..

Masa nak minum tuan tanah campurkan sesudu madu. Minum ketika masih suam-suam memang best, segar dan melegakan…

Oregano plant cukup senang ditanam

Syukur. Alhamdulillah pagi ni hidung dah kering, badan pun dah terasa segar… 

Kepada sahabat bloggers yang ada oregano plant kat laman, elok cuba. Ia boleh dijadikan sebagai home remedy yang sangat menakjubkan. Ni kira first hand testimoni dari tuan tanah la….setelah mencubanya semalam. 

Selain melegakan flu ia dipercayai amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan…

Selamat mencuba....


11 comments:

❤Kamsiah❤ said...

akak cukup suka bau oregano tu...tp tak pernah buat atau campurkan dlm makanan/minuman..

Honey said...

Salam Ana,

I pun ada pokok ni tapi my collegue kata ini spesis mint and good for flu.. Haritu dia ada bagi and now pokoknya hidup subur. Adakah pokok kita sama? *confuse* Nanti I upload gambarnya ya.

TukangKebun said...

Salam Ana.

Yang ni Cuban oregano atau dikenali Indian borage atau Mexican mint bagus untuk batuk.
Kalau sebut oregano sahaja nanti ramai confuse dengan oregano yang biasa digunakan dalam makanan Italy macam pasta dan pizzas.

@na said...

1. Kamsiah;
mmg oregano membangkit kan aroma masakan....tapi yang ni bukan jenis yang dimasukkan dalam masakan...
org kita panggil pokok kapur barus atau cuban oregano...

2. Honey;
Wassalam honey...
hehehe betul ia spesis mint...mexican mint...u jgn boh dlm spegetti plk...hehehehe

3. TukangKebun;
Wasalam diana...
terima kasih atas pencerahan yang amat berharga ni...
tima kasih banyak.

sud@is said...

Subur cantik pokok aregano tu, air dia seakan teh mulbery, semuanya ada khasiat masing2...semoga cepat sihat..

rostina76 said...

ros ada tanam gok ana tapi baru tadi baca @blog tanam sendiri katanya species ni namanya cuban oregano, beza dgn oregano mat salleh. heheh pepepun good info, pasni blh try. rasa cam sedap je. ros biasa buat guna daun pudina teh gini

Endah Murniyati said...

Menarik, baru lihat tanaman ini, indah dan bermanfaat pula. Thanks for sharing.

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na, thank you so much utk petua ni, cuban oregano? pokok bangun2 kan? Julie pernah tanam, tapi dah mati hihi..now rasa2 nak tanam balik sebab bleh rawat flu, jiran Julie bagitau sedap daun ni letak dlm masakan kari, tapi Julie x pernah try pulak, :)

suka suka said...

Bangun-bangun ni senang hidup.. patah dan cucuk je ke pasu.. agar pokoknya tak pupus..

Kakzakie said...

Masya-Allah kakak tak tahu ni daun oregano. Rumah kakak memang tanam (subur pun) dan kena selalu sulam sebab cepat membiak. Masa anak kakak kecik kakak jadikan jerlum kepala ramas dgn air utk kurangkan panas badan bila demam. Tak tahu nama tapi kami selalu guna. Minum air rebusan pun kakak buat utk hilangkan batuk tapi tak sebijak Ana masukkan daun pandan hihi... lain kali kakak ikut cara ana masuk daun pandan wangilah sikit kan..

Fadzillah Naim said...

terima kasih atas perkongsian info berguna tentang oregano..
boleh dicuba apabila selsema & batuk melanda..