Monday, November 10, 2014

Tanaman laman: Rumput Israel???



Kebelakangan ni cuaca sangat tidak menentu. Hujan lebat, ribut petir sering berlaku di kawasan utara semenanjung. 2 kejadian puting beliung berlaku baru-baru ni, amat luar biasa sekali. 

Subhanallah…kepada MU aku berlindung!

Aktiviti kebun pun  agak terbantut. Banyak semaian dan tanaman reput terlebih air. Tambahan pulak siput bab* bermaharaja lela. Habis sayuran diratah, tinggal rangka… 

Yang kekal subur rumput ni…banyak menyelubungi laman belakang rumah. Dalam cuaca panas pun ia berbunga senang lenang, tambah lagi masa hujan begini…Rupa nya macam ni karakter rumput Israel hehehe…Tau nama rumput ni pun bila baca entri Julie - My Wonderful Timez..
Bunga Israel..

Terkejut jugak pada mulanya…bila digugel rupanya nama tu diberi kerana rumput ini sangat kuat dan cepat menguasai ruang serta susah nak dihapuskan!. Macam perangai orang Israel!

Rumput Israel di luar laman

Rupanya bunga Israel ni mengeluarkan nectar yang manis. Ia amat disukai sang lebah…
Tarakallah
Sesungguhnya segala ciptaanNYA tidak sia-sia…


8 comments:

❤Kamsiah❤ said...

pertama kali dengar nama bunga Israel ni..biasa tgk ja tp tak tau nama..

❤Kamsiah❤ said...

pertama kali dengar nama bunga Israel ni..biasa tgk ja tp tak tau nama..

❤Kamsiah❤ said...

pertama kali dengar nama bunga Israel ni..biasa tgk ja tp tak tau nama..

Bunda a.k.a KN said...

Sepadan dengan namanya rupanya rumput ini kuat dan senang membiak dan susah nak di musnahkan...

sud@is said...

Kat belakang rumah saya pun ada,bertepatan dengan namanya hidup membiak, mejalar tak ada kesan hujan panas...

Kakzakie said...

Kakak pun baru tahu nama dia Ana. Betul juga rumput ini memang liat dan cepat aje merebaknya... degil macam Israel..

rostina76 said...

laaaaa jahatnye pokok ni…heheh selalu nampak tumbuh liar je kan betulla tu perumpamaan dgn israel yg asal usul tak diundang pastu bt cam kawasan dia makin merebak

Yang Saya Suka said...

Saya pun pernah lihat rumput ini, cantik, ada pula yang bunganya berwarna biru.