Thursday, September 10, 2015

Giant Roselle dah bebunga…



Subhanallah. Kuat pokok roselle jenis ni. Patutla dinamakan “giant”. Walaupun terbiar lama, tak bersiram, tak dibaja namun ia cukup survival.  Membawa diri dan membesar dengan jayanya.  Dan menariknya, dah tunjuk bunganya. Cantik. Jatuh hati dibuatnya. Rasa bersalah pun ada. Tak dibelai macam yang lain-lain.

Mula berbunga…

3 anak pokok giant roselle ni dari kawan. Tak sangka pokoknya begitu besar. Tak macam jenis dwarf yang penah tuan tanah tanam sebelum ni. Tapi yang bestnya, pucuk roselle ni lebih sedap. Daunnya lebih tebal. Sedap digoreng belacan…

Nah, tengok pokoknya, 

tingginya hampir mencecah bumbung…

Pada sesiapa yang ada roselle dilaman selain buah, daunnya jugak sedap dimakan. Pada yang belum penah merasanya boleh lah cuba…

Ok. Selamat mencuba…




9 comments:

AMIIZAA said...

seronoknya.....tinggi subur pokoknya....:)

Bunda_nora said...

Kalau tengok bunganya tu, tak salah bunda pernah kot tengok pokok ni....tapi tak pasti...

Endah Murniyati said...

Indah memang. Saya berharap segera bisa semai ulang roselle, bulan lalu saya semai roselle macam ini, tapi habis semua dimakan siput.

Kakzakie said...

Kakak dulu ada tanam tapi dek kerana giant size itulah akhirnya rebah dek angin sebab kakak tanam dlm pasu. Rumah manalah ada tanah Ana... Tapi yg kakak tanam tu dak ada buah tau Ana. Cuma bunga aje. jadi kami makan daunnya aje..

Teringin nak tanam baliklah..

Normala Saad said...

kak pernah tanam roselle jenis ini dikampung sekitar tahun 80an. Masa tu kami panggil buah ribena. Tak tahu pun nama dia roselle. Pokoknya memang besar dan tinggi betul. Hapus kepala. Tapi kalau windy sikit, habis terbalik pokok dia. Masa tu arwah mak suka ambil pucuk dia msuk dalam asam pedas..

❤Kamsiah❤ said...

belum pernah makan daunnya..

Narshifa Jannat al-naim said...

Salam Ana ^_^

Kalau ada anak pokoknya nt bagitau laa...nak pre-order ni hehe. Nak beli buat tambah koleksi.

suka suka said...

K Mar pun tak pernah makan daunnya..

TukangKebun said...

Tak tertesting testing nak cuba pucuknya, harus satu hari masuk juga dalam assam pedas tu.