Subhanallah.
Kuat pokok roselle jenis ni. Patutla dinamakan “giant”. Walaupun terbiar lama,
tak bersiram, tak dibaja namun ia cukup survival. Membawa diri dan membesar dengan jayanya. Dan menariknya, dah tunjuk bunganya. Cantik.
Jatuh hati dibuatnya. Rasa bersalah pun ada. Tak dibelai macam yang lain-lain.
Mula berbunga…
3
anak pokok giant roselle ni dari kawan. Tak sangka pokoknya begitu besar. Tak
macam jenis dwarf yang penah tuan tanah tanam sebelum ni. Tapi yang bestnya,
pucuk roselle ni lebih sedap. Daunnya lebih tebal. Sedap digoreng belacan…
Nah,
tengok pokoknya,
tingginya hampir mencecah
bumbung…
Pada
sesiapa yang ada roselle dilaman selain buah, daunnya jugak sedap dimakan. Pada
yang belum penah merasanya boleh lah cuba…
Ok. Selamat
mencuba…
9 comments:
seronoknya.....tinggi subur pokoknya....:)
Kalau tengok bunganya tu, tak salah bunda pernah kot tengok pokok ni....tapi tak pasti...
Indah memang. Saya berharap segera bisa semai ulang roselle, bulan lalu saya semai roselle macam ini, tapi habis semua dimakan siput.
Kakak dulu ada tanam tapi dek kerana giant size itulah akhirnya rebah dek angin sebab kakak tanam dlm pasu. Rumah manalah ada tanah Ana... Tapi yg kakak tanam tu dak ada buah tau Ana. Cuma bunga aje. jadi kami makan daunnya aje..
Teringin nak tanam baliklah..
kak pernah tanam roselle jenis ini dikampung sekitar tahun 80an. Masa tu kami panggil buah ribena. Tak tahu pun nama dia roselle. Pokoknya memang besar dan tinggi betul. Hapus kepala. Tapi kalau windy sikit, habis terbalik pokok dia. Masa tu arwah mak suka ambil pucuk dia msuk dalam asam pedas..
belum pernah makan daunnya..
Salam Ana ^_^
Kalau ada anak pokoknya nt bagitau laa...nak pre-order ni hehe. Nak beli buat tambah koleksi.
K Mar pun tak pernah makan daunnya..
Tak tertesting testing nak cuba pucuknya, harus satu hari masuk juga dalam assam pedas tu.
Post a Comment