Thursday, March 5, 2015

Khasiat ketumpang air/paperomia pellucida



“Banyaknya sireh cina…Susah betul paksu nak cari pokok ni…kat rumah paksu tak tumbuh pun…” paksu kami seolah tergamam tengok ketumpang air yang tumbuh subur dipasu2 bunga di laman kami..

sireh cina tumbuh secara semulajadi dan cukup subur

“Paksu kena amalkan minum jus daun ni..sangat mujarab untuk merawat gout. Sejak amalkannya paksu dah boleh bergerak macam biasa, doctor pun terkejut tengok perubahan paksu” terang paksu bersungguh-sungguh..

Kebelakangan ni tuan tanah pun, dah mula makan ketumpang air ni sebagai ulam atau sayur tapi tak tahu pulak ia sangat baik untuk merawat penyakit gout!
Memang tak sangka pokok yang tumbuh melata ni mempunyai khasita yang sangat tinggi. Selain dari ketumpang air, ia jugak dipanggil sebagai sireh cina sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian! Atau dikenali jugak sebagai silver bush! Jika diamat-amati ia batangnya transparent dan berkilau seolah silver..Daunya pun hijau berkilat. Jika ditanam dalam satu bekas ia sangat cantik sekali.

Yang bestnya sireh cina tumbuh subur dalam setiap pasu bunga di laman kami. Dan didapati ia cukup tahan dengan cuaca panas. Mungkin ia muncul untuk mengimbangi suhu yang sangat panas. Sejuk mata melihatnya..Alhamdulillah.

Peparomia pellucida/ketumpang air dalam pasu bunga melur

Berkongsi pasu dengan kucai

Tuan tanah mula gugel…memang sireh cina ni digunakan sebagai rawatan gout secara semulajadi…

Subhanallah…nikmati mana lagi yang kita ingin dustakan???

Dan didapati juga dikedai sengsei daun-daun ini dikeringkan dan dijual antara RM10 – RM30 sekilo sebagai herba untuk merawat GOUT!

Lepas ni jika ternampak ketumpang air jangan terus buang. Jadikan salad yang berkhasiat yang sifar RM!

Tabarakallah


Monday, March 2, 2015

Lantana suka kan panas!

Geram tengok bunga lantana, color nya cukup ceria. Dan memang sukakan cuaca panas. Lagi panas lagi gebu bunganya. Janji siram cukup. Bunganya kembang silih berganti. 

Lantana ni adalah penghuni baru laman kami. Baru ada dua pasu. Nak cuba dulu. Selepas 2 bulan ini lah hasilnya…

Bunga-bunga lantana yang sangat ceria

Unik. Warna bunga berubah daripada kuning-oren-pink

Akhirnya warna bertukar sepenuhnya - pink

Jatuh cinta kat lantana ni bila tengok kat perkarangan Hotel New Pacific. Sepanjang entrance ke hotel tu dihiasi pokok bunga ini. Amat cantik sekali. Menurut pakcik gardener hotel, pokok ni sangat tahan panas. Katanya lagi panas lagi bagus. (Siap interview gardener hotel lagi hehehe)

Jom tanam lantana…


Sunday, March 1, 2015

Kenapa banyak sangat ladybug kat pokok lemon?



Huish..lama sungguh tak post entri baru…dah berbulan… Kadang tu bukan sibuk sangat pun tapi tak dak subjek menarik nak post…
Sejak lepas banjir besar melanda Kelantan, kini negara dilanda kemarau terutama kawasan utara ni. Hari2 suhu di alor Setar mencecah 38oC..cukup panas dan kering…Mood berkebun pun turut sama mengering.. Cuma keluar siram2 ja..

Kesian tengok pokok-pokok di laman.

Tapi, petang kemarin dari pintu dapur terperasan ada banyak bintik-bintik merah di celah-celah daun pokok lemon. Bila didekati dan diamat-amati rupanya gerombolan ladybugs bertenggek di sini. Kalau sebelum ni nak tengok dua, tiga ekor pun susah!


Ladybugs dicelah-celah daun..

Ni dah cuba di closeup



Kenapa ya? 

Bagus ka tak bagus?

Harap sahabat bloggers semua dapat berkongsi pandangan dan info di sini. Tima kasih semua.


Wednesday, January 28, 2015

WW# - Walau hampir kering...




mini ros ni dituai jugak

tuaian mini ros kering

masih cantik dijadikan jambangan ruang tamu


Alhamdulillah... 

 

Monday, January 26, 2015

Suka tengok jeliti…



Berbunga halus, putih berseri, bergayutan dan bergoyang-goyang bila ditiup angin, sambil mengeluarkan wangian lembut… Tabarakallah…Alhamdulillah atas anugerah nikmat wangian ini…
Jeliti close-up

Sangat comei dihujung ranting

Bunga2nya halus hampir tidak kelihatan

Seronoknya, jeliti berbunga sepanjang masa… Walau bunganya tidak gah dari segi warna dan saiz, tapi ia sangat menyenangkan mata memandang dan wangian lembutnya amat menenangkan fikiran…

Tabarakallah