Bendi,
telang dan sunflowers di antara hasil tuaian benih petang semalam
Bendi kering dan pod
telang
Benih
bendi ni asalnya pemberian Diana KBB. Tak pasti bendi ni variety apa, tuan
tanah namakan GIANT OKRA saja lah. Pokoknya memang tinggi, lebih tinggi dari
tuan tanah. Daunnya sangat besar dan lebar, walau pun hanya tanam dalam pasu!
Betul-betul giant.
Ni nak tayang sikit Giant
Okra
Pokok
telang pula semakin galak berbunga. Pokoknya sangat subur walaupun tanpa
mendapat penjagaan rapi. Tanpa baja, cuma siram je… rasanya telang pokok amat
mesra dan sesuai kepada pekebun yang tak banyak masa!
Telang / butterfly
blue flower
Dan
bagi 2 kuntum Sunflowers ni pulak, walaupun seedsnya banyak tapi sayang semuanya
tak bernas. Semuanya pecah bila ditekan… Gagal untuk dijadikan benih. Maknanya
kena beli seeds baru setiap kali nak tanam. Mungkin sunflower ni jenis GMO!
Sunflowers
kering…seedsnya cukup banyak tapi “hampa”
Disebabkan
benih bendi dan telang agak banyak dalam simpanan, tuan tanah ingin berkongsi
benih dengan rakan bloggers yang berminat sebagai cenderahati dari diari kebun ~ ana. Bertujuan mengeratkan silaturahim sahabat
maya.
Sesiapa
yang berminat sila maklumkan di ruang komen dan email nama dan alamat to anzaujah@gmail.com
Tawaran
dibuka sehingga 20 September 2013, walaubagaimana pun jika masih ada rakan
bloggers yang berminat maklumkan saja melalui emel saya akan hantar sekira stok
masih ada. InsyaAllah.
11 comments:
rsnya orng tak makan kot kacang bunga telang tuh kan..tak taulah sbb sy tak makan ..hehe
ana.. besarnya daun bendi dalam gambar tu. :) kita baru nak cuba tanam yang biasa2 jer.
saya ada terbaca, kacang bunga telang boleh dibuat sayur semasa masih muda, kalo dah tua berserat
1. ummuaidan;
hehehe....telang di antara pokok yg paling produktif dan senang jaga, best kan kalau blh dimakan....
2. Cik KemBhoJha;
kalau berminat nak tanam jenis ni, emel kan alamat nanti saya cuba hantar benih....sama2 kita hijaukan laman...
3. smRose;
oo ye ke rose...pernah cuba tak? blh try pasni...
lepas nie....bolehlah menanam semula kan....?
InsyaAllah...tapi benih sunflowers ni nampaknya tak dpt diulang kitaran hayatnya...kena beli seeds baru...
As salam @na,
Bendi yg @na tanam ni adalah bendi singa baka F1 979. Pokoknya memang tinggi, blh mencapai 3 meter.
Buah kacang telang boleh dimakan/dimasak ketika ia masih muda sepertimana kacang2 yg biasa kita makan tapi ia kurang popular.
Salam @na,
seeds GMO begitu ya perangainya, hampa? Sayang ya, besar bunganya tapi tak boleh dibuat baka.
Mak Aji nak mintalah benih bendi ni sebab yang ada kat rumah ni xdelah sebesar tu! Nanti Mak Aji e-mel alamat ya! Terima kasih duluan!
1. Adry@Daun;
Salam en adry, tinggi betul F1 979 ni..buahnya cpt woody kan?
Agaknya masak apa sedap kcg telang ni... senang2 nnti nk cuba jgk.
2. Ummu Madhihah;
Salam mak aji...mungkin sifat tabii nya dh berubah..
InsyaAllah mak aji saya akan cuba kirimkan nanti.
Salam Ana,
Bagus dapat simpan benihnya. Yang pasti bukan bendi singa sebab tak pernah tanam lagi bendi tu. Bendi ni dah banyak kali kitarannya dikumpul biji benih anak beranaknya. Cepat panjang buahnya nak kena rajin petik. Lain dari perangai bendi singa.
Post a Comment