Thursday, September 5, 2013

Menuai benih


Bendi, telang dan sunflowers di antara hasil tuaian benih petang semalam

Bendi kering dan pod telang
 
Benih bendi ni asalnya pemberian Diana KBB. Tak pasti bendi ni variety apa, tuan tanah namakan GIANT OKRA saja lah. Pokoknya memang tinggi, lebih tinggi dari tuan tanah. Daunnya sangat besar dan lebar, walau pun hanya tanam dalam pasu! Betul-betul giant.

Ni nak tayang sikit Giant Okra
 
Pokok telang pula semakin galak berbunga. Pokoknya sangat subur walaupun tanpa mendapat penjagaan rapi. Tanpa baja, cuma siram je… rasanya telang pokok amat mesra dan sesuai kepada pekebun yang tak banyak masa!

Telang / butterfly blue flower

 Selain dari berbunga lebat pokok-pokok telang di laman juga telah mengeluarkan banyak buah. (Tuan tanah ingin mendapat kepastian dari semua rakan bloggers – bolehkah kacang telang di makan? Kacang telang ni nampak seakan-akan kacang buncis!) Tapi buat masa ni kacang dibiarkan kering dan dituai sebagai benih!

Dan bagi 2 kuntum Sunflowers ni pulak, walaupun seedsnya banyak tapi sayang semuanya tak bernas. Semuanya pecah bila ditekan… Gagal untuk dijadikan benih. Maknanya kena beli seeds baru setiap kali nak tanam. Mungkin sunflower ni jenis GMO!

Sunflowers kering…seedsnya cukup banyak tapi “hampa”

Disebabkan benih bendi dan telang agak banyak dalam simpanan, tuan tanah ingin berkongsi benih dengan rakan bloggers yang berminat sebagai cenderahati dari diari kebun ~ ana.  Bertujuan mengeratkan silaturahim sahabat maya.

Sesiapa yang berminat sila maklumkan di ruang komen dan email nama dan alamat to anzaujah@gmail.com

Tawaran dibuka sehingga 20 September 2013, walaubagaimana pun jika masih ada rakan bloggers yang berminat maklumkan saja melalui emel saya akan hantar sekira stok masih ada. InsyaAllah.
 
 

11 comments:

Umm AA said...

rsnya orng tak makan kot kacang bunga telang tuh kan..tak taulah sbb sy tak makan ..hehe

Cik KemBhoJha said...

ana.. besarnya daun bendi dalam gambar tu. :) kita baru nak cuba tanam yang biasa2 jer.

smRose said...

saya ada terbaca, kacang bunga telang boleh dibuat sayur semasa masih muda, kalo dah tua berserat

@na said...

1. ummuaidan;
hehehe....telang di antara pokok yg paling produktif dan senang jaga, best kan kalau blh dimakan....

2. Cik KemBhoJha;
kalau berminat nak tanam jenis ni, emel kan alamat nanti saya cuba hantar benih....sama2 kita hijaukan laman...

3. smRose;
oo ye ke rose...pernah cuba tak? blh try pasni...

yan's cottage said...

lepas nie....bolehlah menanam semula kan....?

@na said...

InsyaAllah...tapi benih sunflowers ni nampaknya tak dpt diulang kitaran hayatnya...kena beli seeds baru...

Adry@Daun said...

As salam @na,
Bendi yg @na tanam ni adalah bendi singa baka F1 979. Pokoknya memang tinggi, blh mencapai 3 meter.

Adry@Daun said...

Buah kacang telang boleh dimakan/dimasak ketika ia masih muda sepertimana kacang2 yg biasa kita makan tapi ia kurang popular.

Ummu Madihah said...

Salam @na,

seeds GMO begitu ya perangainya, hampa? Sayang ya, besar bunganya tapi tak boleh dibuat baka.

Mak Aji nak mintalah benih bendi ni sebab yang ada kat rumah ni xdelah sebesar tu! Nanti Mak Aji e-mel alamat ya! Terima kasih duluan!

@na said...

1. Adry@Daun;
Salam en adry, tinggi betul F1 979 ni..buahnya cpt woody kan?
Agaknya masak apa sedap kcg telang ni... senang2 nnti nk cuba jgk.

2. Ummu Madhihah;
Salam mak aji...mungkin sifat tabii nya dh berubah..
InsyaAllah mak aji saya akan cuba kirimkan nanti.

TukangKebun said...

Salam Ana,

Bagus dapat simpan benihnya. Yang pasti bukan bendi singa sebab tak pernah tanam lagi bendi tu. Bendi ni dah banyak kali kitarannya dikumpul biji benih anak beranaknya. Cepat panjang buahnya nak kena rajin petik. Lain dari perangai bendi singa.