Thursday, May 15, 2014

Ulam raja boleh menguatkan TuLang..???


Tak sangka pokok yang mudah ditanam, berbau segar dan sedap dimakan ni ada besar kelebihannya…

 
Sesuai jugak ditanam dalam pasu

Pucuk muda sedap dibuat ulam...

Kat bawah ni diletakan kelebihan ulam raja dari sumber Wikipedia sebagai perkongsian:

“Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi."

Jom kita tanam dan makan ulam raja!!! Mudah dan berkhasiat….


8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh... kakak ni Ana makan tak terfikir baiknya kandungan tapi sedapnya kat tekak. Sedap memang ulam raja ni. Kakak suka sangat!

Tanam tak lagi..

Honey said...

Salam Ana,

Alahai sedapnya makan bersama sambal kelapa.. eh terliur dah ni Anaaaaaaa

Normala Saad said...

Wah, berbaloi kalau tanam banyak2. Khasiatnya tinggi dan pelbagai.

sud@is said...

Ulam rajaa...my favoret ulam tp tak segemuk nii....cekedin jaa

Unknown said...

Salam @na,

Jom tanam! Cuma tak tahan bila lepas dia berbunga penuh anak-anak pokok naik meliar di sekeliling kebun. Hahaa..

nadia rashid said...

Kalau mcm ni...boleh la mkn hari2...nk minum susu muak

TukangKebun said...

Ulam Raja memang raja cosmos kalau kat Malaysia paling senang nak tumbuh macam rumput.

Unknown said...

wah... bestnya... daua nak tahu... benihnya kat ulam raja tu di mana ya?