Sunday, March 3, 2013

Baked vege…cili potong tu je tuaian dari kebun

Rezeki. Rezeki… Syukur Alhamdulillah. Ar Razzak, Engkau lah Yang Maha Pemberi Rezeki.
 
Macam biasa lah wik-end..turun ke kebun.. Pagi kemarin baru mula nak semai seeds yang baru dapat isnin lepas.
 
Buat persediaan semaian benih. Masukkan tanah dalam pasu, tabur biji benih dan siram… dan kemaskan apa-apa yang patut… Kerja semaian selesai. Jam dah tunjukkan tepat pukul 12.30 tgh. Start berkebun pun dah lewat, dalam pukul 10 pagi.
 
So, cepat2 tinggalkan kebun. Nak sediakan lunch pulak.. Dalam dok sibuk sediakan bahan untuk masak, tiba-tiba terdengar nama dipanggil jiran sebelah…keluar je dari pintu dapur…MasyaAllah sedulang set lunch dihulur..
 
Jadi, cepat-cepat dulang tu disambut dengan hati yang berbunga..dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Mana tidaknya, perut tengah kerongcong dan separuh tenaga dah hilang…bayangkan betapa bersyukurnya…

Rezeki datang bergolek!. Barakallah.
 
Dah, tak payah masak…
 
Cuma tambahkan sayur je.. Apa lagi, bakes jer vege…terung, tomato n capsicum. Tambah cili potong bagi rasa pedas sikit. Cili tu je dari kebun…sayuran yang selebihnya tu dituai dari Giant.

Sayur2 dipotong dan disusun dalam baking tray

bakar dalam 5-7 minit

Baked vege dah sedia untuk dihidang
 

Cili potong tu dituai dari pokok yang kurus ni la…hehe

 
Ni la set lunch dari jiran sebelah, nasi beriani n lauk pauk

 
Itulah dikatakan rezeki yang kadang kita tak pernah terfikir datang kepada kita dari berbagai cara. Alhamdulillah. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemberi…

 

Thursday, February 28, 2013

Daun telinga kera bukan sekadar pokok hiasan…

Pokok telinga kera dari jenis shrubs yang menjalar dan melata. Akan lebih cantik jika digantung. Daunnya akan jatuh berjurai-jurai ke bawah. Memang cantik. Pokoknya pulak senang hidup dan mudah membiak!

baru sebulan ditanam pokok telinga kera ni dah mula bejuntai ke bawah

Shrubs telinga kera ni pemberian kenalan suami. Katanya pokok ni ada khasiatnya. Sesuai untuk merawat masalah buat pinggang yang belum kronik (sebelum peringkat dialysis).

Dan dah terbukti katanya. La ni kawan beliau yang menghidapi masalah tersebut dah OK. Setelah minum air rebusan daun ini bersama red dates selama sebulan.

Dan dia siap bagi cara nak buat rebusan tersebut, seperti kat bawah ni.
20 helai daun telinga kera
10 biji red dates
1.5 liter air
Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum sebagai air minuman biasa

Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama, lebih-lebih lagi kepada saudara-saudara kita di luar sana yang sedang menghadapi masalah ini. Mudah-mudahan sembuh, InsyaAllah.


Wednesday, February 27, 2013

Hujan dah mula turun…moss rose makin segar


Alor Setar antara Bandaraya yang terpanas! Tambahan pulak dah 2 bulan lebih tanpa hujan. Semua mengeluh panas. Tanah kering dan merekah. Pokok-pokok pun kuyu kepanasan.

Syukur. Dah 2 hari hujan mula turun walaupun tak lebat sangat. Tapi cukup untuk pokok bernafas lega. Macam seolah-olah terdengar pokok-pokok di laman sedang menyanyi riang….

Sempat snap moss rose dari beranda rumah yang baru seminggu ditanam kelihatan segar dibasahi hujan. Teruja menunggu bunga-bunga comel sebagai penyeri di laman rumah.

 
gambar di snap masa  hujan rintik-rintik
 
moss rose/ros jepun ni baru seminggu ditanam
benih dari moss rose kat bawah ni

 
ros jepun jenis bunga bersusun
 
Nikmat hujan.
Diturunkan untuk menumbuhkan tanam-tanaman sebagai penyeri dan penyejuk bumi.
Moga kita semua termasuk dalam golongan orang yang berfikir dan mensyukuri nikmat dari kebesaranMu, Ya Allah.

Amin. Ya Rabbal ‘Alamin.

Tuesday, February 26, 2013

Seeds yang ditunggu-tunggu dah tiba...

Semalam seeds yang dipesan pada 6 Feb 2013 dari tanamsendiri.com dah tiba ke laman rumah. Happy tak terkata. 5 jenis seeds di pesan RM10 je. Free shipping pulak tu.


Dan best lagi tu dapat satu pek free Benih Kongsi Februari dari tanamsendiri.com Tima kasih daun keladi..



Simpan dulu dalam container, tunggu masa sesuai utk tanam..tak sabar nak tunggu wik end nak beroperasi..

Sunday, February 24, 2013

Ralit bekebun...resepi 10 minit penyelamat menu tengah hari

Hujung minggu baru lah berpeluang marathon di kebun laman rumah.. cabut rumput, gembur tanah dan prunning...

Tup, tup dah pukul 12.45 tgh..

Dah nak kena masak utk lunch.. Pening mencari menu.. Mesti cepat dan boleh tahan sedapnye.. nak masak apa ni...

Ada ikan siakap. Dalam dok berkira-kira... terlintas lah idea...Kukus, grill, panggang?

 KUKUS!

Ok...siakap kukus lah nampaknya...

So, perapkan ikan 20 minit dengan rencah pilihan.. Kemudian masukkan dalam microwave steamer..  Susun hirisan tomato atas ikan dan spray minyak zaitun ke atasnya..



Lepas tu  masukkan dalam microwave dan kukus selama 10 minit...


Dah masak...





Wednesday, February 20, 2013

cabut rumput boleh legakan stress...


Ugh….haaah…dah tercabut. Lega…

Mungkin kita ada cara sendiri redakan tension.. Bagi aku cabut rumput sampai keluar akar boleh legakan stress. Bila boring atau stress, aku selalunya keluar ke laman rumah. Cabut rumput yang bertenggek dalam pasu-pasu bunga. Cabut sampai terkeluar akarnye sekali, baru puas. Lega
 
 
 
tengok tu...rumput bertenggek dalam pasu bunga...berebut baja dengan pokok  kemboja merah

Tapi kalau tak keluar akar aku akan tak puas hati. Seolah-olah masalah tak selesai. Aku akan gunakan weeder korek akar rumput bagi keluar juga. Baru puas hati.

bagi rumput degil..aku korek akar dengan weeder ni..baru selesai masalah!

Moralnya: Masalah yang kecik2 mungkin kita boleh selesaikan sendiri, kita selesaikan! Tapi kalau yang besar2 tu jika perlu bantuan mintalah pada pakar atau ahlinya! Macam aku gunakan weeder bila nak korek rumput yang dah berakar umbi tu hehe…

Tuesday, February 19, 2013

Serai aceh...


Aku tak pasti macam mana pokok ni dapat nama.

Minggu lepas aku tergoda dengan satu pokok yang aku tak penah tengok sebelum ni.

“Ni serai aceh…boleh guna masak tomyam…boleh ganti serai biasa..orang siam (thai) suka guna serai ni dalam tomyam depa” terang pakcik bersungguh-sungguh bila tengok aku dok belek-belek pokok dalam polybag tu..

ni la rupa serai aceh tu...
 
“ya ke pakcik? Aku minta kepastian..sambil getus sedikit daun dan cium.. Memang baunya macam serai!

“Laa…awat pakcik nak tipu ceq pulak” jawap pakcik dalam loghat pekat utara.

“Berapa harga sepokok ni pakcik? Aku mula teruja..pokok ni nampak cantik. Berdaun lembut tak macam serai biasa. Masa nak korek nanti tak payah nak berglove bagai.. Aku bercongak-congak sendirian mengukuhkan hujah untuk membelinya. Aku nak convince siapa pun aku tak pasti…hehe

“Alaa…murah ja…RM5…” balas pakcik tu mesra.

“Ok pakcik saya ambik sepokok” sambil aku menghulurkan not RM5

Balik hari tu tak sempat tanam. Petang semalam baru la tanam dalam pasu.
 
harap-harap subur la ni
 
Belum  tahu rasanya macam mana kalau diguna untuk masak tomyam nanti, sama tak dengan rasa serai…Curious jugak ni !