Monday, November 4, 2013

Tips mudah hasilkan sayuran hijau dari ruang dapur…


Cukup senang. Kita boleh hasilkan cambahan hijau (green sprouts) dari biji sayuran yang dibeli dari pasar. Salah satu biji labu..

Jadi, kalau beli labu jangan buang bijinya…Sayang. Manfaatkan sepenuhnya anugerah alam yang tak terhingga ini. Asingkan biji dan keringkan. Simpan.
 

Cukup murah dibeli dari Giant, hanya RM0.99 shj

Jika ada kelapangan, boleh cambahkan sebagai sprouts hijau. Sprouts labu!. Dengan sedikit usaha je, kita dah boleh hasilkan sendiri sayuran hijau yang berkhasiat.  Tak perlu ada tanah yang luas, jentera yang canggih, kita hanya boleh hasilkannya dalam bekas-bekas kecil di ruang dapur kita sahaja.

Seronok buat sprouts ni….sat saja dah boleh tuai sayuran hijau. Senang, ringkas dan cepat. Kos? “Tersangat minima”

Jom kita mulakan!!!

Masukkan sedikit tanah dalam bekas “terbuang” (reuse container), padat dan basahkan. Kemudian tabor rata-rata biji labu ke dalamnya, dan tutupkan dengan kertas surat khabar yang telah dibasahkan.

Bekas cambahan dibalut surat khabar basah!

Letakkan bekas tersebut ditempat gelap selama 2 malam. Dalam tempoh itu, periksa bekas cambahan dan sembur air bagi mengekalkan kelembapan.
 
Cambahan pada hari ke-3, telah bersedia menerima cahaya

 
hari ke-5
  
Dalam masa seminggu dah boleh tuai.
 
Selepas seminggu, dah boleh tuai..

Cukup mudah. Temukan mereka dengan tanah, air dan cahaya, ia akan bekerja mengikut fitrah masing-masing.

Jika direnungkan…ternampak dalam biji-biji halus tersimpan daun, dan jika tidak dituai akan terus membesar, berbunga dan buah…kering dan menghasil benih semula…

Melengkapkan satu kitaran yang amat menakjubkan!!!!

Tabarakallah..

 

 

11 comments:

cucubulat said...

mudahkan,,,seminggu jer dah boleh tuai,,selalu @na makan mcm mana,,buat nasi goreng boleh tak?..

Unknown said...

biji labu tue kena keringkan dlu ker baru tanam..hehe.

@na said...

1. cucubulat;
mmg sgt mudah dn cukup ringkas...itulah selalu dibuat...masukkan dlm nasi goreng...mmg best..kdg buat sayur goreng tumis dengan ikan bilis...cuba la..tp dia ada pahit2sikit

2. muka petak petak;
ya, ya...betul, biji tu keringkan dulu...nak buat kuaci pun boleh...hehehe

Umm AA said...

salam ana,
mana lebih sedap sprout kcg hijau atau yg labu nyer..tak berani tak cuba sbb blom pernah makan..heheh

sud@is said...

sprout! sungguh asing bagi ku kecuali `toge'..cemana ke masaknya @na..cuba bg resepi..takut kalu lebam sayoq kena hunggas...hahahaha

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Wah, buka kebun kat dapur ya! Seronoknya! Ingatkan biji kacang hijau je yang dibuat taugeh dalam rumah!

@na said...

1. ummuaidan;
wassalam ummu, sprouts labu pahit sikit, tp kalau masukkan dlm nasi goreng tk terasa sgt...mmg sedap la ummu....hehhehe

2. sud@is;
buat mcm kangkong goreng belacan tu...cnfirm mnjilat jari...hehehe

3. Ummu Madihah;
wassalam mak aji, hehehe tk yah bepanas, berhujan senang2 je tanam sayur kat dapur...best kan?

Pedasdanmanis said...

Huyoo..@na - kreative sungguh. mesti cube nih..

Awin said...

brilliant idea ni! Perlu cuba

@na said...

1. pedasdanmanis;
cuba la...cpt, ringkas dan murah...hehehe

2. Awin;
pasni kalau labu tu jgn buang bijik, hehehe kalau tk mo buat sprouts blh buat kuaci..

Unknown said...

pertama kali tengok idea mcm ni. terima kasih..saya pun nak cuba nih