Monday, September 8, 2014

Tanaman laman : Tomato Oh Tomato



Dah tiga kali tuan tanah cuba tanam tomato. Masih gagal.

Ni cubaan ke 2 - keluar buah sebijik, merekah pulak tu

Cubaan pertama, tak bebuah langsung…pada awal ja pokok hidup subur,,,,,tapi tiba berbunga...pucuk dah mula kerinting. Bunga habis gugur. Daun semua menggulung dan menguning…totally gone!
Tomato - cubaan pertama

Percubaan ke dua, sama juga subur pada peringkat awalnya. Tapi ada juga keluar sebijik tomato. Kecik tapi merekah, macam foto kat atas tu…

Tuan tanah masih tak putus asa.. Cuba lagi kali ke 3, tanam tiga pokok pada hari pertama ramadhan lepas. Awalnya, ke tiga-tiga pokok hidup subur. Mengeluarkan bunga agak lebat. Ketika itu, hati tuan tanah pun turut berbunga. Nampaknya kali ni dah berjaya, bisik tuan tanah sendirian!

Tapi....tup, tup, daah nampak pucuk kehitam-hitaman. Kering di setiap hujung daun. Walau pun di siram setiap hari. Bunga pun mula gugur. Keseluruhan daun dah mula menguning... satu pokok sakit tenat! Hanya 2 pokok lagi  gagah menyambung nyawa. Berjaya keluar 4 biji buah.

Hasil dari cubaan ke 3

Nampaknya cubaan ke 3 pun masih gagal! In Sha Allah tuan tanah akan cuba lagi dan lagi..hingga berjaya…

Jadi, kepada sesiapa yang berpengalaman dengan "projek" tomato, harap dapat berkongsi idea dan tips di sini. Pengalaman semua amat dialu-alukan. Terima Kasih.




13 comments:

Kakzakie said...

Mungkin cubaan ke tiga kali ini jadilah Ana. Kakak baru semai tomato ceri yg kecik-kecik. Geram tengok Sudais punya hihi... hopefully kakak boleh mendapat hasil macam tanamannya..

sud@is said...

Wauuuu, fantastik dah berjaya tak lama lagi boleh la buat nasi tomato tu....atau jus tomato...tahniah2 4 ketul besaq plak tu..

Ibu Qistina said...

Ok la tu @na,keluar la jugak buahnya....saya ni dah lama meninggalkan zaman menanam tomato sbb rasa stress bila kene serang dengan perosak. Patut saya x leh putus asa mcm @na,terus dan terus mencuba. Tp itulah keindahan bila gardening,dari kesilapan pertama akan ada kesilapan kedua dan ketiga tp makin berkurang silapnya bila dah selalu mencuba dan makin byk yg kita belajar. Kagum dengan semangat @na,haruslah saya pun sama menyahut cabaran menanam tomato mcm @na. :D congrats

Normala Saad said...

Salam Ana, kak ni pengalaman gagal banyaklah kalau pasal tanam tomato ni...yang berjaya baru sekali tu tiga ke atau dua tahun yang lepas..tapi tu lah tak pernah serik. Syok nak tanam juga, sebab dia ni kan jenis senang tumbuh macam cili juga.

Honey said...

Salam Ana,

I lagi lah, baru semai terus tak menjadi. Semaian layu dan mati hahahahaha

Shasrine said...

Shas pun the other day ada tanam pokok, rasanya terung (ni kes main semai tapi x label), keluar banyak sangat putik bunga tapi tiba-tiba daun jadi kerinting macam tu. Still x tau kenapa.

nadia rashid said...

Ana....hmmm tanam tomato yer...kalau nak tahu sy tanam lebih dr 5 6 kali..alhamdulillah..musim panas baru ni...sebulan sebelum puasa sampai selepas raya...buah keluar menjadi2..,cuma tidak la besar gemok2 macam yang sepatutnya...kalau satu pokok tu ada 6 biji buah..hanya satu @ dua yg besar..yg lain kecik saja...sy takde tips apa pun..cuma keep on tanam...

Mungkin keadaan cuaca..sana hujan ke..yg merekah tu sbb terlampau banyak air...n pokok sy tak tau kenapa..selepas berbuah mesti pokok akan start menguning...

Sedia maklum bab tanah rasa nya takde yg special sbb tanah umah sy agak keras..kena campur dgn tanah yg dibeli...

Mengenai baja..sy baja dengan baja tahi ayam atau baja tahi kambing tu pun sikit je...biasa nya campak sisa dapur saja..tujuan sy nak bg tanah tu khasiat sikit

Kalau daun dah start bergulung teruk mcm tu sy cabut buang je hihi sakit hati tgk...

@na said...

1. Kakzakie;
InsyaAllah kak...tima kasih bg semangat...kita sama2 usahakan pasni..hehehe

2. sud@is;
tapi mana nak sama dgn ceri tomato sud@is...jeles betui la...hehehe

3. Ibu Qistina;
Betui sesangat tu ibu qis,,,,kita belajar banyak tru try n error kan? dan byk mengajar kita ttg kesabaran...

4. Normala Saad;
Wassalam. Betui kak, gardener mana blh serik kan kak mala hehehe...jom kita tnm lg...

5. Honey;
hehehe...honey, u lama tk bersiaran bz ke?

6. Shasrine;
hehehe...shas kita sama la ni...nnti kita try lg

7. Nadia Rashid;
terharu la nadia, berkongsi pengalaman pjg lebar...saya kena ambik semangat ini utk terus tnm tomato...
teima kasih sesangat...

cucubulat said...

salam ana,,nampaknya cubaan ke3 semakin berjaya,,elok jer buahnya,,inilah gardener sejati tak kenal erti putus asa ..hehe

TukangKebun said...

InsyaAllah nanti dapat rezeki banyak tak termakan. Gambatte.

Tarique Syahman said...

Salam @na,

Bestnya bila tomato menjadi..saya geram nak menanam tapi kena rehat sekejap sebab tanah berpenyakit..dah start semai anak pokok..hopefully seminggu dua lagi boleh transfer masuk bekas balik..teruskan usaha..

Endah Murniyati said...

Tomat suka tempat yang sejuk. Di daerah panaspun bisa berbuah, asal jangan sampai kekeringan, pasti pecah buahnya.

Diestu Rozhi said...

Guna variety 303,tomato tanah rendah

Ia tahan panas,
Guna benih yg dirawat dgn racun kulat sperti thiram atau mencozeb,

Semai dlm tmpt yg trlindung dgn jaring kalis serangga,prgkt awal pertumvuhan sgt kritikal.bakteria dan virus akan tggl dlm sel,dan bertindak bila pkok sudah besar,

Msa remaja, lakukan racun kimia serangga sperti malatbion atau cepimetrin beselang seli dgn racun organik.
Lakukam hari hari meracunkan pokok,bukan seminggu skali, selang dua hari cnthnya
Dlm seminggu,racun kulat dua kali dibuat.

Baru pokok cantik,hawar daun dpt dielakkan

Buah merekah disebbkan pokok kkuranfan zat kalsium.Blossom end rot.
Ph tanah terlalu asidik jadikan pokok tertinggal kalsium utk diserap.rawat dgn betulkan ph tanah sebelum tanam.guna kapur pertanian

Tomato dan cili sama saja.meracun dan kawalan serangga sprt tbrips, kutu daun, bena dll kena hari2, serngga ni jugak sbg ejen parasit dan virus dan dgn mengawal serangga,automatik kulat dan virus dpt dikurgkan.ph tanah kena betul dlm 5.5 ke 6.5 utkbmaksimakan hasil.

Pokok yg cukup zat brdaya tahan trhadap penyakit.soalannya,adakah saudara pasti pokok terima semua zat baja yg diberikan? So,tanah perluboptimum,ph kena betul.

Tomato dan cilibadalah yg paling sukar ditanam di malaysia bg semua petani.semua fail tanam,jika tiada ilmu.