Monday, September 15, 2014

Tanaman laman : Mengkudu kuning - sedap dimasak lemak cili api



Mengkudu ni pemberian Pak Ya. Ia dah mula serasi dengan laman kami.
Segar.
Mengkudu kuning/mengkudu siam 

Dulu dah pernah tanam tapi tak hidup. Ingatkan pokok hiasan. Tak tahu pulak pokok ni boleh dimakan. Tanam pun sebab warna daunnya cantik. Pucuk muda berwana “Lemon Green”. Terang, sangat unik dan istimewa.

Tapi Pak Ya kata pokok ni boleh makan. Macam mengkudu biasa. Boleh buat ulam, kerabu, masak lemak dsb. Menurut Pak Ya, orang Thailand lebih menggemari mengkudu jenis ini berbanding mengkudu biasa. Mungkin, sebab tu lah jugak mengkudu ni dikenali sebagai mengkudu siam. Khasiatnya pun lebih kurang sama katanya…

Sebenarnya tuan tanah teragak-agak nak petik pucuk-pucuk mengkudu ni. Macam cantik sangat nak diulamkan atau dimasak lemak. 

Pun begitu, Sabtu lepas tuan tanah dah cuba tuai. Sebahagian dibuat ulam mentah dan sebahagian lagi masak lemak cili api 

Tuaian pucuk mengkudu bersama pucuk mulberry muda

Masak lemak pucuk mengkudu dan mulberry tengah dok menggelegak!!

Daun mengkudu ni tidak sepahit mengkudu biasa.. Malah lebih sedap! Dan daunnya pun tak bergetah.

Pada sesiapa ada pokok ni boleh lah cuba, dan kalau tak da berbaloi tanam!


p/s: (Pak ya tu pak cik yang selalu bantu mesin rumput halaman rumah kami)




11 comments:

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na, memang sangat unik & menarik la warna daun mengkudu tu, biasa2 tengok daun warna hijau je, kakak tanam mengkudu tu guna keratan batang ke? anyway nampak sedap & Julie pun nak jugak rasa daun mengkudu kuning masak lemak cili api ni...looks delicious hehe...

sud@is said...

Pokok hijau muda yang ditanam sebagai pokok hiasan tu kah pokok mengkudu siam, baru ketahui bila singgah disini...tq info..

Pucuk mulberi pun tak cuba masak lagi...

cucubulat said...

Dua2 jenis mengkudu sy x pnah try mkn lg..pokoknya pun x tanam..kalau lah mcm tu kata ana nak cari benih pokok jugak la.

Kakzakie said...

Oh... kakak baru tahu Ana bila Ana tunjuk gambarnya. Kakak nampak jiran cina kakak ada tanam tapi dia tanam sepanjang pagar dia, jadi kakak ingat species bunga puding. Boleh makan ye. Ana banyak ilmu tanaman - kakak salute.

Normala Saad said...

Memang dah lama tahu boleh makan tapi tak pernah cuba. kawan Siam juga yg bagitau. Sini banyak tanam sebagai landskap. Daunnya memang cantik dan selalu jumpa pokok dia subur2 ja

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Mana nak dpt benihnya Ana.. tengok sedap pulak masak lemak cili api pucuk mengkudu tu.. emmm dapnyaaa ;)

SM79 said...

menu tu yg sedap... masak lemak... mmg favourite

Endah Murniyati said...

Tampaknya sangat sedap. Saya belum pernah lihat mengkudu jenis ini. saya pun belum pernah memasak daun mengkudu. Seperti apa rasanya?

TukangKebun said...

Nak kena belek semula pokok mengkudu rumah yang terbiar ni. Thank you kongsi-kongsi ilmu.

@na said...

1. Julie M;
Wassalam Julie. Mungkin dari keratan la julie...sbb akak dapat pun pokok dlm polibag...
mmg lebih sedap dari mgkudu biasa...

2. sud@is;
betui2 sud@is...mmg pun selama ni ingat pokok hiasan kan?

3. cucubulat;
elok tu CB, mengkudu ni sebenarnya cukup senang hidup..

4. Kakzakie;
nanti kakzakie jgn plk pi kutip pucuk kat pokok jiran tu pulak na...hehehe

5. Normala Saad;
mmg pokok mengkudu ni sangat cantik kan? kami baru ja tahu kak...pasni asyik botak la pokok ni...hehehe

6. CAHAYA HIDUPKU;
sebelum ni kami beli kat nurseri...tp mati...yg ni pak ya yg bg, Alhamdulillah hidup segar...

7. SM79;
hehehe...masak simple2 su..

8. Endah Murniyati;
Rasanya lebih sedap daripada mengkudu hijau...dan tidak pahit...bila sudah di masak daunnya masih lagi hijau kekuningan...tidak seperti mengkudu biasa...lepas di masak warna daunnya bertukar kehitaman..

9. TukangKebun;
sama-sama. saya pun banyak mengenali pokok melalui blog diana...InsyAllah kita sama berkongsi...

Bunda a.k.a KN said...

Rasa macam tengok n macam pernah makan...pokok jiran punya...
Buahnyer?..macam buah mengkudu ke?