Monday, September 29, 2014

Tanaman laman : Peria Pantai ahli baru “pokok” sayur



Peria pantai antara pokok yang agak popular bagi orang utara. Tapi peria ni kita tak makan buah tapi pucuknya.

Sebelum ni tuan tanah selalu dok tengok pucuk-pucuk dijual dipasar-pasar. Tapi tak pernah pulak mencubanya. Beberapa bulan lepas, sempat bersembang dengan kakak yang menjual kat pasar tani, macam mana makan pucuk ni. Mengikutnya pucuk ni boleh dibuat ulam, masak lemak dsbnya. Dan, yang menariknya mengikut kakak tu pokoknya boleh ditanam dan senang hidup. 

Tuan tanah pun dah mula terpikat. 

Apa lagi, misi pencarian bermula!!! Jelajah nuseri…tak jumpa…mengikut toke nuseri pokok ni jenis pokok meliar dan banyak terdapat kat kawasan kampung-kampung…

Syukur.
Beberapa hari lepas tu, ada ofis mate bercerita pasal pucuk peria ni…mak dia suka masak buat sayur. Sedap katanya!

Haah..pucuk dicita ulam mendatang lah, nampak nya ni.. Mula lah usaha membedek… Ringkaskan cerita, 2 minggu kemudian dia bawa satu polibeg  pokok peria pantai yang mak dia dah semai…terharu sangat. Jazakallahukhairan…
Sesampai ke rumah, tuan tanah terus pindahkan ke pasu. Memang betul la, pokok ni cukup lasak dan senang hidup. Hanya beberapa hari lepas tu dah nampak ada tunas-tunas baru muncul. 

Pokok peria pantai semakin rancak berpucuk

Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Tapi yang paling dan sangat menarik daunnya akan berbuih apabila diramas. Ia telah digunakan sebagai sabun, untuk penjagaan kulit oleh nenek moyang kita sebelum ni.!

Subhanallah

16 comments:

cucubulat said...

info yang bagus,,tapi sayangnya saya tak kenal pokok ni,,wp ada gambar tak boleh nak cam,,huhu

UmmuAidan-Arissa said...

festime dengar yg pucuk peria boleh dimakan nie ana..bila dengar sodap tuh terus jadi terliur nak tanam..tp tanam kat umah mok kat kelate lah...inshaallah..

Kakzakie said...

Kakak tak kenal peria yg dimaksudkan yg peria kecik-kecik itu ke Ana? Kalau peria kecik (kakak panggil peria katak) dan yg biasa kakak tahulah..

Pucuknya kakak tak pernah buat sayur sebab tak tahu.

❤Kamsiah❤ said...

nama ja peria tp pokok ni bkn berbuah hehe..sedap buat ulam ..masak lemak campur keledek pun sedap...lagi rajin mencantas..lagi banyak pucuknya ..

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

mekasih kongsi info,pertama kali dengar pokok peria pantai. Ingat daun dia mcm pokok peria,lain sikit bentuk daun dia. :D

sud@is said...

Hehe... masih dalam polibag, sgt baik untuk kencing manis kan...

Honey said...

Salam Ana,

Namanye peria, tapi pokoknya tak seperti peria kan? Pokok peria kan menjalar.. I baru je makan lauk peria tumis telur tadi kui kui kui

Normala Saad said...

Ohh rupanya banyak orang tak tahu peria pantai ya..hahaa..macam kak 1st time mai Langkawi. Ingat ke peria yang buah tu..rupa2nya berlain sama sekali. Ini peria pokok lebih kurang macam pokok bunga raya...Kat sini femes sangat pokok ni..ada jual kat mana2 dan tumbuh pun kat mana2 senang dapat.

Julie M said...

Tengok pokok peria pantai ni, teringat Julie kat kampung, dlu time kat kampung selalu jugak Julie join emak kutip pucuk2 peria pantai ni, campur2 dgn sayur2 yg emak tanam pastu buat sayur campur tumis ikan bilis, mmg sedap :)

Tihara said...

sedap yer pucuk ni
teringin nak rasa :)

nadia rashid said...

Menarik fakta last tu..boleh guna sebagai sabun muka...kena cari gak ni

Erika Castillo said...

peria banyak khasiat rupanya..tapi sayangla tak suka makan..follow blog ni.. ^^

@na said...

1. cucubulat;
pkok ni byk kat belah utara ja kot...saya pun baru berkenalan ni...hehehe

2. UmmuAidan_Arissa;
belah kelate rasonyo susah jupo kot...tk po, kalu berminat nnti roger2 la ya...

3. Kakzakie;
kakzakie, peria ni bukan peria katak tu...dia pokok berkayu dan daun mcm daun bunga raya sikit2, hijau berkilat..jgn plk pasni kakzakie pi getus pucuk peria katak plk...risau gak ni hehehe

4. Kamsiah;
katanya begitu la..tp tk penah try masak lg ni..hehehe

5. Ibu Qistina;
Wassalam Ibu Qis...mmg pokok dia sangat berbeza dgn peria biasa tu...nama ja pokok peria...hehehe

6. sud@is;
utk kencing pun? byk jgk khasiat peria ni tq sud@is..

7. Honey;
wassalam honey;
betui2...nama ja peria tp peria ni cuma blh mkn daun ja...hehehe

8. Normala Saad;
ooo kat langkawi lg femes ya? kat belah sini susah nk jumpa pokok kat nuseri...tp kak mala, pucuknya plk byk dijual kat pasar2...

9. Julie M;
ooo ya julie, pasni blh try masak lemak..

10. Tihara;
kebanyakannya kata sedap pucuk peria ni...BLH try la nnti..IN SHAA ALLAH

11. nadia rashid;
saya pun baru tahu nadia...

12. Erika Castillo;
tima kasih sudi singgh n folo..

Bunda a.k.a KN said...

Buahnya macam mana? Ada kah macam peria biasa tu?...

TukangKebun said...

Pokok ni memang lasak, cantas-cantas tumbuh balik.

Asri Aliyas said...

Salam,Di mana saya boleh beli benih pokok peria pantai ni?