Semai
sawi 5 bintang dan garland chrysanthemum kongsi dalam satu bekas. Masa 3 hari
pertama benih mula bercambah. Cepat dan nampak amat meyakinkan. Berbunga-bunga
hati. Maklumlah tak pernah tanam sawi dan garland ni. Hari-hari berikutnya nampak
makin besar daunnya. Wah tak sabar . Jadi buat persediaan. Siapkan tanah dan
beli pasu-pasu lebih besar untuk pindahkanya nanti.
Kalau
ikut cara ummuaidan hari ke10 dah boleh pindah anak-anak pokok sawi ni ke
tempat penanaman yang lebih selesa!
Tapi…
Dah
sampai hari ke 10, anak sawi dan garland ni macam lambat pulak besarnya. Tak
pa, tunggu lagi…pujuk hati sendiri..
Masa
terus berjalan….tik tok, tik tok…dah lebih sebulan tapi dok macam tu jugak, hidup
segan mati tak mau! Di mana silapnya?
Apa dah jadi…dah lebih
sebulan tapi tak besar2, …terbantut…failed!
Rasanya
dah tak boleh tunggu ni….
Semalam
semai lagi. Percubaan ke 2. Kali ni semai guna bekas telur. Satu set untuk sawi
dan satu untuk garland. Dan masukkan satu lubang satu biji benih. Harap cara ni
mereka hidup da tumbuh dengan lebih selesa dan membesar dengan sepatutnya.
Harap semaian ini
mudah dipantau, sambil kitar semula barangan terbuang
Kepada
semua yang ada tips sila beri tunjuk ajar…terima kasih
13 comments:
Salam ana...dah sebulan tp menjadi yer..kalau sy prblm camtuh biasa cuaca panas..takmo membesar sawi ngan cuaca panas gitu..kalau sejuk sket mmg mudah jer percambahan n pembesaran..cuba siramkan lebih kerap tgk blh survive tak...:)
salam ummu, mmg siram 2X sehari...mungkin panas sgt kot...nnti cuba kali ke dua ni letak bwh shade...mungkin sejuk sikit...hrp2 gitu lah...thanks
Na, cuba alihkan walaupun kecil, saya pun buat gitu kat pokok terung, bila dapat tempat baru dia membesar dgn cepat
oo ya doc, InsyaAllah saya akan cuba cara ni...tq doc sudi singgah bagi tips ini..
salam @na....
yan pun ada tanam sawi nie...tak menjadi juga last tinggal se pokok je tu pun terencat tak besar2....
nampak daunnya kuning, saya rasa media tanaman tak sesuai, terlalu berasid. cuba guna tanah semaian jenama lain pula atau tambah kapur pertanian 2 minggu sebelum benih disemai.
dari blog ummuaidan..salam kenal dan akak follow sini...
1. yan's cotttage;
kalu mcm tu nasib kita sama lah yan...hehehe
2. gardener;
terima kasih byk...saya akan cuba guna tanah jenis lain pulak...terima kasih
3. kamsiah;
terima kasih akak, sudi singgah n follow blog ciput saya ni..
Cuba tanam di jenis tanah atau brand lain.
InsyaAllah diana...tima kasih.
Akak lagi la.. cuma berjaya tanam salad dan kaikan je..yg lain tinggal kenangan dalam blog je...
saya tengah semai bayam merah dengan lobak putih.harap menjadi la.bunga telang saya baru je semai..
Ape yg berlaku pada semaian ke-2?
Anak murid sy (pljr pertanian) cakap biasa faktor tanah.. Bukan sebab kena redup, mmg sayur perlukan juga cahaya matahari 4-6 jam sehari... Kena alihkan, bg ruang yang lebih insyaAlalh membesar..
Post a Comment