Thursday, September 18, 2014

Tanaman laman : Tumis air pucuk mulberry



Macam tersipu-sipu jugak masa nak post n3 ni… Masakan ringkas yang entah apa-apa… Tuan tanah memang tak cekap pasal masak memasak ni. Suka masak simple2 ja. Kalau chef otai terbaca n3 ni tentu tersenyum simpul sendirian hehehehe…

Tapi tak pa lah, saja untuk berkongsi tentang pucuk mulberry yang selalu tuan tanah cerita boleh dimasak berbagai cara. Masak lemak cili api, masak lemak putih, goreng belacan dan paling tuan tanah suka adalah masak tumis air!

Tumis air pucuk mulberry

Since, petang semalam tuan tanah masak tumis air pucuk mulberry, jadi boleh tuan tanah share resipi ringkasnya kat sini.

Bahannya sangat ringkas,
3 ulas bawang putih,
 sedikit lada hitam,
1 mangkuk kecil stok udang (air rebusan kulit udang)

Cara: Tumbuk bawang putih dgn lada hitam. Tumis. Masukkan stok udang. Garam secukup rasa. Masukkan pucuk mulberry dan biarkan mendidih sehingga pucuk mulberry betul-betul lembut. Dah siap. Boleh dihidang dengan nasik panas-panas dan  telur dadar! Menu macam ni pun dah cukup untuk tuan tanah habiskan seperiuk nasik!!! Dan masa hirup kuah tu ingatlah macam minum teh mulberry hehehe… 

Selamat mencuba..

Menu mudah, ringkas, dan cepat.


19 comments:

Kakzakie Purvit said...

Macam mana kakak nak mencuba Ana pucuk mulberry pun kakak tak jumpa lagi. Pandang ajelah apa yg Ana masak tu:)

Endah Murniyati said...

Sedapnya... boleh coba nih resepnya.

Ibu Qistina said...

Harus la saya mencuba nanti lepas pokok mulberi tumbuh daun balik. mekasih @na. :D

Unknown said...

wow!! menarik ni! kat rumah pucuk mulberry tu menunggu masa nak ditrim aje..bolehla buat makam malam nanti

nadia rashid said...

Muncul gak masakan dr daun mulberry...sy lama Da tunggu sedap eh..nak try lah..sbb banyak ni pucuk nya

Unknown said...

Setakat ni saya cuma berani buat teh saja..nak buat sayur belum berani lagi..@na share resepi terus rasa nak try..thanks.

rostina76 said...

wah!!!mmg sayur favorite ni tapi guna bayam, pucuk midin, petola jah. info bagus ni tapi ros xpernah tgk pokok mulberi (lagi kelakar ni)

Normala Saad said...

Ana,kak tersenyum sendiri tengok resipi Ana ni..bukan apa, tak pernah terpikirkan boleh disayurkan begini..Kak mula tanam mulberi pertengahan tahun 90an dulu tapi masa tu belum tahu daunnya orang boleh makan kecuali ulat sutera.

Honey said...

Salam Ana,

Kena tanam kena tanam kena tanam ni! Tak leh jadi hahaha..

cucubulat said...

Sedapnya ana tumis air lada hitam..teringin nak rasa..tak boleh jd ni hjg tahun ni msti tanam mulberi.rs sihatkan dr sumber alam yg kita tanam sendiri.

Hana Syed said...

1st tgok masK pucuk mulberi..

Kamsiah yusoff said...

jiran akak ada tanam pokok ni..buahnya tak sempat amik..diamik oleh budak2 yg lalu lalang..biasa amik pucuknya..celur dan buat ulam..tp org kata masak mcm ni,atau masak lemak..campur keledek pun sedap sgt..

Putri said...

Ringkas pun x pa..air tgn sendiri

Bunda_nora said...

Bunda pun tak berapa sure macam mana rupa pokok nya...

Julie22 said...

Thanks utk info ni Kak @na, x pernah terfikir pun pucuk mulberi ni boleh dbuat sayur hihi..kalo mcm ni nak cuba lah masak :)

TukangKebun said...

Terima kasih @na bagi inspirasi hari ni kami buat masak lemak putih pucuk mulbery dan ikan bilis :) .

@na said...

1. kakzakie;
tak pa kakzakie, mula2 pandang dulu baru inspirasi tnm sendiri sbb pucuk mulberry tak dpt cari kat pasar...selamat menanam mulberry kak...hehehe

2. Endah Murniyati;
kalau ada pokoknya, elok dicuba saja endah...

3. Ibu Qistina;
Ibu Qis, kalau masak nanti jgn lupa post kat blog resipinya sekali na...

4. wanie ibrahim;
wanie rugi dibiarkan begitu saja...daun yang berkhasiat tu..

5. nadia rashid;
hehehe...masak simple ja nadia...cuba la

6. Tarique Syahman;
kira saya la yang paling berani ni ya hehehe...cuba ja en tarique...sedap pecaya lah

7. rostina76;
rasonyo tumis air pucuk mulberry ni lagi sedak ros...kalu jupo nati baik try...

8. Normala Saad;
hehehe kak mala...patut kita mkn ja mcm mcm ulat sutera tu...buat ulam...tp saya blum try lg kak...tk berani hahaha

9. Honey;
mmg patut tnm la honey...dia senang hidup...

10. cucubulat;
betul tu CB, sumber hijau semula jadi mmg menyihatkan...pasni pi tnm pokok mulberry, tak gadoh tnm sayur dah hehehe...

11. hana syed;
nanti blh la cuba hana...tima kasih sudi singgah

12. Kamsiah;
kat rumah kami pulak buah mulberry kena berebut dengan burung hehehe...

13. Putri;
betul sesgt tu putri...tima kasih sudi singgah

14. Bunda;
bunda blh bertanya dgn pemilik nursery yg berdekatan dgn area bunda...pokok nya cantik dan buahnya seakan berry...mmg unik...elok bunda tnm...dlm pasu pun dia mampu berbuah...

15. Julie M;
pasni elok cuba julie n jgn lupa post kat blog dgn resipi sekali ya...

16. Tukang Kebun;
ooo dah cuba ya...apa rasa diana?

Stylosantes said...

Tolong ajar cara membuat teh dari daun mulberry

Mingzhu said...

Nasib kat rumah ada pokok Mulberry .. boleh try ni..😋