Monday, January 5, 2015

Biar lah dia merimbun…



Kemuning penyejuk laman

Sebelum melangkah jauh di episod 2015, hari ni kita berada di helaian ke 5.. Syukur masih diberi peluang menikmati udara di bumi Malaysia ini.

2014 telah meninggalkan catatan sejarah paling getir dan sukar dilupakan oleh semua rakyat Malaysia. 

8 mac 2014 -pesawat MH370 hilang tanpa kesan hingga ke hari ini; tak cukup dengan itu;
Pada 17 Julai 2014 – pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukarine. Nahas yang menimpa 2 pesawat ini telah cukup untuk syarikat penerbangan ulung Negara jatuh bangkrap!

Dan yang paling menyayatkan hati pada 23 Disember hingga akhir tahun 2014 negara dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda Negeri Pantai Timur terutama Negeri Kelantan (negeri Kelahiran tuan tanah) hampir lumpuh sepenuhnya. 

Tidak ada perkataan lagi untuk menggambarkan kedasyatan musibah banjir kali ini. 

Air mata tak semena-mena bercucuran, setiap kali berita menayangkan perkembangan dan kesan selepas banjir, walau pun keluarga kami tidak terlibat langsung dengan musibah ini.

Keadaan banjir kali ini sangat luar biasa bagaikan dibadai tsunami. Menenggelam kawasan tanah tinggi yang berbukit bukau… memang sangat luar biasa. Hanya dalam sekelip mata kawasan pergunangan Gua Musang. Kuala Krai dan Manik Urai bertukar menjadi tasik yang sangat luas!

Limpahan banjir di Kuala Krai - pic google

Air daripada sungai melimpah dengan laju meluru ke kawasan petempatan. Membawa lumpur tanah merah daripada pergunungan!

MasyaAllah…

Sudah tentu ada sebab dan musababnya yang dapat direnung bersama,
Kawasasan tadahan air diceroboh, hutan ditebang secara berluasa, dan daripada visual terkini sebahagian besar gunong ganang di kawasan tersebut gondol bagaikan padang jarak padang terkukur!

Kemungkinan besar ia di antara punca penyumbang run off water kepada musibah banjir kali ini…

Peristiwa ini sangat pahit untuk ditelan, berat mata kita memandang berat lagi mangsa yang berdepan dengan musibah ini. Moga Allah menggantikan pahala di atas kesabaran mangsa menghadapi dugaan yang sangat memilukan ini.

Merenung kepada kejadian ini tuan tanah rasa sangat sayang kepada rimbunan pokok lemon, mengkudu dan mulberry di belakang rumah….walau pun tak berbuah!. 

Pokok lemon, mengkudu dan mulberry

Sekurang-kurang dapat mengekalkan kelembapan tanah, juga sebagai tangki oksigen yang diharapkan sikit sebanyak dapat mengimbangi pelepasan karbon ke udara..dan menyejukkan bumi.. 

Moga tahun 2015 dan tahun-tahun mendatang, kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan menggantikannya  dengan rahmat kesejahteraan.

Amiin…


p/s: Catatan ringkas ni sebagai cetusan peribadi untuk merenung diri …


7 comments:

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na, selamat tahun baru 2015... semoga pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan menggantikannya dengan rahmat kesejahteraan...amin...wah memang merimbun sangatlah pokok2 tu kak...

Kuazue Mohd said...

Selamat tahun baru kak @na.
Semoga tahun 2015 memberi kita seribu rahmat.

Honey said...

Salam Ana,

Whoa pokok lemonnya dah besar. Berbuah sudah ke? Selamat tahun baru Ana. Semoga semua impian termakbul hendaknya.

Kakzakie said...

Itulah bila rakus dalam mengejar $$$ dan mengabaikan segala peringatan semua menjadi mangsa. Yg rakus dpt harta selamat entah kemana. Rakyat marhaen menjadi mangsa - sedih kan Ana.

Kalau ini pun masih tak mampu 'membuka mata' tak tahulah..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Merimbun pokok tanaman Ana.. betul ana kehijauan tangki oksigen..
Semoga pada tahun 2015 ini kita lebih baik..

Normala Saad said...

Selamat Tahun Baru Ana..betul tu..walaupun tidak berbuah tapi kita masih perlukan pokok-pokok dipersekitaran untuk oksijen dan kelembapan bumi.

sud@is said...

Selamt tahun baru juga ana, mengharap keampunan dan rahmat untuk mendapat redho Allah

Wau pokok lemon dah besauu....tak lama berbuah la tuu..