Kemuning penyejuk laman
Sebelum
melangkah jauh di episod 2015, hari ni kita berada di helaian ke 5.. Syukur
masih diberi peluang menikmati udara di bumi Malaysia ini.
2014
telah meninggalkan catatan sejarah paling getir dan sukar dilupakan oleh semua
rakyat Malaysia.
8
mac 2014 -pesawat MH370 hilang tanpa kesan hingga ke hari ini; tak cukup dengan
itu;
Pada
17 Julai 2014 – pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukarine. Nahas yang
menimpa 2 pesawat ini telah cukup untuk syarikat penerbangan ulung Negara jatuh
bangkrap!
Dan
yang paling menyayatkan hati pada 23 Disember hingga akhir tahun 2014 negara
dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda Negeri Pantai Timur
terutama Negeri Kelantan (negeri Kelahiran tuan tanah) hampir lumpuh sepenuhnya.
Tidak
ada perkataan lagi untuk menggambarkan kedasyatan musibah banjir kali ini.
Air
mata tak semena-mena bercucuran, setiap kali berita menayangkan perkembangan
dan kesan selepas banjir, walau pun keluarga kami tidak terlibat langsung dengan
musibah ini.
Keadaan
banjir kali ini sangat luar biasa bagaikan dibadai tsunami. Menenggelam kawasan
tanah tinggi yang berbukit bukau… memang sangat luar biasa. Hanya dalam sekelip
mata kawasan pergunangan Gua Musang. Kuala Krai dan Manik Urai bertukar menjadi
tasik yang sangat luas!
Limpahan banjir di Kuala Krai - pic google
Air
daripada sungai melimpah dengan laju meluru ke kawasan petempatan. Membawa
lumpur tanah merah daripada pergunungan!
MasyaAllah…
Sudah
tentu ada sebab dan musababnya yang dapat direnung bersama,
Kawasasan
tadahan air diceroboh, hutan ditebang secara berluasa, dan daripada visual
terkini sebahagian besar gunong ganang di kawasan tersebut gondol bagaikan
padang jarak padang terkukur!
Kemungkinan
besar ia di antara punca penyumbang run off water kepada musibah banjir kali
ini…
Peristiwa
ini sangat pahit untuk ditelan, berat mata kita memandang berat lagi mangsa
yang berdepan dengan musibah ini. Moga Allah menggantikan pahala di atas
kesabaran mangsa menghadapi dugaan yang sangat memilukan ini.
Merenung
kepada kejadian ini tuan tanah rasa sangat sayang kepada rimbunan pokok lemon,
mengkudu dan mulberry di belakang rumah….walau pun tak berbuah!.
Pokok lemon, mengkudu dan mulberry
Sekurang-kurang
dapat mengekalkan kelembapan tanah, juga sebagai tangki oksigen yang diharapkan
sikit sebanyak dapat mengimbangi pelepasan karbon ke udara..dan menyejukkan
bumi..
Moga
tahun 2015 dan tahun-tahun mendatang, kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang
musibah dan menggantikannya dengan rahmat
kesejahteraan.
Amiin…
p/s: Catatan
ringkas ni sebagai cetusan peribadi untuk merenung diri …
7 comments:
Assalamualaikum Kak @na, selamat tahun baru 2015... semoga pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan menggantikannya dengan rahmat kesejahteraan...amin...wah memang merimbun sangatlah pokok2 tu kak...
Selamat tahun baru kak @na.
Semoga tahun 2015 memberi kita seribu rahmat.
Salam Ana,
Whoa pokok lemonnya dah besar. Berbuah sudah ke? Selamat tahun baru Ana. Semoga semua impian termakbul hendaknya.
Itulah bila rakus dalam mengejar $$$ dan mengabaikan segala peringatan semua menjadi mangsa. Yg rakus dpt harta selamat entah kemana. Rakyat marhaen menjadi mangsa - sedih kan Ana.
Kalau ini pun masih tak mampu 'membuka mata' tak tahulah..
Merimbun pokok tanaman Ana.. betul ana kehijauan tangki oksigen..
Semoga pada tahun 2015 ini kita lebih baik..
Selamat Tahun Baru Ana..betul tu..walaupun tidak berbuah tapi kita masih perlukan pokok-pokok dipersekitaran untuk oksijen dan kelembapan bumi.
Selamt tahun baru juga ana, mengharap keampunan dan rahmat untuk mendapat redho Allah
Wau pokok lemon dah besauu....tak lama berbuah la tuu..
Post a Comment