Sunday, March 10, 2013

Batas sayur uncle chong….

Sengaja, dok lalu depan rumah uncle ni, setiap kali ke pasar pada hujung minggu. Seronok tengok dan kacau uncle ni berkebun. Dia pun agak ramah. Pagi kemarin baru sempat singgah dan snap gambar sekali.

Kalau dah minat menanam tu, pantang nampak ada ruang kosong ada je pokok akan ditanam…walau pun hanya atas bebahu jalan!. Macam-macam idea kreatif akan timbul..

Tengok batas sayur depan rumah uncle ni..

katanya tu pokok terung pipit...sebelum dia tanam keledek.. 

Cukup kreatif hanya dengan menggunakan botol-botol air mineral terbuang. Mudah dan murah. Secara tak langsung uncle ni telah menyumbang kepada usaha kempen kitar semula! Selain itu menyumbang kepada penambahan oksijen kepada alam yang semakin panas ni…

Kat belakang tu pulak ada “para” untuk pokok markisa. Simple je tapi berhasil.

10 comments:

S..U..D..@..I..S said...

kita membntu uncle chong sebenarnya..hehe
kita merealisasikan sikap bantu membantu antara kaum..hahaa

@na said...

hahaha...betui sud@is kita ni asyik membantu uncle chong je nampak gayanya...

ummuaidan said...

wah..nampak nice lah kebun uncle chong tuh..kreatif pun lagi tu...:)

smRose said...

kreatif uncle chong tu yer, nasib baik botol2nya tak dikutip pengutip brg kitar semula

@na said...

ummu aidan, tu lah seronok tengok...dan nk share idea tu dgn rakan pekebun..

@na said...

smRose, hahaha....buat masa ni belum hilang lg la botol2 uncle tu

TukangKebun said...

Wah menarik kebun uncle tu...saya pun rasa nak melawat.

olive said...

wah, creative kan dia..somemore environmental friendly pulak tu

依之汉 said...

Siap ada para dibina untuk berkebun. Mesti ada tanaman menjalar pakcik Chong.

Walaupun tak cantik mata memandang, usaha pakcik Chong patut dihargaikan?

Ummu Madihah said...

Salam @na,

cukup kreatif uncle Chong ya, asal ada kemahuan ada sahaja jalannya! Idea cukup baik untuk usaha kitar semula.