Kebelakangan
ni teh mulberi memenuhi pasaran dan mendapat sambutan hebat terutama pada orang
yang conscious pasal kesihatan. 2 minggu lepas sempat ke carnival anjuran
Majlis Bandaraya Alor Setar bertempat di perkarangan Menara Alor Setar, di
antara 19 menara tertinggi di dunia dan yang ke2 tinggi di Malaysia, selepas
Menara Kuala Lumpur (just an info).
Mengikut tokey
tu, teh ni dibuat dari pucuk mulberi dan amat baik untuk kesihatan. Dia tunjuk
la gambar pokok tu… OOO pokok ni ke?
Pokok ni
memang dah tanam kat belakang rumah tapi tak ambik pusing sangat. Ingat nak
tunggu makan buahnye je.
Orang belah
utara panggil pokok ni BAYAM BATU... Ni baru tahu nama glamour - MULBERRY. Buah
dia memang sedap. Tak tau pulak daun mulberi boleh dijadikan TEH dan amat berkhasiat
untuk kesihatan.
Minggu lepas
sempat menggondolkan pokok mulberi. Apa lagi kutip la pucuk-pucuk untuk
dikeringkan.
Dah
gondol baru nampak ada sarang burung
Kalau
sebelum ni dahan2 yang dipangkas dibuang begitu saja
Dalam cuaca
panas sekarang ni, dalam 2-3 hari pucuk dah boleh kering sepenuhnya. Dapatlah
sedulang pucuk mulberi kering. And ready to brew as homemade mulberry tea. (Mulberry
tea – DIY!).
Pucuk2
mulberi yang muda utk dikeringkan
Dapat la
sedulang pucuk mulberi kering (dikeringkan dlm fridge)
Tips:
jgn keringkan di bawah direct sunlight nnti pucuk mulberi bertukar browned dan
rasa pun tak fresh dah
Selain tu
rupanya, pucuk ni jugak boleh dimasak
lemak cili api atau dicelur utk dimakan sebagai ulam.
19 comments:
sy dah lama buat teh daun mulberi ni tapi tak cuba minum pun lagi, baca entry ni tak saba pulak nak cuba
banyak juga kegunaan nya..boleh la tanam mcm ni..:D
berjenis2 pokok ada kat kebun ana ya..sonok nya kalu sy dtg nnt bleh buatkn teh mulberi segelas, cantik gelas tu ana bli kat mana?
boleh tahu apa khasiat teh mulberi ini? biasa anak2 dok kutip buahnya sahaja.
terima kasih
wah..baru tau yg daun mulberi ni pun blh buat tea kan @na..eloklah tuh buahnya pun sedap dimakan...:)
smRose, dah buat tu rugi tak minum..byk khasiatnya ros..
nadia rashid, betui tu saya pun baru tau nadia..elok lah tanam sbb pokok tu mudah hidup dan senang berbuah..
sud@is, sila2 mai rumah..kecil tapak tgn carpet merah saya hamparkan...hehe! pasai gelas, saya beli borong masa sale...
Amri dan Aishah, saya tak arif sgt ttg khasiat teh ni, tp sempat contact kak angkat saya dan dia dah amalkan minum teh sejak dulu lg.. katanya utk control darah tinggi, kolestrol dan gula dlm darah..
dan bagus utk merawat batu karang...ni boleh dianggap testimonial kot..hehe
tima kasih, sudi singgah
ummuaidan, betui ummu yg paling sedap buanye tuh...tp ada jugak org buat teh dgn buah dia...dikering dan blend jadikan powder...
tp rasa mcm sayang plk...baik mkn fresh kan ummu...hehe
yan memang banyak tanam pokok nie..buat pagar rumah...buah sedap makan macam tu je...pucuk yan buat ulam mentah daun yang tua keringkan untuk teh....yan rasa pelik bila @na cakap pucuk keringkan untuk buat teh....banyak info mengatakan daun yg tua untuk teh...
Lama dah tahu daunnya bagus dibuat teh. Tapi kerajinannya belum sampai lagi. Rasa teruja nak buat ni.
salam, yan terima kasih bg info ni..sy mmg tak arif sgt ttg teh mulberi..baru tau je..kalau mcm tu lg byk serbuk teh boleh buat ni...t/kasih yan sudi berkongsi di sini..
TukangKebun, eloklah tu diana...kalau dah byk tu boleh di buat secara komersial...sbb tgk thailand buat ldg utk komersial teh mulberi ni..
salam @na,
akhirnya jumpa juga org yg dh try buat teh daun mulberry ni. dh lama tahu blh buat teh tp blm ada yg bagi testimoni lagi. klu rasanya manis buah w/pun tak letak gula, sama la mcm teh daun misai kucing. lepas ni blh cuba. thanks :)
KHASIAT POKOK MALBERI
Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.
Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.
Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.
Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.
Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api
Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.
Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.
Nak apa2 info tambahan, pls google ye
Saya pun ingt yg tua dibuat tea, yg muda utk sayur. Tpi baru dpt tau pucuk muda utk dijadikn teh hijau.
Alhamdulillah saya ada tanam 2000 pokok malbery dan ternak ulat sutera di Sinaran Agro farm Johhor Bahru, untuk maklumat lanjut whatapp 0137480869
salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat saya mohd zuhairi bin noordin 017 4687570 cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah
Post a Comment